EKSKLUSIF @ AKJr #PRU13 : Tahniah Pejuang Maya Negeri Perak..
Sesuatu perkara baru kini dipelajari oleh para chauvinis Cina. Semakin teruk UMNO dipersalahkan dalam itu dan ini, semakin meningkat majoriti kemenangan UMNO di pelusuk negara kerana orang Melayu menjadi simpati.
Setelah PR menang dengan bantuan para pemilih golongan penipu, keputusan PRU 13 wajar dilihat dari sudut hikmahnya apabila kaedah PR membentuk polarisasi kaum - yang turut melibatkan agama - telah membuatkan keputusan PRU 13 menjadi sedemikian.
Namun majoriti kerja kempen 5 tahun sebelum PRU 13 bukan dimainkan oleh UMNO. Ia dimainkan oleh para cybertrooper mereka dengan cara tersendiri. Ada cybertrooper UMNO, seperti pembangkang, dibayar untuk melakukan kerja tersebut.
Ada cybertrooper yang melakukan kerja dengan percuma.
Ada cybertrooper dibentuk demi memenangkan calon di sesebuah kerusi yang ingin dirampas. Tetapi bukan sahaja gagal merampas, malah kalah pula dengan majoriti yang lebih besar lagi.
Ada cybertrooper merasakan dengan memuat naik video salah laku seks pembangkang akan memberi keuntungan kepada UMNO. Ada pemilih yang tiba-tiba membenci BN setelah video salahlaku seks itu tersebar dengan menjelaskan ianya adalah kaedah jijik.
Bermacam hasil tangan cybertrooper BN selama ini telah diolah dan ditafsir di dalam PRU 13 ini.
Siapa kata cybertrooper Perak gagal menjalankan kerja? Jika gagal, kita tidak sama sekali berjaya memastikan majoriti mudah yang dimenangi di Perak itu berlaku kerana jika kita gagal, tidak ada kekuatan dalaman kembali kepada UMNO.
Hasilnya, orang Melayu di Perak telah nampak bahawa jika mereka bersatu, tidak mungkin DAP mampu mentadbir negeri lagi walaupun setiap satu undi Cina di Perak pergi ke DAP. Walaupun pemersatuan ini mengambil tempat dengan perlahan, namun impaknya tetap ada.
"No Chinese in Perak will vote BN" adalah perkataan yang didengari sejak 2009. Sejak itulah pejuang dunia maya di Perak memastikan undi orang Melayu di Perak dipinjamkan kepada UMNO sebanyak mungkin.
Mimpi ramalan DAP kembali merajai negeri akhirnya tidak menjadi kenyataan atas usaha ini.
Rupanya bukan orang Cina di Perak sahaja, malah orang Cina di seluruh negara, sehingga 85% dari mereka tidak mengundi BN.
Orang Melayu Islam di tempat lain tidak digegarkan dengan apa yang orang Melayu Islam di Perak dimomokkan. Oleh sebab itu mereka tidak mengerti, tidak memahami, mudah pula ditipu dengan taktik membanjiri majlis makan malam dan sokongan pemimpin-pemimpin NGO yang plastik.
Kita sedia maklum, pihak MCA dan Gerakan tidak berinisiatif langsung mengadakan pejuang-pejuang internet dan terus bergantung harap kepada UMNO. Mereka dapat apa yang mereka mahukan. Mereka dapat apa yang telah mereka usahakan. Malah mereka merancang untuk keadaan sedemikian?
Malahan juga, kempen MCA saban hari di The Star dikatakan turut mengguris perasaan umat Islam tanpa mengira parti, terutamanya di bandar-bandar besar juga menjadi sebab kekalahan MCA di kawasan yang ramai orang Melayu.
Untuk itu, para cybertrooper yang berdiri dengan matlamat tulen tanpa berorientasikan wang sahaja yang akan kekal muncul dengan post-post mereka setelah PRU13 berakhir. Manakala bagi yang sebaliknya, mungkin sahaja kerja mereka dirasakan telah tamat. Selamat berjuang di penggal seterusnya.
Majlis belanja penipu makan. Buat habis wang sahaja.
alhamdulillh nmpk ramai melayu dah makin sedar selepas pru13 ini.kte kna brtindak skrang krn ckp2 pun xguna.bukan dgn cara kekerasan brtumpah darah sbgnya,tp dgn penyatuan semua Melayu Islam.org2 bsr yg diats kna mulakan dulu perpaduan antara BN dan PAS,lepas tu kte yg dibawah2 ni akan cnfirm turut serta.rakyat semua harus brsuara utk pujuk najib dan pas utk brsatu...insyaAllah klau suara kte semua disambut oleh pihak atas sana,xmustahil perpaduan ini akan mnjadi kenyataan!
BalasPadamBukan nak rasis tapi itulah hakikatnya. mereka sentiasa mengambil kesempatan yg ada. ayuh org melayu tingkatkan kesedaran bukan dari segi politik shj. malahan dari semua segi, ekonomi, pendidikan, sahsiah diri yang akan membolehkan kita bersaing secara sihat dengan mereka. latih anak-anak kita dari kecil.. 'Jaga-jaga anak kita jgn sampai jadi hamba'
BalasPadamBangga dengan usaha di negeri kelahiran ku, tahniah Perak cyber trooper, jasa kalian dikenang. Walaupun hitam metalik di panggil MB ku, tetapi usaha dan keikhlasan bekerja membuahkan hasil. Tahniah DS Zambry andalah terbaik, terima kasih. Tidak lupa Cyber Trooper di Kedah, usaha anda berbaloi.
BalasPadamNk kuatkn skongan melayu?jom org lua yg bkrja di perak tukar alamt ic mulai skrg,jgn bg negeri ni pd mereka!!pmimpin2 perlu giat brkempen.sbg cth:org trg yg bkrja di perak xprlu mngundi di trg krna 2 2 calon mlayu..tp dsbbkn calon cina sudah xmwakili bn,bn kene gentle ltakkan org mlayu vs cina,pindah alamt sebyk mgkin.rmpas balik penang n selangor.pindahkn almt pengundi mlayu sebyk mgkin ke kwsn mjriti cina
BalasPadam