SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label MENJELANG PRU13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MENJELANG PRU13. Papar semua catatan

Khamis, 28 Mac 2013

PANAS TERIK!! 13 KEJUTAN DARI ANWAR IBRAHIM MENJELANG #PRU13..

PANAS TERIK!! 13 KEJUTAN DARI ANWAR IBRAHIM MENJELANG #PRU13..



ANWAR IBRAHIM DAN PAKATAN PEMBANGKANG sedia menawarkan 13 kejutan menjelang pru 13…

Inilah skrip yang dibuat setiap kali Anwar dan konco-konconya menghadapi piliharaya dan hanya semata-mata untuk memperbodohkan rakyat!

Rakyat tidak bodoh! Anwar dan PR semakin dekat kepada kehancuran!

Pssstttt... AKjr: AWAS SEMUA!!! JGN TERPEDAYA DGN HASUTAN DAN PROPAGANDA DARI DAJJAL INI.. INGAT!! MALAYSIA AMAN TANPA ANWAR IBRAHIM!!

Selasa, 26 Mac 2013

WAJIB BACA!! BONGKAR! 10 KEJUTAN ANWAR MENJELANG PRU13!!

WAJIB BACA!! BONGKAR! 10 KEJUTAN ANWAR MENJELANG PRU13!!



Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu :

1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku. 

2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihanraya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas. 

3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan. 
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful. 

4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ”Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh“, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA “Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.” 

5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”
 
6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak. 
***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul. 

7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya. 
***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin 

8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya. 

9 – Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara).
***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)… taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah. 

10 – Setiap ahli Pas diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah ”wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik).Begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke Putrajaya.) - MyNewsHub

Apakah Anwar akan jawab dakwaan-dakwaan di atas?

Isnin, 25 Mac 2013

Menjelang PRU13: Bubar atau terbubar?

Menjelang PRU13: Bubar atau terbubar?


  Tarikh pembubaran automatik

ANALISIS - Jelajah Janji Ditepati anjuran Barisan Nasional (BN) yang berakhir di Pahang kelmarin bukan petanda bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat.

Ramai meramalkan kemungkinan ada berita mengenai pembubaran hari ini.

Jika tidak, negara akan menyaksikan, buat pertama kali satu Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Negeri Sembilan akan terbubar secara automatik, esok, jika tidak dibubarkan seperti amalan biasa sebelum ini.

Menurut penganalisis politik, Prof Dr Chandra Muzaffar, kerajaan Malaysia tidak mengamalkan sistem pilihan raya seperti di England yang menetapkan tarikh keramat itu dalam masa tertentu.

Katanya, kerajaan lebih gemar mempraktikkan sistem spekulasi sekali gus membebankan banyak pihak khususnya rakyat kerana tidak diberikan masa yang mencukupi untuk bersedia menghadapi hari pengundian itu nanti.

“Menteri Kabinet pun tak tahu bila tarikh parlimen akan dibubarkan selepas jelajah BN terakhir semalam.

“... amalan memilih tarikh pilihan raya (hingga timbul spekulasi) di Malaysia hari ini diamalkan dalam sistem Parlimen British dulu.

“... apabila tidak nyatakan tarikh pilihan raya, menyebabkan banyak pihak tidak dapat buat perancangan dengan teratur dalam projek jangka panjang jabatan dan agensi kerajaan manakala pelaburan syarikat swasta pula terjejas.

“Ketidaktentuan tarikh pilihan raya akan merugikan masyarakat dan semua pihak,” katanya bercakap kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Chandra yang juga Presiden Just World Movement (Just) berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh diadakan selepas cukup empat tahun dalam satu penggal sesebuah kerajaan itu memerintah.

Malah tegasnya, kerajaan Malaysia sepatutnya menetapkan tarikh atau bulan tertentu pada tahun kelima pemerintahannya supaya semua pihak lebih bersedia menghadapi PRU13 berbanding sekarang.

“Saya tidak bersetuju dengan prinsip dan pendekatan yang diambil oleh kerajaan tentang memilih tarikh pilihan raya.

“... tarikh (PRU13) harus ditetapkan lebih awal seperti berlaku di tempat lain.

“... lebih dua tahun kita kita tunggu... kita dah penat... ini amalan kurang sihat, kita perlu ubah cara ini, sejak 2010 lagi kita dah dengar bermacam-macam spekulasi Parlimen nak bubar,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan supaya cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) Februari tahun lalu dapat membawa perubahan dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

Sementara itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak menyifatkan Jelajah Janji Ditepati BN itu bukan penamat segala-galanya kepada kerajaan yang diterajui Najib sejak empat tahun lalu.

Mohamed Mustafa berkata, program tersebut yang sudah menjadi amalan BN itu sebagai langkah turun ke padang bertemu dan menilai tahap sokongan rakyat, sekali gus sebagai tinjauan persiapan terakhir jentera pilihan raya dan kedudukan BN menjelang PRU13.

“Pusingan turun padang PM dah lengkap dan dah tutup pun semalam di Kuantan, malah isu Sabah pula dalam kawalan.

“... saya rasa tiada lagi halangan (laksana PRU13), hanya kes di Sabah akan libatkan satu dua kawasan atau Parlimen saja, selebihnya akan adakan pilihan raya secara serentak,” katanya sambil menyifatkan Najib tidak boleh mengelak lagi daripada mengumumkan tarikh pembubaran Dewan Rakyat susulan Dun Negeri Sembilan bakal berakhir esok.

Jelasnya, kerajaan BN tidak boleh menunggu beberapa lagi Dun terbubar dengan sendiri kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengumumkan tarikh pilihan raya Dun seminggu selepas ia dibubarkan dan 60 hari untuk melaksanakan pilihan raya.

Kelmarin, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melahirkan keyakinan bahawa pilihan raya melibatkan semua negeri akan diadakan serentak.

“SPR takkan nak buat pilihan raya Dun satu-persatu.

"... Dun Negeri Sembilan akan terbubar secara automatik pada 26 Mac ini, kalau ikut amalan, lepas 27 haribulan SPR kena umum (tarikh pilihan raya Dun), tak boleh biar lebih 60 hari baru nak buat.

“... ikut kebiasaan, SPR akan tetapkan tarikh pilihan raya tidak sampai satu minggu,” kata Mohamed Mustafa sambil menyakini Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri dua majlis penting pada sebelah pagi dan petang, yang tidak memberi bayangan akan ada pengumuman pembubaran.

Tetapi, apa pun boleh berlaku!