SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label ANWAR IBRAHIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ANWAR IBRAHIM. Papar semua catatan

Rabu, 22 Januari 2014

WAJIB BACA!! [FAKTA] : SEBAB MUSABAB ANWAR DIHALAU KELUAR DARI JEPUN..

WAJIB BACA! [FAKTA]: SEBAB MUSABAB ANWAR DIHALAU KELUAR DARI JEPUN..


Anwar Ibrahim dihalau keluar daripada negara Jepun?

Inilah berita terbaru yang sudah tentu memalukan Ketua Pembangkang yang juga merupakan MP Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama, AKjr pun ingin tahu punca Anwar Ibrahim dilarang masuk ke negara tersebut kerana beliau pernah ke Tokyo pada tahun 2006, 2009 dan 2012.

Anwar mendakwa tindakan imigresen Jepun adalah disebabkan oleh 'repot terbaru' yang diterima oleh negara itu berkemungkinan pada tahun 2013. Benarkah atau Anwar sekadar menimbulkan persepsi ada konspirasi di sebalik larangan masuk ke negara tersebut?

Kita tentu ingin tahu isi kandungan 'repot terbaru' yang dimaksudkan oleh Anwar.

Anda boleh baca undang-undang Imigrasi Jepun Artikel 5 di sini : KLIK SINI

Di bawah pula adalah perincian Undang-undang Imigrasi Artikel 24 negara Jepun bagi mereka yang dilarang masuk ke negara itu. 

Article 24 Any alien who falls under any of the following items may be deported from Japan in accordance with the procedures provided for in the following Chapter. 
(i) A person who has entered Japan in violation of the provisions of Article 3.

Baca Selanjutnya DISINI

Khamis, 13 Jun 2013

PANAS BERAPI!! [VIDEO] PENGAKUAN DAN SUMPAH MUBAHALAH TERBARU DARI MANGSA LIWAT MELAYU KEATAS ANWAR IBRAHIM..

PANAS BERAPI!! [VIDEO] PENGAKUAN DAN SUMPAH MUBAHALAH TERBARU DARI MANGSA LIWAT MELAYU KEATAS ANWAR IBRAHIM..






Video diatas adalah merupakan hasil kerja budak-budak Pakatan Bingai yang menyamar pakai baju BN.. Ada sesapa tak kenal mamat-mamat berbakat besar yang berlakon dalam video kat atas tu?

Gua rasa Mamat Khalid mesti berkenan untuk ambik macai tiga ekor dalam video tu untuk filem terbaru beliau yang bertajuk, DAH KALAH TU KALAHLAHHH!!!! KAHKAHKAHKAH......


LAGI SEKALI DITAYANGKAN RAKAMAN VIDEO PENGAKUAN LIWAT TERSEBUT...





Khamis, 23 Mei 2013

PANAS TERIK! PAS KUTUK PERHIMPUNAN JALANAN ANJURAN PKR DAN ANWAR IBRAHIM??

PANAS TERIK! PAS KUTUK PERHIMPUNAN JALANAN ANJURAN PKR DAN ANWAR IBRAHIM??



Perhimpunan Haram Jalanan anjuran PKR dan Anwar Ibrahim yang bertujuan mahu menjatuhkan kerajaan BN yang telah dipilih rakyat yang kini sedang giat diadakan di beberapa kawasan di seluruh negara sebenarnya tidak disokong sepenuhnya parti politik dalam Pakatan Pembangkang.

Ini dibuktikan apabila beberapa pemimpin tertinggi PAS menolak sokongan dan dokongan Anwar Ibrahim yang sememangnya sudah keterlaluan dan gila kuasa.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?

Itu adalah gopoh.

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum.

Niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan BN dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi sebelum ini selain merancang siri demonstrasi lain pada masa depan.

Malah, hasrat jahat pembangkang itu turut yang dinyatakan aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor minggu lalu.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.

Menurut Nik Mohd. Abduh, golongan muda perlu insaf kerana semangat berkobar-kobar tidak boleh meminggirkan sifat sabar dalam memburu kemenangan.

"Padukan tenaga. Tambahkan bilangan. Berikan senjata ilmu dan maklumat untuk anak muda. Gerhana bulan adalah kekuatan dan keagungan, bukan kesedihan dan ketakutan," ujarnya.

Anwar Ibrahim bersama DAP dan PKR bukan sahaja tidak mengiktirafkan pilihan rakyat malah menyalahkan rakyat apabila rakyat masih memilih BN sebagai sebuah kerajaan biarpun sebelum ini telah banyak dikutuk oleh pemimpin DAP dan PKR.

Khamis, 2 Mei 2013

WAJIB BACA!! #PRU13 SURAT TULIS TANGAN OLEH BAPA SAIFUL UNTUK ANWAR IBRAHIM.. #GE13 #Vote4BN |

WAJIB BACA!! #PRU13 SURAT TULIS TANGAN OLEH BAPA SAIFUL UNTUK ANWAR IBRAHIM.. #GE13 #Vote4BN





Saya Insaf Dan Umum Keluar PKR – Azlan Lazim

Bapa kepada Saiful Bukhari, mangsa liwat kepada Anwar Ibrahim hari ini membuat satu sidang akhbar tergempar bagi membuat kenyataan terbuka memohon maaf kepada anaknya. Azlan Mohd Lazim yang sebelum ini mendakwa dia dan anaknya telah dipergunakan oleh pihak tertentu, pada satu sidang media 8 Mac lalu menarik kembali semua dakwaan yang dikatakan itu.

Menurut Azlan, penarikan balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini kerana merasakan telah mengkhianati anak kandungnya dan menyesal atas keterlanjuran tersebut. Selain pengumuman maaf itu, Azlan turut memaklumkan keluar dari PKR dan menegaskan kes liwat yang melibatkan Saiful bukan satu konspirasi.

Azlan ketika sidang akhbar yang diadakan di salah sebuah hotel di Cheras memaklumkan menarik kembali pemohonan maaf keatas Anwar Ibrahim.

“Kejadian liwat yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim adalah benar (berlaku) dan ia bukanlah satu konspirasi politik. Saya juga ingin menarik balik permohonan maaf saya kepada Anwar dan keluargarnya” katanya.

Beliau turut mengatakan bahawa kenyataan pada hari ini dibuat secara sukarela tanpa ada sebarang unsur paksaan dari mana-mana pihak kerana menyedari akan kesilapan yang telah dilakukan.

"Sebelum ini saya mungkin termakan hasutan daripada kawan-kawan sehingga tergamak mengkhianati Saiful dan keluarga. Dengan kenyataan ini diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul dari kenyataan saya sebelum ini.

"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah," ujarnya lagi.

Dengan kenyataan tersebut, pasti akan membuatkan Anwar pening kerana tidak lagi dapat mengunakan isu kenyataan dan permohonan yang dikeluarkan sebelum ini.

Ini adalah kenyataan daripada seorang bapa yang telah mengkhianati anaknya sendiri. Semoga ianya dapat dijadikan panduan dan pengajaran buat kita semua. Anda semua boleh nilaikan sendiri betapa pakatan haram pembangkang ini sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah memutuskan hubungan darah sesama keluarga demi kuasa. 

Selamatkan masa depan kita semua. Buatlah pilihan yang tepat 5 Mei ini. Pilih BN untuk kesejahteraan dan masa depan yang terjamin.

Isnin, 29 April 2013

PANAS TERIK!! #PRU13 Anwar Ibrahim tak boleh jadi PM!! - kata Pak Su Mid.. #BETTERNATION #VOTE4BN

PANAS TERIK!! #PRU13 Anwar Ibrahim tak boleh jadi PM!! - kata Pak Su Mid.. #BETTERNATION #VOTE4BN


Pak Su Mid (berkepiah) bersama Rafidi (rakan blogger)

Tahun 2011 sekitar bulan October/November, saya telah melawat seorang AHLUL ZIKRI / iaitu seorang ULAMA tersohor Kedah yang selalu berbincang tentang AL QURAN dalam bahasa arab yang beliau fahami. Nama ULAMA ini adalah ABDUL HAMID dan lebih senang dikenali sebagai PAK SU MID. Status ULAMA ini diberikan orang kepada beliau dan beliau sendiri tidak pernah mengaku bahwa beliau seorang ULAMA. PAK SU MID adalah antara ULAMA HARFIAH iaitu Sarjana Tatabahasa (Grammarian) Bahasa Arab yang "tinggai beberapa kerat sahaja" (loghat KEDAH) di Malaysia.

PAK SU MID sentiasa menerima kunjungan ziarah dari ramai orang yang menghormati kefahaman PAK SU MID dalam hal-ehwal Islam terutama tentang kefahaman AL-QURAN. Berbalik kepada bicara kita yang asal maka pada sekitar jam 7 petang tahun 2011 bulan October/November (saya tak ingat) saya menziarahi PAK SU MID dengan tujuan berbincang tentang AL-QURAN. Pada biasanya PAK SU MID tidak menerima kunjungan sesiapa pun lepas jam 5 petang tetapi disebabkan hubungan kami yang akrab maka diizinkan saya berbicara sebentar.

Tetapi pada hari tersebut, PAK SU MID telah memaklumkan kepada saya sesuatu yang memeranjatkan. Saya diminta jangan mengajukan pertanyaan untuk menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang telah diminta oleh seorang tetamu yang hadir ke rumah PAK SU MID sebelum saya. Maka saya menjadi hairan dan bertanya siapa tetamu PAK SU MID yang minta nak jadi Perdana Menteri ? Dengan senyum simpul PAK SU MID menjawab, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Panggilan kampung PAK SU pada DSAI adalah Anuwat…

Saya ditunjukkan tulisan tangan dalam tulisan JAWI yang ditulis sendiri oleh Anwar Ibrahim meminta beliau mendoakan agar beliau dijadikan Perdana Menteri Malaysia selepas pilihanraya umum ke 13 ini. Saya dimaklumkan oleh PAK SU MID bahwa beliau adalah seorang tua yang duduk bawah pokok dan sapu daun-daun nangka kering sahaja. 

Permintaan Anuwat untuk menjadi Perdana Menteri tidak mampu PAK SU MID tunaikan kerana perkara itu adalah bukan hak PAK SU MID untuk putuskan atau untuk campur tangan. PAK SU MID nasihat Anuwat, biarlah rakyat yang putuskan. Nasihat PAK SU MID kepada Anuwat adalah, SATU KERIH TAK BOLEH MASUK DALAM DUA SARUNG. PAK SU MID menasihati Anuwat untuk meninggalkan dunia politik kerana ianya sudah tidak sesuai dengan dirinya kerana beliau tak mampu untuk menjadi Perdana Menteri.


Maka bertolak daripada peristiwa ini maka saya membuat rumusan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang sangat terdesak untuk menjadi Perdana Menteri. Namun segala kejadian yang berlaku dalam hidupnya pada mulanya dikatakan angkara politik UMNO kini telah berubah arah kerana dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, kepimpinan PAS selain daripada MAT SABU / Husam Musa dan MAHFUZ, yang lain-nya sudah tidak mempercayai dakwaan Anwar bahwa beliau tidak melakukan perkara-perkara IMMORAL yang dikaitkan dengan beliau sama-ada berzina mahupun liwat. Ketidak-percayaan ini diterjemahkan oleh Majlis Syura PAS yang mengadakan perbincangan tertutup yang menolak Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU 13. Malah tidak salah dikatakan cerita insider PAS yang mengatakan Anwar mungkin tidak akan bertanding di Permatang Pauh kerana beliau tidak mendapat sokongan PAS. Harun Din adalah antara kepimpinan PAS yang begitu tidak bersetuju dengan Anwar dicalonkan sebagai Perdana Menteri telah berjaya mempengaruhi sebahagian besar kepimpinan PAS yang lain untuk menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Bagaikan retak menunggu belah, isu KALIMAH ALLAH yang akan menjadi punca PAS berbalah dengan DAP dan isu Anwar menjadi PM akan menjadi asas PAS berbalah dengan PKR. Keadaan sangat gawat sekarang ini buat Pakatan Rakyat dan blog ini membuat prediksi PAS akan menarik diri daripada Pakatan Rakyat sebelum menjelang PRU 13. Jika PAS tidak mengambil tindakan ini maka PAS akan menjadi korban kepada golongan Anwarinas di dalam PAS yang akan menghancurkan PAS dari dalam dengan tersingkirnya Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dari PAS / Majlis Syura.


PAS akan kalah teruk dalam PRU 13 ini kerana DAP telah mengkaldaikan PAS untuk mendapatkan sokongan orang-orang Cina manakala Anwar perlukan PAS untuk imej Islamik beliau tetapi yang akhirnya menyebabkan PAS kehilangan sokongan akar umbi disebabkan terpaksa mengalah dalam banyak perkara demi menjaga kesatuan Pakatan Rakyat.

Impian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri pasti terkubur dengan tindakan Majlis Syura yang menentang beliau dari menjadi PM dan benarlah kata-kata PAK SU MID - SATU KERIH TAK BOLEH MASUK DALAM DUA SARUNG.


PAK SU MID memberi pesan kepada Islam/Melayu di Malaysia supaya BERSATU dan memberi amaran tentang PAS yang telah salah tafsirkan Islam bagi tujuan berpolitik.

Jumaat, 26 April 2013

WAJIB BACA!! FAKTA.. Notes RM 1000 & RM 500 Dalam Simpanan Anwar Ibrahim Yang Rakyat Perlu Tahu..

WAJIB BACA!! FAKTA.. Notes RM 1000 & RM 500 Dalam Simpanan Anwar Ibrahim Yang Rakyat Perlu Tahu..





Dato' Seri Anwar Ibrahim didakwa pernah menyimpan wang kertas RM500 dan RM1000 yang bernilai RM10 billion di luar negara sehinggalah taraf sah laku kedua-dua wang kertas tersebut ditarik balik pada tahun 1999.

Mengikut sumber daripada Utusan Malaysia, sebanyak 177,077 wang kertas RM500 dan RM1,000 yang bernilai RM101 juta masih tidak dapat dikesan daripada pasaran sehingga 30 Januari 2011.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, daripada jumlah itu, 150,259 keping atau 92.4 peratus adalah wang kertas RM500 yang bernilai RM75 juta, manakala 26,818 keping atau 99.4 peratus ialah wang kertas RM1,000 bernilai RM26 juta.

Wang kertas ini (RM500 dan RM1,000) ini telah dinyahlakukan berkuat kuasa 1 Julai 1999, maknanya selepas daripada tarikh itu wang kertas tersebut tidak lagi bernilai. Tiada juga cetakan dibuat sejak tahun berkenaan.

Walaupun wang kertas RM500 dan RM1000 tidak lagi bernilai dan taraf sah lakunya ditarik balik, anda masih lagi boleh menukar wang kertas tersebut di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia atau menjualnya kepada pengumpul matawang lama.

Inilah satu pekara yang rakyat Malaysia lupa bahawa wang note RM500 dan RM1000 berjumlah 101 juta berada didalam simpanan Anwar Ibrahim. Kerana itu apabila Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim dari jawatan Menteri Keewangan pada tahun 1999 mata wang tersebut terus dibekukan penggunaanya dan pengeluarannya.

Orang muda yang ada hari ini mungkin tidak tahu pekara ini apatah lagi pernah melihat mata wang note RM500 dan RM1000. Tetapi kepada mereka yang lebih berumur pasti pernah melihat malah memegang wang tersebut.

Sebab itu Anwar Ibrahim meroyan sampai sekarang nak jadi Perdana Menteri kerana apabila beliau berkuasa kelak percayalah penggunaan mata wang RM500 dan RM1000 akan digunakan semula bagi memberikan lesen buat Anwar Ibrahim membawa kembali wang bernilai jutaan ringgit tersebut yang telah dirompak oleh beliau sewaktu menjawat jawatan Menteri Keewangan.

Apakah rakyat Malaysia mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Najib Razak? Fikir dengan bijak, jangan jadi bodoh!

Jumaat, 19 April 2013

PANAS TERIK!! #PRU13 @AnwarIbrahim Takut Berdebat Dengan Dr. Mazlan?? #GE13 #TolakPR

PANAS TERIK!! #PRU13 @AnwarIbrahim Takut Berdebat Dengan Dr. Mazlan?? #GE13 #TolakPR



Apa sudah jadi dengan Anwar Ibrahim? Kata hebat sangat nak berdebat dengan semua orang kalau boleh, tapi bila melibatkan lawan sebenar kenapa Anwar belum bagi jawapan?

Dr Mohd Asri yang sudi menjadi moderator forum antara Dr. Mazlan calon BN Permatang Pauh dengan Anwar Ibrahim menjemput beliau melalui laman twitter.

Sehingga sekarang Anwar Ibrahim berdiam diri dan tidak berani bagi apa-apa jawapan manakala bagi pihak BN mereka bersedia untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim.



Psssttt AKJr : KAH KAH KAH... PENAKUT RUPANYE ANWAR NI WEIII... DLU SEMBANG BUKAN MAIN HEBAT.. BILA DR ASRI AJAK UNTUK BERDEBAT DENGAN DR.MAZLAN KECUT TELUR... KIKIKI..  EMMM PAKAT TOLAK LA PEMIMPIN YG MCM NI...

Khamis, 18 April 2013

WAJIB BACA!! MENGAPA KAMI TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM???

WAJIB BACA!! MENGAPA KAMI TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM???



ARENA politik negara sememangnya berubah sejak September 1998, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan kerajaan.

Sejak detik itu, negara tidak pernah aman, demonstrasi jalanan diadakan hampir setiap minggu atas alasan memperjuangkan nasib Anwar yang kononnya teraniaya.

Anwar mempunyai ramai orang kanan yang dianggap hebat dan berpengaruh, mereka ini boleh disifatkan sanggup mati demi beliau.

Bagaimana kebenaran tetap kebenaran, ia tidak boleh ditutupi dengan kepalsuan apatah lagi kebatilan, wajah sebenar Anwar semakin terdedah sama ada dari segi perjuangan politik mahupun peribadi.

Berikutan itu, dari semasa ke semasa semakin ramai orang-orang kanan beliau meninggalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Mereka meninggalkan Anwar bukan kerana kepentingan politik, jauh sekali kerana kepentingan peribadi, sebaliknya atas dasar kebenaran dan tidak mahu bersekongkol dengan seorang individu yang mereka sifatkan mempunyai masalah dalam segala segi.

Buku Mengapa Kami Tinggalkan Anwar – Pengakuan Bekas Sahabat & Pemimpin PKR boleh dianggap bahan terbaik kepada orang ramai untuk mengetahui kisah di sebalik kenapa Anwar ditinggalkan.

Buku setebal 110 muka surat ini, memaparkan satu demi satu pendedahan dan pengakuan bekas-bekas orang yang pernah rapat dengan Anwar.

Antara bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru yang juga bekas Peguam Anwar, Zulkifli Nordin, Bekas Timbalan Presiden PKR, Dr.Chandra Muzaffar, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd.Noor dan ramai lagi.

Membaca satu persatu pendedahan mereka, pembaca akan dapat menilai dengan fikiran yang waras kenapa Anwar sememangnya patut ditinggalkan.

Contohnya, Dr.Chandra berkata, beliau meninggalkan perjuangan bersama PKR, bukan sahaja kerana masalah moral atau peribadi tetapi juga kerana hubungan Anwar dengan pihak luar yang cukup meresahkan beliau.

Ruslan Kassim pula yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan PKR membuat keputusan untuk ‘angkat kaki’ selepas melihat parti itu semakin hilang arah.

Ezam pula selain mendedahkan kewujudan surat yang tulis oleh Anwar kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada September 1998, turut menjelaskan kepada beliau terpaksa meninggalkan Anwar.

Jelas Ezam, beliau meninggalkan Anwar dan PKR pada Ogos 2010 bukan kerana mengejar pangkat dan wang ringgit, tetapi kerana mempertahankan prinsip Islam dan sebab masalah moral yang dihidapi Anwar.

Hakikatnya, banyak lagi pendedahan menarik dalam buku tersebut tentang Anwar yang patut diketahui oleh orang ramai.

Oleh itu, ketika rakyat Malaysia berada di ambang untuk keputusan penting bagi masa depan negara melalui Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, adalah wajar jika buku dibaca bagi membolehkan mereka mengetahui siapakah Anwar sebenar.

Langkah itu bagi membolehkan mereka membuat penilaian adalah wajar seorang pemimpin seperti Anwar yang diragui peribadinya oleh bekas orang-orang kanan dan rapat dengan beliau dipilih menerajui negara ini.

Mungkin akan ada pihak menganggap ini satu lagi gerakan untuk memfitnah Anwar, tetapi kebenaran bukanlah satu fakta yang boleh direka, sebaliknya kepalsuan yang tidak mampu bertahan lama, inilah yang memungkinkan buku ini terhasil.


- AIDC

PANAS TERIK!! Anwar telah temui pelanduk 2 serupa pelakon Video Seks ChinaDoll??

PANAS TERIK!! Anwar telah temui pelanduk 2 serupa pelakon Video Seks ChinaDoll??


SD Johari Yasin

KUALA LUMPUR 16 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengesahkan sama ada benar dakwaan yang beliau telah menemui seorang individu mirip wajahnya untuk mengaku terlibat dalam semua kegiatan liwat yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin memberitahu, lelaki tersebut didakwa berasal dari Thailand tetapi sedikit muda setelah usaha mencari orang yang memiliki wajah dan umur yang sama dengan Anwar gagal.

Berikut adalah kenyataan penuh SD Johari:

1. Kita difahamkan melalui maklumat dari dalam PKR bahawa Anwar telah berjaya dalam usaha mencari 'pelanduk dua serupa' yang mirip wajahnya. Orang tersebut dikatakan berasal dari Thailand, cuma sedikit muda daripada Anwar. Mereka gagal mencari orang yang sama rupa dan sama umur.

2. Kita juga difahamkan bahawa usaha ini mengambil masa yang lama sebab pelanduk dua serupa tersebut terpaksa melakukan 'plastic surgery' untuk pastikan paras rupa mirip Anwar.

Dengar kata orang Thailand itu akan membuat pengakuan dalam bahasa Thailand bahawa dia yang terlibat dalam semua kegiatan liwat. Anwar juga akan buat dakwaan bahawa UMNO yang bayar orang Thailand tersebut.

3. Anwar juga dipercayai akan menggunakan episod 'pelanduk dua serupa' beliau sebagai case reference untuk menyelamatkan Mustafa Ali. Kita tidak menuduh Anwar apa-apa tetapi hanya meminta Anwar supaya dapat buat pengesahan tentang perkara ini sama ada akan berlaku atau tidak.

Isnin, 8 April 2013

PANAS TERIK!! #PRU13: Sah @PapaGomo Akan Cabar @AnwarIbrahim di Permatang Pauh..

PANAS TERIK!! #PRU13: Sah @PapaGomo Akan Cabar @AnwarIbrahim di Permatang Pauh..


Wakil Papa Gomo Mohamad Rafi Awang Kechik

KUALA LUMPUR: Penulis blog kontroversi Papa Gomo akan bertanding sebagai calon Bebas yang akan mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata wakilnya, Mohamad Rafi Awang Kechik pada Isnin.

Mohamad Rafi, yang juga Presiden Nadi Rakyat Malaysia berkata, Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, telah membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas untuk mendedahkan dakwaan salah laku Ketua Pembangkang kepada rakyat.

"Selepas menimbang cadangan daripada beberapa kumpulan dan individu, saya percaya dan saya akan mendedahkan semua salah laku yang dilakukannya kepada pengundi di kawasan beliau.

"Kita juga mahu menguburkan karier politik Anwar,” kata Mohamad Rafi yang mewakili blogger berkenaan, kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Wilayah Persekutuan di sini.

Pada Jumaat, Anwar mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum kali ini.

Anwar memfailkan saman fitnah berjumlah RM!00 juta terhadap Papa Gomo berhubung penyebaran gambar tunggal hitam-putih yang menunjukkan bahagian belakang seorang lelaki berbogel di dalam bilik hotel yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang itu.

Paparan itu juga menyediakan pautan ke laman blog lain dipanggil "Aksi si Raja Goyang", yang menyiarkan 13 gambar yang menunjukkan dua lelaki meraba-raba dan mencium satu sama lain, kononnya diambil dari video yang sama.

Anwar telah menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video berkenaan.

* Sumber mStar Online

Di Bawah adalah Ucapan Papa gomo:


Assalammuakaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau pinang.

Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia. 

Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari Arena politik negara.

Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.

Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.

Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay, Dato Nallakarupan, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Yong, Zahid Mat Arip, Yb Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Hamizun, dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim.

Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi permatang pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.

Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh. Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik.

Psssttt.. AKjr: Cayalah PAPAGOMO!! Kasi TIBAI itu olang yg manyak buusuukkkk punya... kahkahkah.. ANWAR IBRAHIM Bersiap sedia lah Engkau ke Liang Kuburrrr... hehehee... terkencing2 anwar bebb..

SUMBER Facebook  PAPA Gomo

Rabu, 3 April 2013

PANAS TERIK!! Ahli-Ahli Pas Yakin Solat Tidak Sah Jika Berimamkan Anwar Ibrahim??

PANAS TERIK!! Ahli-Ahli Pas Yakin Solat Tidak Sah Jika Berimamkan Anwar Ibrahim??



Ramai pemimpin PAS yang berlatar belakang agama rata-ratanya sudah hilang kepercayaan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berikutan keraguan masing-masing atas faktor isu moral dan kerendahan moral yang menyelubungi sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.

Golongan ini termasuklah sebahagian besar ahli Majlis Syura Ulama PAS yang berkongsi pendapat bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri seandainya PR berjaya menguasai Kerajaan Pusat kelak, disebabkan pertimbangan berkaitan moral dan akhlak.

Sebaliknya mereka bersepakat hanya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang adalah satu-satunya calon yang sesuai.

Kecuali hanya Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang masih meyakini Anwar disebabkan faktor dipengaruhi oleh golongan Anwarinas dalam PAS yang mempunyai hubungan rapat dengan Mursyidul Am PAS itu.

Sementara itu, satu sumber PAS menyatakan Ketua Umum PKR itu telah dinasihatkan supaya mengurangkan penglibatannya dalam program anjuran PAS terutama sekali solat hajat, munajat dan sebagainya.

Nasihat berupa larangan penuh diplomasi itu tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk mengurangkan kesan mudarat dari terpalit kepada PAS berikutan sikap liberal Anwar yang berkeras menyokong penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible oleh penganut Kristian.

Terus Baca Di Sini

Isnin, 1 April 2013

#LAHADDATU Anwar Ibrahim KANTOI Berhubungan Melalui Twiiter Dengan Jacel Kiram Didedahkan

#LAHADDATU Anwar Ibrahim KANTOI Berhubungan Melalui Twitter Dengan Jacel Kiram Didedahkan 










Kantoi dan terus kantoi itulah ANWAR IBRAHIM.. Pengkhianat Besar dalam negara kita ini yang akan menghancurkan apa sahaja demi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri Pada PRU 13 ini nti..

Umum mengetahui Penceroboh Sulu masuk menyerang Sabah adalah atas jemputan Anwar Ibrahim dan segala wang perbelanjaan diaturkan oleh Anwar Ibrahim melalui orang kanannya Tian Chua bangsat. Semua itu dilaporkan oleh perisikkan kerajaan Filipina dan ianya tidak dapat disangkal oleh Anwar Ibrahim.

Puteri kesayangan pengganas Jamalul Kiram III sudah mula bermain twitter. Boleh dianggap hebat kerana dalam tempoh 17 hari, beliau sudah mampu mengumpulkan 7,362 pengikut (followers).

Pengikut Jacel Kiram ini bukan hanya tertumpu di Filipina malah turut mengumpulkan sebilangan besar pengikut dari Malaysia.

Aneh ...

Apabila puteri kesayangan pengganas Jamalul Kiram III ini mula membuka twitternya sejak 13 Mac yang lalu, blog-blog pembangkang dilihat MERAIKAN dan MEMPROMOSIKAN Jacel Kiram seolah-olah beliau kini seorang SELEBRITI dan sudah menjadi sebahagian anggota keluarga Pakatan Rakyat.

Terbaru blog Gelombang Wangsa Maju mendedahkan pula hubungan intim Anwar Ibrahim dan anak Kiram kepala penceroboh  KLIK DISINI

Psssttt.. Mana si tua kutuk Anwar Ibrahim tu nak lari?

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Sabtu, 30 Mac 2013

WAJIB TONTON!! EPISODE 3 - [VIDEO] ANWAR IBRAHIM "MENERKAM" MAHASISWA DIDEDAHKAN..

WAJIB TONTON!! EPISODE 3 - [VIDEO] ANWAR IBRAHIM "MENERKAM" MAHASISWA DIDEDAHKAN..



Bisu dan terus membisu itulah Anwar Bin Ibrahim ketua Umum Pakatan Pembangkang berhubung video yang didedahkan oleh Papa Gomo.

Sepanjang pendedahan oleh Papa Gomo mengenai video terbaru Anwar Ibrahim ini Gomo memerhatikan gelagat para penyokong Anwar Ibrahim yang beriya iya mempertahankan Anwar Ibrahim ketua mereka dengan bermacam macam alasan dan jawapan paling sadis pada Gomos etakat hari ini adalah jawapan dari mulut Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli yang menyatakan Anwar Ibrahim seorang yang peramah.

Gomo boleh terima jawapan dari Rafizi yang Anwar Ibrahim ini seorang yang peramah namun Gomo musykil bagaimana seorang yang berjawatan tinggi dalam parti iaitu Ketua Umum Pakatan Pembangkang dengan gelaran Dato Sri begitu peramah dengan seorang lelaki berpewatakan lembut duduk berdua duaan didalam sebuah bilik hotel dengan membahasakan diri sebagai "I" dan memanggil remaja tersebut sebagai "U".

Sehingga ke hari ini juga Anwar Ibrahim terus berdiam diri dalam isu ini walaupun asakkan dari rakyat Malaysia mahukan jawapan dari beliau untuk menjelaskan siapa remaja lelaki yang bersama beliau didalam bilik hotel. Malah rakyat juga ingin tahu atas kapasiti apa remaja lelaki tersebut berjumpa Dato Sri Anwar Ibrahim secara berdua didalam bilik hotel?

Apakah remaja lelaki tersebut yang merupakan seorang Mahasiswa berdua duaan dengan Anwar Ibrahim kerana mahu meminta bantuan Biasiswa? Ataupun Mahasiswa tersebut berjumpa Anwar Ibrahim untuk berbincang tentang PTPTN? Segala persoalan ini tidak dijawap oleh Dato Sri Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini.

Sepertimana yang Gomo maklumkan sebelum ini Remaja lelaki berumur 19 tahun itu sudahpun Gomo temui pada bulan Febuari yang lalu dan mahasiswa tersebut mengakui LIWAT antara beliau dan Dato Sri Anwar Ibrahim adalah faktor suka sama suka yang mana pada tarikh tersebut mahasiswa itu diliwat pertama kali dalam sejarah hidup beliau.

Untuk artikel kali ini Gomo tayangkan video dibawah ini untuk rakyat Malaysia menilai siapa manusia bernama Anwar Bin Ibrahim yang sekarang ini sedang bercita cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Lihat sendiri dan renungkan sendiri video dibawah ini:




Babak terakhir didalam video ini Dato Sri Anwar Ibrahim MENERKAM remaja lelaki berumur 19 tahun itu. TERKAMAN yang datang secara tiba tiba dan disinilah yang menariknya kerana rakaman melalui TALIFON Bimbit remaja lelaki itu masih lagi terpasang dan memaparkan adengan yang begitu JIJIK untuk dijadikan Anwar Ibrahim sebagai contoh pemimpin rakyat Malaysia.

Berbalik kenyataan Rafizi Ramli yang menyatakan Anwar Ibrahim seorang yang PERAMAH, Gomo juga ingin bertanya kepada Rafizi Ramli apakah Rafizi Ramli sendiri pernah diterkam oleh Dato Sri Anwar Ibrahim?

Kesalahan Rafizi Ramli Jambu Anwar Ibrahim dalam mempertahankan Video ini :

"Saman terhadap Papa Gomo adalah keseluruhan, kita (orang Islam), ayat Quran cukup jelas, apabila sesuatu berita itu dibawa oleh orang yang fasikh, KITA PERLU TOLAK BERITA itu," - Rafizi Ramli PKR

Rafizi Ramli cuba bermain dengan hadis Al Quran sedangkan beliau sendiri begitu FASIK apabila tidak memeriksa dengan tuan punya badan Dato Sri Anwar Ibrahim dengan apa yang Papa Gomo dedahkan. Malah beliau telah memutarbelitkan surah Al Quran walhalkan dalam hadis:

[Al Hujuraat:6]
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka PERIKSALAH DENGAN TELITI agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” 

Rakyat tidak bodoh terutamanya rakyat Malaysia yang bukan pengikut LGBT Seks sesama Jenis. Dan Gomo yakin serta pasti paparan video yang Gomo tayangkan ini memberikan banyak bukti jelas bahawa Anwar Ibrahim seorang pengamal HOMOSEKSUAL. Periksalah dengan hati dan minda yang terbuka dalam isu ini dan Gomo harap anda semua mampu berfikir secara waras.

Kepada mereka yang mendesak Papa Gomo untuk menayangkan video selanjutnya yang mana aksi Anwar Ibrahim selepas menerkam remaja lelaki tersebut. Gomo minta anda semua bersabar kerana ianya akan dibongkarkan tidak lama lagi.

Rakyat seharusnya meminta Anwar Ibrahim untuk menjawap segala persoalan berikut:

1) Siapa Remaja Lelaki yang bersama Dato Sri?
2) Dimana Dato Sri Anwar Ibrahim pada 6/2/2012?
3) Apakah Dato Sri kenal mahasiswa tersebut?
4) Benarkan Menantu Dato Sri menggunakan kenderaan Kia Spectra?
5) Apakah benar Dato Sri seorang yang peramah?
6) MENGAPA DATO SRI ANWAR IBRAHIM TERKAM REMAJA LELAKI ITU?
7).... Terpulang pada anda untuk bertanyakan kepada Anwar Ibrahim mengenai kejadian ini.

Akhir kata dari Papa Gomo untuk seluruh rakyat Malaysia.

"Jangan gadaikan negara Malaysia ini kepada manusia yang sudah jelas dan terang seorang pengamal HOMOSEKSUAL. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin apatahlagi menjadi Perdana Menteri Malaysia"



Gomo sudah beri peringatan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim untuk berundur dan nampaknya beliau enggan barangkali tersepit dengan situasi yang ada waktu ini. Didalam rumah Anwar Ibrahim beliau bergaduh suami isteri dengan Wan Azizah kerana menggunakan menantunya sebagai ALIBI dalam meliwat anak anak muda. Gaduh lah macam mana sekalipun yang pasti rakyat Malaysia tidak mahukan pemimpin jijik seperti Anwar Ibrahim.

Psssttt... Tunggu Bubar kita kasi keluar semua bahan khas untuk Anwar Ibrahim jika beliau masih enggan berundur.


Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Ehsan Dari PAPAGOMO

Khamis, 28 Mac 2013

PANAS TERIK!! 13 KEJUTAN DARI ANWAR IBRAHIM MENJELANG #PRU13..

PANAS TERIK!! 13 KEJUTAN DARI ANWAR IBRAHIM MENJELANG #PRU13..



ANWAR IBRAHIM DAN PAKATAN PEMBANGKANG sedia menawarkan 13 kejutan menjelang pru 13…

Inilah skrip yang dibuat setiap kali Anwar dan konco-konconya menghadapi piliharaya dan hanya semata-mata untuk memperbodohkan rakyat!

Rakyat tidak bodoh! Anwar dan PR semakin dekat kepada kehancuran!

Pssstttt... AKjr: AWAS SEMUA!!! JGN TERPEDAYA DGN HASUTAN DAN PROPAGANDA DARI DAJJAL INI.. INGAT!! MALAYSIA AMAN TANPA ANWAR IBRAHIM!!

Selasa, 26 Mac 2013

WAJIB TONTON!! [VIDEO] PENDEDAHAN DR HASAN ALI & CHANDRA TENTANG SALAH LAKU ANWAR!!


WAJIB TONTON!! [VIDEO] PENDEDAHAN DR HASAN ALI & CHANDRA TENTANG SALAH LAKU ANWAR!!





Bekas Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Sidek Baba turut melahirkan perasaan kehairanan dengan sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahatir Mohamad dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew berikutan pendedahan mereka menyatakan Anwar seorang homoseksual.
Menurut Dr Sidek maklumat itu diperolehi daripada sebuah buku biografi yang ditulis oleh Tun M ‘A Doctor In The House’ dan juga kenyataan Kuan Yew pernah disiarkan di laman Wikileaks.

"Saya ada terbaca buku Tun Mahathir, soal integriti mengapa Anwar tidak saman Mahathir, di kalangan orang tertentu yang membuat pendedahan hubungan skandal dengan Anwar sepatutnya mesti disaman.

“Saya masih ingat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kwan Yew pernah bercakap dan membuat kenyataan dalam Wikileaks di mana dia mempunyai bukti yang cukup tentang apa yang Anwar buat, harus disaman, ini soal integriti.

Apa yang bermain di fikiran saya apabila ada isu contohnya Anwar tidak saman tidak ambil tindakan,” katanya dalam satu rakaman video wawancara khas ‘Pemecatan Anwar bukan konspirasi tetapi realiti’ disiarkan di laman Youtube.



Video : Pendedahan tentang Anwar.

Difahamkan, rakaman video itu mendedahkan Anwar mendakwa dirinya sebagai pejuang kemerdekaan Afrika Selatan Nelson Mandela atau Aung Suu kii di Myanmar.

Malah, majalah tabloid Newsweek pernah menamakan Anwar sebagai Asian Of The Year. Sehingga ke hari ini masih ramai yang percaya Anwar dengan imej diri yang diperkenalkannya. Anwar seorang Narcisist yang sebenar, dia percaya mempunyai tempat khas di alam semesta ini, tetapi beliau bukanlah dirinya sebenar seperti yang gambarkannya.

Pada tahun 1998, pemimpin pembangkang terulung, Karpal Singh menuduh Anwar seorang homoseksual melakukan liwat dan mempunyai hubungan seks dengan lelaki dan perempuan selain dari isterinya. 

Dalam satu sidang akhbar, Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah mendesak Tun Dr Mahathir supaya memecat Anwar dan mempersoalkan mengapa beliau dibiarkan begitu sahaja masih kekal dalam kabinetnya.

Namun Tun M tidak percayainya sama juga seperti beliau tidak mempercayai Anwar akan mencabarnya. Sepucuk surat ditulis Bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Chandra Muzaffar pada waktu itu meminta Anwar supaya tidak meneruskan langkah meminta Mahathir meletakkan jawatan ketika krisis kewangan terjadi di negara ini satu ketika dahulu.

”Dia (Anwar) tidak menjawab surat saya yang dihantar pada Mac 2002, tetapi selepas beberapa bulan dia jawab juga dalam bentuk surat yang tertulis yang begitu kasar bahasa digunakan.

”Anwar menafikan segalanya memang itu stail beliau dan mengecam saya dengan macam macam frasa sindiran. Saya tak jawab surat kerana ini menganggap bahawa ini adalah perasaan yang diluahkan oleh seorang individu yang tidak rasional, tidak ada hujah mempertahankan pendirian tanpa hujah kukuh,” jelasnya.

Menyentuh mengenai Anwar seorang homoseksual, Dr Chandra memberitahu pernah bertanya kepadad Anwar secara terus terang di mahkamah.

“Saya tanya beliau secara terus terang masa itu dia bersama kawan lain di mahkamah masa perbicaraan Anwar. Saya tanya beliau adakah ini benar dan beliau menafikan. kita percaya pada masa itu ketika beliau menafikan adalah satu sebahagian daripada konspirasi besar.

“Saya ‘terpercaya’ pada teori konspirasi, kita semua percaya ada teori konspirasi untuk menghancurkan kerjaya politik beliau,”jelasnya.

Sementara itu, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendedahkan bahawa ada orang dalam PAS berharap sangat Anwar menyertai parti itu.

“Dia (Anwar) sertai UMNO kalau tak silap saya tidak dapat restu majlis syura Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan sebagainya, dalam gerakan Islam perlu dapat persetujuan daripada Syura, itu satu perkara yang dahsyat yang berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata, musuh-musuh politik Anwar tidak sampai hati hendak mendedahkan segalanya dalam konteks secara menyeluruh.

“Memang tidak sampai hati. Apa yang misterinya mahkamah pun tidak secara total (menyeluruh) 100 peratus mengiyakan salah lakunya, itu misteri.

“Seharusnya secara logik menyatakan orang macam ini sudah tenggelam, tetapi dia masih timbul lagi sebab ada manusia yang bagi pelampung padanya, siapa yang bagi pelampung, teman PKR, teman PAS Anwarinas,” jelasnya. - SGB

WAJIB BACA!! BONGKAR! 10 KEJUTAN ANWAR MENJELANG PRU13!!

WAJIB BACA!! BONGKAR! 10 KEJUTAN ANWAR MENJELANG PRU13!!



Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu :

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku. 

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas. 

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan. 
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful. 

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ”Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh“, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA “Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.” 

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”
 
6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak. 
***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul. 

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya. 
***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin 

8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya. 

9 – Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara).
***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)… taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah. 

10 – Setiap ahli Pas diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah ”wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik).Begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke Putrajaya.) - MyNewsHub

Apakah Anwar akan jawab dakwaan-dakwaan di atas?

PANAS TERIK!! : AGENDA BESAR ANWAR DAN NUR MISUARI DI SABAH TERBONGKAR..

PANAS TERIK!! : AGENDA BESAR ANWAR DAN NUR MISUARI DI SABAH TERBONGKAR..



Betulkah ada agenda besar tersebut? Berikut adalah gambar Armando, paling kanan ketika menjadi dijemput menjadi pemantau BERSIH oleh parti pembangkang. Siapa Armando? Apa kena mengena Armando dalam agenda besar Anwar Ibrahim ini?

Seorang lagi dalang Anwar Ibrahim di Filipina didedahkan. Namanya adalah Armando Valdez. Juga merupakan kroni kepada Joseph Estrada. Siapa tidak kenal dengan Estrada yang sudah sekian lama menjadi rakan intim Anwar Ibrahim.

Amado Valdez juga merupakan aktivis LawAsia yang sering mendapat tajaan Konrad Adenauer Foundation (KAF). Siapa yang tidak kenal dengan KAF, organisasi yang sering menaja Anwar di luar negara sejak 2004 lagi. Tidak menghairankan mengapa Tian Chua dan Sivarasa begitu mudah akses ketika pergi ke Filipina pada 7-9 Februari 2012.

Rupa-rupanya sudah ada operator SUARAM di sana. Buat apa Tian Chua dan Sivarasa berada di sana? Apakah secara kebetulan pencerobohan yang berlaku pada 9 Februari 2012 di Lahad Datu dengan pemergian Tian Chua dan Sivarasa?

Mengapa 10 hari selepas pencerobohan, Tian Chua menyatakan peristiwa Lahad Datu sebagai satu "diversion"? Kemudian dalam KeadilanDaily, 1 Mac 2013, Tian Chua menyatakan apa yang berlaku di Lahad Datu adalah sebagai satu sandiwara. Ini satu tuduhan yang amat berat sekali dan tidak masuk akal.
Apakah pemergian Tian Chua ke Filipina tersebut adalah salah satu rancangan untuk membuat keadaan yang tidak tenteram di Sabah. Apa untungnya Sabah dan kepulauan Mindanao kepada Anwar dan kumpulan pembangkang di Filipina?

Anwar merasakan jalan pintas untuk ke Putrajaya adalah dengan mengenepikan 25 kerusi di Sabah daripada 222 kawasan parlimen. Bagaimana kerusi itu boleh diketepikan? Hanya bertanding 197 kerusi sahaja? 
Ya, begitulah andaian Anwar. Pilihan raya untuk 25 kerusi di Sabah perlu digantung kerana arahan darurat akibat kacau bilau. Bila 25 kerusi dari Sabah tiada, Anwar merasakan peluangnya untuk ke Putrajaya lebih cerah, sebab itulah dia sering nyanyi "Sabah nak hilang" (baca sini). Tujuan Anwar adalah berkuasa di Putrajaya.


Apa pula untungnya Misuari, Estrada dan Kiram dalam hal ini? Untuk mendapatkan kuasa di Filipina, kawasan selatan Filipina adalah penting untuk dikuasai. Estrada sudah berada di pihak pembangkang, sama seperti Anwar. Tujuan Estrada adalah mahu berkuasa di Filipina.

Operator untuk mengintimkan hubungan Anwar dan Estrada di Filipina adalah Armando. Misuari sudah terbukti seorang gabenor yang gagal, malah berasa tergugat bila perjanjian damai bangsa Moro berjaya diadakan dengan insiatif Malaysia. Dendam masih membara untuk merebut kembali kuasa. Tujuan Misuari adalah mahu berkuasa semula di selatan Filipina.

Ahad, 24 Mac 2013

WAJIB TONTON!! Episode 2 - [Video] Anwar Ibrahim "MENGAYAT" Mahasiswa Didedahkan..

WAJIB TONTON!! Episode 2 - [Video] Anwar Ibrahim "MENGAYAT" Mahasiswa Didedahkan..




Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini masih lagi mendiamkan diri berhubung klip video terbaru yang sedang hangat dipasaran yang mana memaparkan perbualan antara seorang mahasiswa berumur 19 tahu dan Anwar Ibrahim ketua Umum Pakatan Pembangkang.

Dalam video yang Gomo keluarkan sebelum ini Seasons 7 Episode 1 KLIK DISINI masih ada lagi orang orag dalam pakatan pembangkang tidak mempercayai bahawa lelaki didalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim. Antara alasan yang diberikan adalah DUBBING yang mana suara tidak sama dengan mulut, gambar kabur, wajah lelaki 19 tahun tidak kelihatan dan macam macam lagi.

Apa sahaja yang akan didedahkan demi kebenaran untuk rakyat Malaysia pasti sahaja penyokong pembangkang menafikan bahawa individu yang mengalami masaalah moral tersebut adalah Anwar Ibrahim. Mereka akan pertahankan Anwar Ibrahim walaupun bukti didepan mata mereka sekalipun.

Cuba anda lihat pula video Seasons 7 Episode 2 dibawah ini:




Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.


Lagi Dan Lagi DISINI

Sabtu, 23 Mac 2013

PANAS TERIK!! MENGAPA ANWAR PILIH PARLIMEN GOPENG PERAK !!! #rempuh243 #jomsokongbn

PANAS TERIK!! MENGAPA ANWAR PILIH PARLIMEN GOPENG PERAK !!! #rempuh243 #jomsokongbn




Pengumuman Anwar untuk ‘lari’ ke Perak dalam PRU-13 dilihat sebagai bukti kegelabahannya dalam mencari tempat untuk kembali ‘bertapak’ dengan kemas. Akhir-akhir ini, kaki Anwar tidak lagi teguh berdiri dan sering kali longlai dan terketar-ketar dalam usahanya meneruskan larian ke Putrajaya.

Insiden Lahad Datu yang diharapkan dapat membantunya mengelak dari terus berlari nampaknya hanya menyebabkan kakinya hampir lumpuh terkena tembakan sendiri. Langsung Anwar tidak menyangka yang insiden Lahad Datu yang dirancang begitu rapi sejak sekian lama dengan bantuan berbagai pihak boleh gagal sama sekali dalam masa yang singkat sahaja.

Bayangkan saja yang berhadapan dengan kerajaan BN di Lahad Datu, bukan sahaja pengganas Sulu atau MNLF dengan bantuan senjata dan kewangan yang besar yang sudah tentu dibekalkan oleh pihak yang ‘besar’ juga, tetapi juga jin dan syaitan, berdasarkan apa yang didakwa oleh pengganas sendiri serta pengalaman anggota keselamatan, termasuk penduduk tempatan.

Dengan bantuan dan sokongan yang sebegitu hebat, Anwar begitu yakin yang beliau tidak perlu menghadapi Pilihanraya tetapi hanya perlu menunggu keadaan di Sabah menjadi parah dan ramai penduduk mati sehinggakan kerajaan dipersalahkan, lalu menjadi lemah. Seterusnya, tekanan akan dikenakan oleh kuasa besar sehinggalah akhirnya mereka masuk campur dalam urusan negara.

Nampaknya, walaupun telah berkali-kali diberi peringatan bahawa ada kuasa yang jauh lebih besar segala kuasa besar di dunia, Anwar tetap memilih untuk lupa mengenaiNya. Anwar tidak lagi berpegang kepada qada dan qadar, jauh sekali pasrah dan akur dengan ujian dan dugaan yang menimpa dirinya akibat kerap mencabar ajaran Islam yang dianggap tidak ‘bersesuaian’ dengannya. Sehingga ke satu tahap, Anwar juga telah menolak hakikat semulajadinya.

Justeru, Anwar nekad untuk terus mencabar takdir dan meneruskan perjalanan ke Putrajaya, dengan mencari kawasan baru. Sumber-sumber dalaman yang kini sudah mula tersebar membawa berita yang Anwar tidak lagi yakin boleh menang di kawasan Melayu memandangkan semakin ramai yang sangsi dengan ‘kesucian’nya.

Penolakan PAS terhadap Anwar juga semakin ketara terutama di dalam Sambutan 5 Tahun Pemerintahan PR di Pulau Pinang, di mana tiada dari pemimpin PAS yang kelihatan. Selain Nik Aziz yang nyanyuk menaruh harapan terhadap Anwar, pemimpin PAS lain sudah tidak sanggup lagi duduk sepentas bersama Anwar.

Oleh itu, Anwar dikatakan akan mencuba nasib kawasan majoriti Cina. Antara yang disebut-sebut ialah Parlimen Ipoh Timur yang disandang oleh Lim Kit Siang, memandangkan Lim Kit Siang sendiri akan ‘lari’ ke Gelang Patah. Jika benar, maka Anwar mungkin akan bertemu dengan Ahli Beliawanis MCA Pusat yang dikatakan mempunyai rekod kerja yang amat cemerlang.

Parlimen Ipoh Timur mencatatkan pecahan kaum seperti berikut: Melayu 13.09%, Cina 81.07%, India 5.27% dan Lain-lain 0.57%. Pada PRU-12, Kit Siang menang dengan majoriti 21,942 undi, tetapi Bapa kepada Tokong DAP ini tetap memilih untuk ‘lari’ mungkin atas kesedaran bahawa beliau tidak membawa apa-apa jasa ke kawasan tersebut.

Ahli politik yang berkhidmat dengan baik, bersih dan tidak bermasalah dengan pengundi di kawasannya tentu sekali tidak ingin bertukar kawasan bertanding. Hanya ahli-ahli politik yang jelas tidak berjasa, tidak bekerja, tidak bersih dan bermasalah sahaja yang akan lari ke sana ke mari mencari tapak baru untuk terus berdiri setiap kali PRU. 





Dalam kes Anwar, beliau terpaksa mencari kawasan di mana pengundi tidak akan mempertikaikan orientasi seksnya yang mana beliau sendiri keliru dan sukar untuk menjawabnya sepertimana yang boleh dilihat sendiri dalam wawancara beliau dengan radio BFM baru-baru ini. Dan mengikut congakan Anwar, kaum Cina dijangka tidak begitu mengambil kisah tentang masalah homoseksual atau biseksualnya.

Lagipun, kaum Cina sehingga kini dilihat masih menaruh harapan yang tinggi kepada DAP untuk merealisasikan ketuanan Cina sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang. Justeru, kemungkinan yang mereka memilih Anwar adalah tinggi, kerana yang penting bagi mereka ialah Pakatan Rakyat. Memandangkan Anwar telah pun memperhambakan diri kepada Yahudi, maka tentulah beliau juga lebih dari bersedia untuk memperhambakan diri kepada Cina serta bersedia menjanjikan apa saja, bulan bintang dan tanahair, asalkan mereka dapat meletakkan dirinya di takhta Putrajaya.

Namun, kita percaya, walaupun majoriti pengundi Ipoh Timur mungkin tidak begitu mengambil peduli tentang kecelaruan orientasi seks wakil rakyat mereka, tetapi kita percaya mereka tetap peduli tentang kredibiliti dan integriti wakilnya.

Tindakan ‘lari’ kawasan, sudah cukup untuk membuktikan yang wakil rakyat itu tidak mempunyai rekod yang baik sehinggakan telah ditolak pengundi, walaupun di tempat yang paling selamat baginya sebelum ini.

Logik akal, sekiranya, rakyat kawasannya sendiri sudah menolaknya, sudah tentulah bodoh bagi rakyat kawasan lain pula untuk mengundinya. Pandangan penulis, mungkin lebih baik Anwar bertanding di Filipina saja, untung nasib dapat menggantikan Sultan Sulu tanpa bertanding.

WAJIB TENGOK!! "SERI" Gambar Anwar Ibrahim Yg Memikat hati!!

WAJIB TENGOK!! "SERI" Gambar Anwar Ibrahim Yg Memikat hati!! 



Suatu ketika aku cukup bangga dengan Anwar Ibrahim. Kebolehan beliau berpidato menjadikan beliau salah seorang pemimpin idola aku.


Setiap kata-kata yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim seolah-seolah satu sihir yang maha dasyat menjadikan aku terpukau. Setiap susunan ayat yang keluar dari mulut beliau bagaikan satu dalil yang benar untuk aku terus sokong beliau.


Namun, semuanya itu satu kesilapan yang paling besar aku pernah lakukan. Rupanya-rupanya idola aku ketika itu adalah seorang manusia yang sangat hipokrit dan jahil yang amat dasyat.


Setelah mahkamah mengesahkan yang Anwar seorang homoseks dan salahguna wang negara untuk kepentingan peribadi pada awal tahun 1999, rasa hormat aku terhadap Anwar terus zero. 


Anwar bukan lagi seorang pemidato yang hebat bagi aku, sebaliknya Anwar seorang kaki kelentong yang sangat dasyat. Setiap kata-kata Anwar hari ini bagaikan kuman yang boleh membawa kepada penyakit yang amat kronik.




Tambahan lagi apabila video yang 99.99% tulen ini pula 100% menyerupai Anwar Ibrahim. Kalaupun Anwar kata video itu fitnah, tetapi setiap pembohongan beliau selama ini sudah cukup untuk aku hilang hormat pada beliau.



Aku benci kepada Anwar bukan Video seks beliau yang menjadi faktor utama. Tetapi sikap hipokrit Anwar yang kononya alim menjadi asbab yang jelas kenapa Anwar perlu ditolak secara total. Soryyy Anwar. Kamu hanyalah dajjal pada aku.

Psssttt... Anwar Jangan Saman Aku!!