SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label PENGUNDI HANTU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGUNDI HANTU. Papar semua catatan

Khamis, 30 Mei 2013

PANAS BERAPI!! #PRU13 Mana Laporan Polis Tentang Pengundi Hantu??

PANAS BERAPI!! #PRU13 Mana Laporan Polis Tentang Pengundi Hantu??



Setelah beberapa minggu PRU berlalu, Anwar Ibrahim masih lagi menyanyikan lagu SPR penipu. Biarpun sekutu dan orang-orangnya sendiri sudah mendiamkan diri, namun Anwar masih tidak dapat berhenti menyanyi dan berbuat konsert di sana sini untuk menghiburkan anak-anak muda tak sedar diri.

Kata Anwar, SPR penipu kerana dakwat tak kekal dan SPR telah pun memberi jawapan yang panjang lebar mengenai perkara tersebut. Justeru, benar ada kes dakwat tidak kekal, tetapi itu bukan satu bukti penipuan, hanya bukti kelemahan.

Jika Anwar ingin mendakwa SPR menipu, beliau harus melaporkan perlakuan tersebut secara spesifik, contohnya mengundi dua kali kerana dakwat dijari telah hilang selepas dibasuh, dan bukan sekadar melaporkan dakwat hilang selepas dibasuh.

Masalahnya, walaupun sudah berminggu berlalu, Anwar tidak mampu mencari walau satu kes sebegitu untuk dilaporkan.

Samalah juga dengan tuduhan beliau mengenai pengundi hantu. Sehingga kini, tiada satupun laporan mengenai pengundi hantu. Jangankan senarai nama mereka, tetapi satu nama pun tidak ada. Yang ada hanyalah satu demi satu pembongkaran mengenai salah-tuduh dan penipuan oleh pihak Anwar sendiri.

Antaranya, Chua Lai Fatt iaitu warga Malaysia keturunan India yang menjadi anak angkat kepada keluarga Cina yang dituduh PR sebagai pengundi hantu. Kemudiannya, kisah sekeluarga yang dituduh pengundi hantu lalu terjadi ‘perang mulut’ sehingga kenalan dan jiran mereka mengesahkan kedudukan sebenar. Ada juga kes di mana warga Indonesia dibayar oleh puak PR agar berlakon sebagai pengundi hantu tetapi kemudiannya kantoi apabila mereka sendiri mengaku menerima bayaran dari PR.

Tidak lupa juga sebuah bas yang kononnya membawa pengundi hantu BN siap membawa bendera BN yang entah kenapa melalui kawasan yang dipenuhi penyokong PR tetapi kemudiannya didedahkan sebagai sengaja diada-adakan oleh PR sendiri.

Dan paling terbaru gambar salah seorang yang dikatakan pengundi hantu dan diedarkan di Facebook oleh puak PR, akhirnya kantoi apabila gambar lamanya bersama Bhawani dan Ambiga terdedah.

Oleh itu, inilah disarankan kepada pihak SPR iaitu daripada melayan Anwar Ibrahim menuduh itu dan ini tanpa membuat laporan jelas, adalah lebih baik pihak SPR sendiri yang membuat laporan terhadap Anwar dan Ambiga kerana menipu. Dengan cara ini sahaja maka Anwar akan terpaksa mendedahkan senarai nama-nama pengundi hantu yang dikatakannya.

Jika Anwar punya maklumat terperinci mengenai jumlah dan cara kemasukan mereka yang dikatakan pengundi hantu sebelum ini, maka tidak mungkin Anwar tidak mempunyai meklumat mengenai nama mereka, tempat mereka mengundi dan siapa yang mereka undi dalam PRU yang lalu.

Lebih penting, di manakah mereka sekarang? Apakah mereka telah dihantar pulang atau terus menjadi warganegara Malaysia?

Seharusnya, inilah yang ditanya oleh peserta-peserta Himpunan 505 setiap kali Anwar berucap di pentas. Tidakkah mereka sendiri tertanya-tanya akan perkara ini? Bagaimana mereka boleh berhimpun tanpa penjelasan yang pasti tentang kenapa mereka berada di situ? Bagaimana seseorang itu sanggup berhimpun atas alasan menentang penipuan tanpa dapat menjelaskan penipuan apa, di mana, siapa yang terlibat dan bagaimana ia berlaku?

Maka jelaslah sudah bahawa peserta-peserta Himpunan 505 sememangnya terdiri dari manusia-manusia yang tidak tahu berfikir. Dan hanya manusia-manusia beginilah yang menjadi pengikut Anwar Ibrahim dulu kini dan selamanya.

Khamis, 9 Mei 2013

WAJIB BACA!! #PRU13 Ke Mana Hilangnya Pengundi Hantu Di Selangor Bila PKR, PAS Dan DAP Menang??

WAJIB BACA!! #PRU13 Ke Mana Hilangnya Pengundi Hantu Di Selangor Bila PKR, PAS Dan DAP Menang?? 


Sebelum hari pengundian pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kononnya ada usaha membawa masuk ramai pengundi hantu ke Selangor bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Dakwaan sama turut dibuat oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan angka kononnya lebih 40,000 pengundi hantu dibawa dari Bangladesh, Sabah dan Sarawak, dengan Selangor sebagai sasaran utama.

Tetapi bila keputusan PRU13 memihak kepada parti PAS, PKR dan DAP di negeri ini dengan mandat majoriti dua pertiga, faktor pengundi hantu ini tiba-tiba tidak berbangkit sekurang-kurangnya di kawasan yang mereka menang.

Logiknya jika benar ada pengundi hantu, merekalah yang memenangkan calon-calon parti Pakatan Rakyat ini. Kenapa bila kemenangan di pihak mereka, tuduhan itu tidak terpakai?

Hakikatnya bila PR memperoleh mandat itu, faktor pengundi hantu yang mahu dijadikan sebab kepada kemenangan BN, sudah tidak terpakai.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin telah menegaskan dakwaan itu hanyalah penipuan PR.

"Kalau ikut logik, hendak bawa 40,000 (warga) Bangladesh (perlu) menggunakan pesawat Boeing 747 yang hanya boleh memuatkan 400 orang ... bererti 100 buah pesawat terpaksa mendarat untuk membawa warga Bangladesh ini mengundi," katanya.

Sehingga kini tiada bukti diketengahkan pembangkang kerana dakwaan itu sememangnya tidak berasas dan mereka sudah tentunya tidak mahu memanjangkan lagi kisah Bangladesh ini kerana tempelaknya kepada mereka semula.

PRU13 menyaksikan PAS dan DAP masing-masing memperolehi 15 kerusi dewan undangan negeri manakala PKR memperolehi 14 kerusi di Selangor. BN yang telah difitnah dengan pengundi hantu, hanya memperoleh 12 kerusi.

Bekas pemimpin, penganalisis politik, pemimpin politik veteran dan ahli akademik yang ditemubual Bernama pada 2 Mei lepas telah menghidu strategi penipuan pengundi hantu itu, yang disifatkan mereka sebagai permainan psikologi terdesak pembangkang bagi meraih sokongan.

Mereka sependapat bahawa serangan itu bertujuan menggambarkan sistem pilihan raya negara ini tidak adil dan pembangkang teraniaya untuk meraih simpati rakyat Malaysia juga masyarakat antarabangsa.

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata perasaan simpati daripada permainan psikologi itu dijadikan senjata bagi menyemai perasaan 'sakit hati' kepada BN yang didakwa kononnya berkonspirasi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Impak permainan psikologi meraih simpati ini jelas dilihat dengan kemenangan besar PR di Selangor, malah BN pula memperoleh bilangan kerusi yang sedikit kerana secara realitinya tiada siapa yang mahu menggunakan pengundi hantu untuk kalah, apatah lagi kalah dengan majoriti besar.

Namun sehingga semalam, tanpa rasa bersalah dan malu PR tetap mempertahan penipuannya itu dan kali ini lebih kepada mendakwa SPR gagal melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil khususnya di Selangor.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa antara kerusi yang 'dicemari' dengan aduan salah laku ketika pengundian termasuk pengundi hantu itu ialah kerusi parlimen Shah Alam dan tiga kerusi dewan undangan negeri (DUN) iaitu Meru, Sekinchan dan Ijok.

Jika benar pengundi hantu wujud di empat kawasan itu, maka logiknya pengundi hantu ini menyumbang kepada kemenangan ketiga-tiga parti, iaitu PAS bagi kerusi parlimen Shah Alam dan kerusi DUN Meru, manakala PKR dan DAP masing-masing menang kerusi DUN Sekinchan dan kerusi DUN Ijok.

Malah mereka menang dengan majoriti selesa di kerusi Parlimen Shah Alam menyaksikan Khalid Abdul Samad menang dengan majoriti 10,939 undi, DUN Meru Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Othman menang dengan majoriti 9,079 dan kerusi DUN Sekinchan menyaksikan Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng See Lim menang majoriti undi 2,239.

Namun apabila ditanya sama ada ketiga-tiga parti itu akan mengemukakan petisyen pilihan raya ke atas keputusan di Selangor khususnya empat kerusi itu, Azmin berdolak dalik dalam memberikan jawapan.

Setelah diasak wartawan, beliau berkata pihaknya akan meneliti dan mengkaji aduan yang diterima terlebih dahulu.

Pandai pula mereka mahu mengkaji dahulu sebelum bertindak atau bercakap apabila terkena batang hidung sendiri.

Penipuan isu pengundi hantu oleh PR ini sepatutnya menuntut rakyat, terutama yang menyokong atau percaya secara melulu tanpa menimbangkan logik tuduhan itu, lebih berhati-hati dalam reaksi dan tindakan mereka untuk tidak mengeruhkan dan menghuru-harakan proses demokrasi negara dalam memilih pemimpin dan kerajaan melalui PRU yang telus.



Pssssttt... AKJr : TERNYATA TIADA PENGUNDI HANTU YANG MENGUNDI TETAPI SEBENARNYA PUAK2 PEMBANGKANG NI LA YANG JADI HANTU!!!

Ahad, 5 Mei 2013

INFO #PRU13 : Seorang Lagi Rakyat Malaysia (Cindian) Jadi Mangsa Fitnah Isu Pengundi Hantu. #SPR #GE13

INFO #PRU13 : Seorang Lagi Rakyat Malaysia (Cindian) Jadi Mangsa Fitnah Isu Pengundi Hantu. #SPR #GE13


Mohon disebarkan maklumat ini supaya individu yang tak bersalah ini terus menerus menjadi mangsa fitnah pembangkang.



Bila MyMassa tengok gambar dalam IC, teringat MyMassa kepada dua orang pemain bola Liga Malaysia yang istimewa kerana berdarah Cindian (Indian + Chinese) iaitu :

Ramesh Lai Ban Huat dan....


..Liew Kit Kong



*Mohon disebarkan maklumat ini supaya rakyat Malaysia yang tak bersalah menjadi mangsa fitnah pembangkang yang tahu bahawa mereka akan kalah.

INFO #PRU13 : RAHSIA PKR BOCOR PENGUNDI HANTU BANGLA, MYANMAR DAN INDON DISEDIAKAN OLEH PKR SENDIRI.. #TOLAKPR #VOTE4BN

INFO #PRU13 : RAHSIA PKR BOCOR PENGUNDI HANTU BANGLA, MYANMAR DAN INDON DISEDIAKAN OLEH PKR SENDIRI.. #TOLAKPR #VOTE4BN



PKR UPAH BANGLA INI KEMUDIAN DIA JUGA PURA-PURA TANGKAP BANGLA INI SEMULA, KEMUDIAN TUDUH BN,


Sana-sini media trooper Pakatan terutama PKR memomokkan kononnya BN memberikan IC palsu untuk mengundi hari ini. Pihak kami berjaya mengesan modus operandi PKR di Kota Kemuning Shah Alam dan Pantai Dalam sebentar tadi.


PKR UPAH BANGLA INI DAN BERI IC PALSU KEMUDIAN HANTAR KE PUSAT MENGUNDI KEMUDIAN PURA-PURA TANGKAP

Rupa-rupanya Anwar telah mengarahkan jentera PKR supaya mencari seramai mungkin orang-orang Bangla, Mynmar dan Indonesia yang baru sampai di Malaysia. Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya telah mencetak beribu-ribu Kad Pengenalan Palsu dan menyerahkan kepada mereka dan wang sejumlah RM500 seorang.

Mereka yang diupah PKR akan pergi ke Pusat-Pusat Daerah Mengundi hari ini, berbaris dan kemudian orang-orang PKR tadi pura-pura menangkap mereka kononnya mereka berjaya menangkap pengundi hantu. Padahal mereka yang sediakan pelakon-pelakon pengundi hantu itu. Rakyat Malaysia ditipu dan tertipu!

PROPAGANDA JAHAT= DIA UPAH BANGLA, DIA KASI IC PALSU, DIA BAWA KE PDM, KEMUDIAN DEPAN ORANG RAMAI DIA PURA-PURA TANGKAP

Ulasan kita:

Puak pembangkang ini ingat Rakyat Malaysia bodohkah nak percaya modus operandi mereka. Bangla-bangla ini yang baru sampai 2-3 hari atau 2-3 minggu lalu, bagaimana mereka hendak mengundi jika nama tiada dalam pendaftaran? Propaganda Anwar dan Pakatan ini betul-betul Third Class punya propaganda!

Mereka semua desperate dan tak dapat menerima hakikat bakal kalah besar, maka Anwar mengarahkan cipta propaganda murahan ini. 

SPR kena alert di PDM kerana PKR sedang menghantar Bangla, Mynmar dan Indon dengan memberikan IC Palsu dan wang RM500. Mereka akan salahkan SPR!

*** Bangla-Bangla, Mynmar dan Indon yang terpedaya dengan tipu helah PKR kini berada di Balai Polis Briecfield, Ibu Pejabat Polis Shah Alam dan dua orang di Ibu Pejabat Polis, Putrajaya.

*** Pihak SPR telah dimaklumkan hal ini dan Press Conference akan diadakan tidak lama lagi.

(Sumber: Intelligence))

Isnin, 22 April 2013

WAJIB BACA!! #PRU13 : Nurul Izzah Kantoikan Pengundi HANTU!!

WAJIB BACA!! #PRU13 : Nurul Izzah Kantoikan Pengundi HANTU!!



Kami mewakili 4,637 pengundi berdaftar di Lembah Pantai membantah sekeras-kerasnya cubaan Nurul Izzah Anwar untuk menafikan hak kami untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 dengan menuduh kami sebagai pengundi hantu.

Sebagaimana tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, pada 22 Mac 2013 Nurul Izzah telah memfailkan semakan kehakiman menuntut SPR untuk membatalkan pendaftaran 4,637 pengundi Lembah Pantai yang disifatkan oleh Nurul Izzah sebagai pengundi hantu kononnya kerana alamat kediaman kami tidak lengkap atau tidak wujud. 

Apabila kami menyemak senarai pengundi hantu yang dikemukakan Nurul Izzah, bayangkan betapa terkejutnya kami bila mendapati nama-nama kami tersenarai sebagai pengundi hantu.




Untuk pengetahuan Nurul Izzah, kami adalah penduduk Lembah Pantai sejak sekian lama. Kami telah lama menetap di sini, bekerja di sini, anak-anak kami pun lahir di sini. 

Kami juga telah lama mengundi di sini. Ada antara kami sudah mengundi sebelum Nurul Izzah lahir lagi!

Semasa kami mula-mula mendaftar untuk mengundi, kami masih lagi tinggal di kampung-kampung setinggan dan itulah alamat yang kami gunakan untuk mendaftar. Tetapi seiring dengan arus pembangunan, kami telah dipindahkan ke kawasan perumahan dengan pelbagai kemudahan lebih selesa. Tetapi walaupun kami tidak lagi menetap di kawasan asal, kami masih lagi penduduk Lembah Pantai.

Tindakan Nurul Izzah menuntut pembatalan pendaftaran kami menyerlahkan kejahilan beliau mengenai sejarah Lembah Pantai. Hanya kerana sesuatu kawasan itu tidak lagi wujud, tidak bermakna alamat tersebut adalah alamat palsu dan tidak bermakna kami adalah pengundi hantu.

Beberapa kawasan setinggan yang disenaraikan oleh Nurul Izzah adalah seperti berikut:


i. Kg Pasir Kiri, sekarang adalah tapak Gerai Penjaja yang telah dirata dan penduduk berpindah ke Taman Gasing ( PDM – PANTAI DALAM )

ii. Kg Pasir Dalam ( Juga di kenali sebagai Kg Kelantan ) sekarang adalah Pejabat NPE dan sebahagian New Pantai Express ( PDM PETALING SELATAN )

iii. Kg Pantai Halt sekarang telah di bangun dengan PPR Pantai Ria ( PDM PANTAI HALT )

iv. Kampung Lembah Pantai – sekarang ini adalah Menara TM dan sekitarnya ( PDM PANTAI BAHARU)

v. Kampung Awal adalah Kuarters Pengawal Universiti Malaya yang telah berpindah ke Indraloka ( PDM KAWASAN UNIVERSITI )

Selanjutnya Klik Disini