SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Rabu, 29 Mei 2013

PANAS TERIK!! DAP Rancang Jatuhkan Anwar, Bubar PAS??

PANAS TERIK!! DAP Rancang Jatuhkan Anwar, Bubar PAS??


KUALA LUMPUR : Seorang bekas ahli dan penyokong tegar DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mendedahkan rancangan parti itu melaksanakan dua `janji’ mereka sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu.

Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong itu mendakwa, `janji’ pertama yang akan ditunaikan oleh DAP ialah mengangkat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, dakwa beliau, Anwar hanya akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun sahaja sebelum `dijatuhkan’ oleh DAP dan pemimpin pembangkang lain.

“Bagaimana mereka jatuhkan? Dengan menggunakan masalah moral dan alasan penyalahgunaan kuasa oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana bukti-bukti tersebut ada dalam simpanan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

“Dalam situasi itu, rakyat akan melihat ketelusan pakatan berkenaan yang sanggup menjatuhkan sendiri pemimpin mereka kerana terlibat dengan masalah moral. Selepas itu, mereka akan mengangkat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Mohamed Razali berkata demikian dalam rakaman video berdurasi 20 minit yang dimuat naik di laman sosial YouTube pada 23 April lalu bertajuk `Kisah Sedih Agenda DAP Pada Orang Melayu’.

Mengulas lanjut, Mohamed Razali mendakwa, `janji’ kedua DAP akan dilaksanakan selepas Guan Eng dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Anwar.

Katanya, `janji’ kedua itu ialah membubarkan parti berteraskan agama, yang merujuk kepada Pas.

“Ini orang Pas pun tidak tahu tentangnya. Ini semua perancangan DAP, dalam tempoh ketiga atau keempat pentadbiran, rancangan itu akan dilaksanakan.

“Kita tengok pun pemimpin Pas hari ini tidak macam dulu. Banyak berbeza, pemimpin Pas sekarang terlalu liberal, dulu kata mahu tegakkan negara Islam tetapi apabila dibelasah oleh Karpal terus tukar kebajikan pula,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamed Razali yang mendakwa merupakan salah seorang daripada 17 pakar strategi parti itu dan telah dilatih selama tiga tahun mengakui terlibat dalam usaha mengusir orang Melayu di Pulau Pinang ketika bersama DAP.

“Isu tanah orang Melayu, isu di Balik Pulau, isu Bayan Mutiara, isu pelupusan tapak masjid yang bernilai RM185 juta untuk dibangunkan menjadi pusat komersial. Saya terlibat dalam isu-isu ini sewaktu bersama DAP, boleh dikatakan ketika itu saya ini umpama `anak emas’ Guan Eng,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan