WAJIB BACA!! #PRU13 SURAT TULIS TANGAN OLEH BAPA SAIFUL UNTUK ANWAR IBRAHIM.. #GE13 #Vote4BN
Saya Insaf Dan Umum Keluar PKR – Azlan Lazim
Bapa kepada Saiful Bukhari, mangsa liwat kepada Anwar Ibrahim hari ini membuat satu sidang akhbar tergempar bagi membuat kenyataan terbuka memohon maaf kepada anaknya. Azlan Mohd Lazim yang sebelum ini mendakwa dia dan anaknya telah dipergunakan oleh pihak tertentu, pada satu sidang media 8 Mac lalu menarik kembali semua dakwaan yang dikatakan itu.
Menurut Azlan, penarikan balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini kerana merasakan telah mengkhianati anak kandungnya dan menyesal atas keterlanjuran tersebut. Selain pengumuman maaf itu, Azlan turut memaklumkan keluar dari PKR dan menegaskan kes liwat yang melibatkan Saiful bukan satu konspirasi.
Azlan ketika sidang akhbar yang diadakan di salah sebuah hotel di Cheras memaklumkan menarik kembali pemohonan maaf keatas Anwar Ibrahim.
“Kejadian liwat yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim adalah benar (berlaku) dan ia bukanlah satu konspirasi politik. Saya juga ingin menarik balik permohonan maaf saya kepada Anwar dan keluargarnya” katanya.
Beliau turut mengatakan bahawa kenyataan pada hari ini dibuat secara sukarela tanpa ada sebarang unsur paksaan dari mana-mana pihak kerana menyedari akan kesilapan yang telah dilakukan.
"Sebelum ini saya mungkin termakan hasutan daripada kawan-kawan sehingga tergamak mengkhianati Saiful dan keluarga. Dengan kenyataan ini diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul dari kenyataan saya sebelum ini.
"Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah," ujarnya lagi.
Dengan kenyataan tersebut, pasti akan membuatkan Anwar pening kerana tidak lagi dapat mengunakan isu kenyataan dan permohonan yang dikeluarkan sebelum ini.
Ini adalah kenyataan daripada seorang bapa yang telah mengkhianati anaknya sendiri. Semoga ianya dapat dijadikan panduan dan pengajaran buat kita semua. Anda semua boleh nilaikan sendiri betapa pakatan haram pembangkang ini sanggup melakukan apa sahaja, termasuklah memutuskan hubungan darah sesama keluarga demi kuasa.
Selamatkan masa depan kita semua. Buatlah pilihan yang tepat 5 Mei ini. Pilih BN untuk kesejahteraan dan masa depan yang terjamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan