SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Khamis, 23 Mei 2013

PANAS TERIK! PAS KUTUK PERHIMPUNAN JALANAN ANJURAN PKR DAN ANWAR IBRAHIM??

PANAS TERIK! PAS KUTUK PERHIMPUNAN JALANAN ANJURAN PKR DAN ANWAR IBRAHIM??



Perhimpunan Haram Jalanan anjuran PKR dan Anwar Ibrahim yang bertujuan mahu menjatuhkan kerajaan BN yang telah dipilih rakyat yang kini sedang giat diadakan di beberapa kawasan di seluruh negara sebenarnya tidak disokong sepenuhnya parti politik dalam Pakatan Pembangkang.

Ini dibuktikan apabila beberapa pemimpin tertinggi PAS menolak sokongan dan dokongan Anwar Ibrahim yang sememangnya sudah keterlaluan dan gila kuasa.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?

Itu adalah gopoh.

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum.

Niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan BN dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi sebelum ini selain merancang siri demonstrasi lain pada masa depan.

Malah, hasrat jahat pembangkang itu turut yang dinyatakan aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor minggu lalu.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.

Menurut Nik Mohd. Abduh, golongan muda perlu insaf kerana semangat berkobar-kobar tidak boleh meminggirkan sifat sabar dalam memburu kemenangan.

"Padukan tenaga. Tambahkan bilangan. Berikan senjata ilmu dan maklumat untuk anak muda. Gerhana bulan adalah kekuatan dan keagungan, bukan kesedihan dan ketakutan," ujarnya.

Anwar Ibrahim bersama DAP dan PKR bukan sahaja tidak mengiktirafkan pilihan rakyat malah menyalahkan rakyat apabila rakyat masih memilih BN sebagai sebuah kerajaan biarpun sebelum ini telah banyak dikutuk oleh pemimpin DAP dan PKR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan