SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label BLACKOUT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BLACKOUT. Papar semua catatan

Khamis, 30 Mei 2013

MESTI BACA!! Himpunan #Blackout505 : Sekadar Alasan Mungkir Janji Untuk Undur Dari Politik..

MESTI BACA!! Himpunan #Blackout505 : Sekadar Alasan Mungkir Janji Untuk Undur Dari Politik..



Anwar menggunakan alasan untuk terus mengadakan himpunan blackout 505 KONONnya sehingga tiada lagi penipuan pilihanraya negara semata-mata untuk tidak menunaikan janji dan mengalihkan isu sebenar iaitu janji beliau untuk berundur dari politik dan kembali mengajar sekiranya pakatan pembangkang gagal menguasai Putrajaya.

Anwar Ibrahim perlu bermuhasabah diri dan mengotakan janji yang dibuatnya sebelum ini untuk mengundur diri selepas tewas pada PRU13. Selama ini seluruh rakyat tahu bahawa Anwar ini sinonim dengan “munafik” iaitu orang yang berjanji tetapi tidak akan menepati janjinya. Untuk sekali ini dalam seumur hidup beliau sebelum menutup mata, rakyat merayu beliau berundur dari dunia politik seperti yang dijanjikan demi maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan tanahair.

Beliau sepatutnya menerima hakikat kekalahan pembangkang dalam PRU13 pada 5 Mei yang lalu, dan juga kegagalan pembangkang dalam siri pilihan raya sejak 1999 untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Pada Kongres Nasional Keadilan ke-9, Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dengan tegas telah menyatakan pendirian untuk tidak berundur walaupun diminta berbuat demikian kerana mendakwa Pembangkang telah kalah dengan penipuan dalam pilihan raya lalu. Anwar sepatutnya menghormati keputusan dalam Pilihanraya Umum ke13 yang dibuat rakyat seperti mana Barisan Nasional yang menerima kekalahan mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Makin Anwar berkeras dalam hal ini maka rakyat makin meluat dengan sandiwara palsu beliau. “Enough is Enough”. Semua perkara ada batasan masa. Maka beliau sepatutnya berpijak di bumi nyata bukannya berpaut pada harapan palsu. Beliau harus sedar bahawa impian jahatnya mahu menjadi Perdana Menteri tidak dimakbulkan Allah. Sekiranya itu adalah rezekinya maka sudah lama Allah permudahkan segala-galanya untuk beliau. Namun sekadar untuk memenuhi impian untuk menjadi Perdana Menteri beliau telah melanggar banyak etika kehidupan, maruah dan agama Islam.

Rakyat telah bersuara dan menyatakan pendirian dalam PRU13 yang lepas. Anwar tidak perlu cuba menidakkan hak rakyat dengan mengadakan Himpunan Suara Rakyat 505. Sebagai sebuah negara demokrasi, mereka sepatutnya menyuarakan rasa hati dengan menggunakan saluran yang betul bukannya dengan cara murahan jalanan pilihan Anwar dan pembangkang.

Pembangkang telah mencipta bermacam-macam fitnah dan penipuan untuk menutup kelemahan mereka. Hakikat sebenarnya Anwar tidak boleh dan tidak mampu menerima kenyataan bahawa beliau telah dikalahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menerima takdir itu adalah dituntut dalam Islam. Anwar wajib bertaubat kerana terlalu banyak menyusahkan rakyat dan agama Islam.

Sabtu, 25 Mei 2013

WAJIB BACA!! FAKTA #PRU13 : #BLACKOUT RANCANGAN JAHAT PAKATAN PEMBANGKANG!!

WAJIB BACA!! FAKTA #PRU13 : #BLACKOUT RANCANGAN JAHAT PAKATAN PEMBANGKANG!!

Inilah antara gambar yang disebarkan dalam isu lampu padam atau ‘Black Out’ yang didakwa Pakatan Rakyat.

Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

“Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

“Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut
melainkan petugas SPR dan ejen calon.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul… mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

“Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR,” katanya.


Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

“Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.

“Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat ‘tweet’ mengatakan lampu padam oleh ‘cybertrooper’ yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai
Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

Beliau berkata namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU13.

“Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis… itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan.

“Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu,” katanya.

Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.

“Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?,” katanya. – Bernama

Jumaat, 17 Mei 2013

GEMPAR BERAPI!! KARPAL SINGH BUAT REPORT POLIS TANGKAP PENGANJUR BLACKOUT 505!! #HABISLAHKALINI

GEMPAR BERAPI!! KARPAL SINGH BUAT REPORT POLIS TANGKAP PENGANJUR BLACKOUT 505!! #HABISLAHKALINI



Ini berita terbaru dari karpal singh, korang fikir la kenapa tiba2 karpal singh buat report dan desak agar polis menangkap anwar ibrahim. Yang paling bodoh skrg ni adalah org yg tak sedar2 mengikut telunjuk anwar. Kt sini aku respek sikit pada Karpal singh, kerana dia ada sifat cintakan keamanan negara. Mungkin dia dh terfikir klu jadi apa2 mana dia nk lari, dia dh la pakai kerusi roda jer.. atau mungkin karpal singh dh tersedar semenjak karpal singh jatuh tertonggeng semasa pencalonan pilihanraya yg lalu.. hehe... apa2 pon aku harap korang baca cerita di bawah...

Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee petang semalam bagi membantah rancangan kumpulan pro-pembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan.

Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai. 

Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya Ke-13 (PRU13). 

"Saya tidak mahu turut terlibat dengan permainan Pakatan Rakyat walaupun saya sendiri dari barisan pembangkang.

Negara ada undang-undang. Yang kita berani tentang, kita tentang tapi kalau nak menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan yang melibatkan manusia sebagai mangsa, saya berundur diri…. saya tidak mahu masuk campur," kata Karpal Singh. 

Menurut Karpal Singh lagi, rakyat sekarang sudah dapat melihat siapakah yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim untuk terlibat dalam HIMPUN HITAM 505.

Sedangkan pada masa yang sama, para pemimpin utama PAS seperti menjauhkan diri daripada Anwar Ibrahim, sekaligus memberi isyarat bahawa PAS juga tidak bersetuju dengan cara Anwar Ibrahim yang sudah terdesak untuk menyelamatkan batang tengkuknya daripada tali gantung kerana kes Lahad Datu. 

Karpal Singh turut mengulas kenyataan pengasas ASAL BUKAN UMNO (ABU), Haris Ibrahim yang mahu menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan kekerasan atas alasan porses PRU13, hampir dua minggu lepas, tidak telus dan tidak jujur.

"Saya minta kerajaan bertindak dengan segera terhadap pemimpin pembangkang yang keras kepala ini," ujar Karpal Singh lagi.

Selasa, 14 Mei 2013

INFO @ AKJr : Mesti Baca Jawapan Untuk Perhimpunan Haramjadah 'Blackout'!!!

INFO @ AKJr : Mesti Baca Jawapan Untuk Perhimpunan Haramjadah 'Blackout'!!!



Ada di kalangan rakan-rakan blogger dan cybertroopers BN bising pasal perhimpunan Blackout yang dianjurkan oleh Pakatan. Nampak macam senang sangat mereka ini membuat onar di jalanan.

Tidak dinafikan AKJr juga terusik dengan lolongan si Anwar dan pencacai mereka sehinggakan timbul rasa marah! Tetapi dalam masa yang sama sahabat blogger aku buat sedikit kajian yang mampu mencari jawapan kepada soalan-soalan yang tidak terungkai.

Mari kita baca dan faham apa Hasil perbincangan dengan rakan karib Keris7Lok. Kami dah nampak apa yang sedang berlaku. Keris jawab satu persatu berdasarkan beberapa soalan yang telah dikenalpasti sedang bermain di minda rakan-rakan. Perihal mengapa dibiarkan sahaja Anwar dan Pakatan melakukan perhimpunan Blackout yang tak masuk akal tu?


Akta 736 : Akta Perhimpunan Aman

Sebabnya Akta 736 : Akta Perhimpunan Aman yang telah diwartakan pada tahun 2012 membenarkan mereka berhimpun secara aman di tempat-tempat awam seperti di stadium selagi tidak menjejaskan keselamatan rakyat dan negara. 




Namun begitu, Anwar dan pencacai-pencacainya boleh ditahan jika mereka menggugat kententeraman awam yang melibatkan keselamatan negara seperti merosakkan harta benda awam dan mencederakan orang awam. Juga boleh ditahan jika terdapat penggunaan senjata sewaktu perhimpunan dilakukan. 
Mengapa Menteri Dalam Negeri Membisu?

Ada juga tanya kenapa Menteri Dalam Negeri tidak bertindak apa-apa. Kecoh kata KDN tak jalankan tugas namun tahukah anda Menteri Dalam Negeri kan belum ada lagi? Mungkin hari ini diumumkan namn begitu kalau nak salahkan Menteri Dalam Negeri memang tak kena langsung.

Belum ada lagi yang angkat sumpah sebagai Menteri Dalam Negeri selepas pembubaran tempohari dan selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. Jadi siapa yang patut ambil tindakan jika tiada Menteri Dalam Negeri?

Jangan risau, Malaysia ini kan ada Ketua Polis Negara dan KSU KDN. Jika berlaku sebarang insiden atau tragedi yang parah sampai boleh menyebabkan darurat, tentera akan mengambil alih atau suatu badan seperti MAGERAN boleh ditubuhkan.

Mengapa Polis Tidak Bertindak Tangkap Semua Yang Berhimpun?


Ok! Ada satu lagi Keris nak cakap berkaitan Anwar dan perhimpunan tak masuk akal dia tu. Masa di Stadium Kelana Jaya, ramai orang marah dan tanya mana perginya polis. Mengapa polis tak ambil tindakan pada Anwar dan puak pencacainya?

Sebenarnya, jika perhimpunan itu dilakukan dengan aman, erti kata lain tidak menggugat keselamatan negara dan mematuhi syarat-syarat mengikut akta maka tiada sebarang tindakan akan diambil. Namun jika tiada permit atau terdapat salahlaku sepanjang perhimpunan aman dijalankan, maka Keris pasti pihak Polis akan melakukan siasatan berkaitan salahlaku perhimpunan tersebut.

Berkenaan dengan tindakan apa yang boleh dilakukan berkenaan salahlaku :


Tindakan boleh diambil jika perhimpunan dianjurkan dalam had kawasan larangan, jika dianjurkan oleh warga asing, dianjurkan oleh individu berumur di bawah 21 tahun, jika ia menjadi protes jalanan dan jika ia melibatkan kanak-kanak. 

Tindakan juga boleh diambil jika penganjur gagal memaklumkan kepada pihak polis lebih awal tentang penganjuran perhimpunan. Siapa yang melanggar syarat-syarat ini boleh didenda tidak melebihi RM10,000.
Jalan Sesak Di Kelana Jaya - Apa Kes? Baca Selanjutnya Di SINI

INFO @ AKJr : 4 Samseng PR Ditahan, Peserta "Blackout 505" Bakal Menyusul!!

INFO @ AKJr : 4 Samseng PR Ditahan, Peserta "Blackout 505" Bakal Menyusul!!



AKJr ingin mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Pihak Polis kerana berjaya juga mengambil tindakan tegas keatas puak-puak pembangkang yang semakin hari semakin biaDAPig.. Anda jalankan tugas dengan baik. Sesiapa saja yang langgar undang-undang kita tangkap dan dakwa mereka tanpa memilih bulu. Terbukti Puak pakatan haram memang tau nak kalah dan sanggup lakukan apa saja untuk melepaskan kemarahan mereka.

Cuma jangan lupa PDRM, yang penganjur demo 505 Blackout seluruh negara tu bila nak cekup?? Lihatlah Betapa tegasnya Polis Singapura dalam menangani situasi seperti ini.



Dan satu lagi maklumat dari sahabat blogger (BB) terima ialah, baju-baju khas "Blakout 505" telah siap ditempah sebelum PRU13 lagi. Ape Cer Beb? Macam dah "well planned" kan?

Khamis, 9 Mei 2013

MESTI BACA!! FAKTA #PRU13 "Blackout" Operasi Terancang Red Bean Army (DAP)..

MESTI BACA!! FAKTA #PRU13 "Blackout" Operasi Terancang Red Bean Army (DAP)..




Insiden 'black out' PRU13 nampaknya menjadi begitu heboh dan viral sehingga menular ke segenap lapisan masyarakat. Lebih ironis, sehingga 'profile picture' di lama Facebook juga ramai yang menggunakan gambar hitam gelap sebagai simboliknya kepada insiden black out ketika berlangsungnya pengiraan undi di kawasan yang terlibat. 

Rata-rata menyalahkan dan menuduh ini adalah konspirasi SPR bersama BN yang kononnya ingin menambah kertas undi untuk memastikan mereka menang di kawasan yang di sasarkan. 

Namun hari ini ADUN Kuang, Shukor Idrus meminta pembangkang menyenaraikan semua lokasi pengiraan undi yang didakwa mengalami masalah bekalan elektrik, sehingga membawa kepada manipulasi kertas undi. Beliau berkata dakwaan sebegitu tidak berasas dan menggesa perkara itu dibawa ke muka pengadilan bagi membuktikan tidak berlaku apa-apa 'salah laku' membabitkan Umno Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seperti yang didakwa. 

Shukor menambah bahawa dakwaan itu tidak berasas sama sekali dan jika benar sekalipun dakwaan mereka, beliau meminta untuk pembangkang menyenaraikan kawasan yang terbabit. Hakikanya, bukan Shukor sahaja, ramai yang hendak tahu di mana tempat itu supaya dapat dipastkan benar ataupun tidak dakwaan yang digembar gemburkan pembangkang. 

Dan jika benar perkara itu terjadi, mereka tidak dihalang untuk membuat aduan dan kalau tidak benar itu boleh membuktikan mereka berniat jahat. Mereka juga sengaja membesar-besarkan isu ini dan lebih memeranjatkan mereka sudah bersiap sedia dengan lampu suluh seperti sudah maklum akan terjadinya insiden black out di kawasan itu. 

Selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa terdapat manipulasi kertas undi dilakukan bagi memastikan BN memenangi pilihan raya pada Ahad lalu. Manipulasi itu dikatakan dilakukan dengan menggunakan taktik memutuskan bekalan elektrik ketika proses pengiraan undi berlaku. 

Bagaimanapun tinjauan di laman sosial Facebook mendapati beberapa petugas SPR menafikan hal itu. Malah mereka menyatakan rasa hairan apabila ejen mengundi Pakatan Rakyat bersedia dengan lampu suluh sejak dari jam 5 petang. Ia seolah-olah telah bersedia untuk kejadian bekalan elektrik terputus. Farah Wulan yang bertugas pada pilihan raya lalu menafikan dakwaan tersebut sekali gus menyifatkan pembangkang terlalu 'paranoid'. 

Farah juga dilihat turut mempersoalkan lokasi kejadian terputusnya bekalan elektrik memandangkan beliau sendiri merupakan petugas SPR yang turut terlibat mengira undi di hadapan ejen parti yang bertanding. Paling menimbulkan syak wasangka apabila terdapat ejen DAP yang awal-awal lagi sudah memabawa masuk lampu kecemasan dengan alasan takut sekiranya terputus bekalan elektrik. Ini yang menjadi persoalannya sekarang ini. 

Nampaknya operasi ini adalah satu operasi terancang pembangkang dan menjadikan BN sebagai mangsa untuk dipersalahkan. Red Bean Army yang merupakan cybertroopers DAP juga disyaki terlibat dengan konspirasi operasi black out PRU13 ini apabila video black out disiarkan lima minit selepas 'kejadian'. 

Ini menunjukkan persediaan awal telah dilakukan dan persiapan itu ternyata amat rapi sehingga mereka dapat bergerak secara pantas dan sangat efisien. Kalau ada akal, maka bolehlah menilai mana yang betul mana yang silap. Tapi kalau akal ada tapi digunakan untuk menebas dan menuding jari saja pun tak ada gunanya. 

Psssttt... AKJr : Syabas pembangkang dengan 'game black out' anda!

Rabu, 8 Mei 2013

WAJIB BACA!! FAKTA BLACK OUT!!! Kantoi Terbesar Cybertrooper DAP Pasca #PRU13 !!

WAJIB BACA!! FAKTA BLACK OUT!!! Kantoi Terbesar Cybertrooper DAP Pasca #PRU13 !!



Tahukah anda….Sebuah video parodi ‘The Magical Blackout’ dimuat naik pada hari yang sama pilihan raya umum ke-13 berlangsung (5 Mei 2013).

Video itu menunjukkan beberapa situasi di mana sesuatu perkara itu boleh berubah apabila berlakunya ‘blackout’.

Itu adalah sindiran kononnya semasa pengiraan undi, DAP sedang menang, kemudian berlaku blackout dan secara tiba-tiba BN pula menang di beberapa tempat.

Kejadian blackout berlaku pada malam 5 Mei…dan pada malam itu juga The Magical Blackout muncul di Youtube.

Bayangkan, bagaimana sebuah video parodi sebegitu boleh siap dirakam, diedit dan dimuat naik dalam setengah jam selepas kejadian blackout berlaku?

Mudah sahaja…kejadian blackout sudah dirancang puak DAP. Sebab itu mereka telah bersedia dengan sebuah video parodi khusus untuk memperlihatkan kerajaan menggunakan taktik balckout untuk menipu undi.

Kalau parodi itu keluar tengah hari 6 Mei…lojik jugak…ini kurang setengah jam kejadian dah ada.

Cepatnya tahu…

Selain parodi blackout yang sudah disediakan begitu awal… tindak tanduk ejen pengundian DAP juga agak pelik.

Berikut adalah perbualan beberapa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan orang awam yang merasa hairan dengan sikap dan perbuatan beberapa ahli dan ejen pengundian DAP di pusat-pusat penjumlahan undi.

“… yang tak tahan tu, siap agen DAP bawa masuk lampu kecemasan tu, dia kata takut blackout. Paranoid betul la.

“Tak logik. Agen DAP dekat tempat saya yang jaga undi dah diberi lampu standby dari kroni-koni deorang (mereka). Sebelum pukul 5, mereka dah dapat lampu standby.

“Kami petugas pun tertanya-tanya kenapa hantar lampu. Mereka ‘on’ lampu sampai kami habis kira undi, padahal lampu dalam kelas terang benderang.

“Mana mereka tau masa kira undi akan blackout?

“Pelik gak kan kenapa mereka bawa lampur extra. Tapi takde blackout la dekat tempat saya jadi agen. Sebab time tu dia dah tau dia confirm menang.

Itulah beberapa petikan perbualan petugas-petugas SPR menerusi laman sosial Facebook.

Kalau puak-puak DAP ni tak tahu akan blackout, macam mana boleh dari pukul 5 petang dah sediakan lampu kecemasan.

Petugas SPR dan petugas TNB pun tak tahu akan berlaku blackout.

Kerajaan menipu dalam PRU-13- Itulah idea yang sedang giat dimainkan cybertroper DAP.

Dan itulah propaganda pihak pembangkang pada hari ini yang mengecam keputusan PRU13.

Namun, sangat jelas video tersebut telah dirakamkan lebih awal dan dimuat naik pada hari pilihan raya. Blackout adalah agenda yang dirancang cybertroper DAP dan parti itu sejak awal lagi. Sebab itu sebuah parodi khusus dibuat awal.

Cuma kesilapan cybertroper DAP ialah mereka rakus dan memuat naik klip berkenaan terlalu pantas.

Dan kenapa mereka buat demikian? Mudah…Kerana mahu memburukkan kerajaan Barisan Nasional serta ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

Satu muslihat yang dibawa oleh pihak DAP yang tidak dapat menerima kekalahan mereka di sesetengah tempat.

Bagi menutup kekalahan mereka, mereka telah merancang lebih awal untuk mengaburi mata rakyat yang menunjukkan buruk BN dan SPR.

Apa pun, syabas kepada cybertroper DAP yang berjaya menghasilkan sebuah video parodi ‘pada masa yang sama’ ketika proses pengiraan undi dilakukan.

Kepada anda fikir-fikirkan…itu baru satu…belum masuk penipuan lain yang dimainkan cybertroper seperti puluhan ribu warga Bangladesh dibawa masuk dan (yang paling kelakar) beg undi dibuang SPR dari helikopter.





Psssttt AKJr :  SEDIH SEBAB APA YANG DIKONGSI INI AKAN TETAP DITOLAK DAN TIDAK DIPERCAYAI OLEH MEREKA YANG TAKSUB KEPADA PR!!!

- SUMBER