SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Rabu, 15 Mei 2013

PANAS TERIK!! Penasihat PKR tidak akan 'bersara' Lawan Sampai Mati.. Jenis Tak Sedar Diri

PANAS TERIK!! Penasihat PKR tidak akan 'bersara' Lawan Sampai Mati.. Jenis Tak Sedar Diri



KUALA LUMPUR 14 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berundur diri daripada arena politik selagi cita-citanya menjadi Perdana Menteri tidak terlaksana walau apa cara sekalipun.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman berkata, bekas ketuanya itu tidak akan berhenti walaupun sebelum ini dia sendiri menyatakan kesediaannya berbuat demikian jika gagal menawan Putrajaya.

"Dia seorang pembohong besar seperti yang kita dapat lihat janjinya untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008 hanya cakap sahaja.

"Anwar akan terus mengadakan perhimpunan haram bagi membangkitkan kemarahan terhadap kerajaan dengan penipuan dan menaikkan emosi penyokongnya bagi pelan yang lebih besar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia mengulas mengenai janji Anwar untuk mengundur diri di sini hari ini.

Rakaman Anwar untuk mengundur diri dan memilih menjadi pensyarah pada 17 Ogos 2012 telah tersebar melalui laman YouTube ketika dirakam dalam program Borak Anwar.

Sementara itu, bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berpandangan sama, banyak janji dibuat Anwar tidak ditunaikan yang hanya mengutamakan kepentingan diri dan cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

"Dia akan terus memainkan isu keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak telus dengan menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hingga membawanya ke jalanan.

"Sebanyak 27 kawasan Parlimen dipertikaikan keputusannya oleh Anwar yang mana calon pakatan pembangkang telah kalah di kawasan itu. Mengapa kawasan yang dimenangi mereka langsung tidak dipersoalkan," ujarnya.

Menurut beliau lagi, sekiranya tidak telus keputusan itu, mengapa pakatan pembangkang masih mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Kelantan dan Selangor serta Ketua Menteri di Pulau Pinang.

"Saya melihat juga Anwar sedang cuba menanam kebencian rakyat terutama generasi muda bagi membangkitkan kemarahan dan tidak mustahil hingga mewujudkan semangat seperti Arab Spring. Kerajaan perlu berhati-hati dan mengambil tindakan secara bijak," jelasnya.

4 ulasan:

  1. Penyokong dia sendiri pn tahu peliwat ni pembohong besar..tapi nk but mcm mana dah nama macai PR..majoriti adalah org bodoh lagi diperbodohkan.

    BalasPadam
  2. Mati beragan, mati kempunan.

    BalasPadam
  3. terkenal sbg seorang pmimpin Putar Alam .. PKR = Pemimpin Kencing Rakyat

    BalasPadam
  4. Biarkan dia nk wt phimpunan pun asalkan dlm stadium x nyusahkan org ramai.kita tgk brapa lama sgt lembu2 dia dpt btahan,lama2 dia org akan kepenatan gtu je..xdpt apa2,sia2 je..lama2 makin bkurang ar lembu2 anwar tu.lg satu biar dia buat demo kat kwsn cina dap,tgk apa reaksi cina dap tu nanti

    BalasPadam