SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Sabtu, 25 April 2015

Rakyat wajib bangkit pertahan Sultan/ raja - Harussani



Seluruh rakyat khususnya orang Melayu digesa bangkit mempertahankan institusi raja yang kini berdepan ancaman daripada kelompok tertentu terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, institusi raja yang menjadi payung kepada agama Islam di negara ini wajib dipertahankan apabila terdapat pihak tertentu mengancam kelangsungan institusi tersebut.

Tambahnya, Islam sendiri mengarahkan setiap umatnya mentaati raja dan adalah berdosa jika rakyat bertindak menderhaka termasuk menghasut orang ramai bangkit mengancam institusi raja.

"Apabila raja diancam, umat Islam wajib berjihad mempertahankannya apatah lagi dalam situasi di Malaysia dan saya lihat selepas pilihan raya umum lalu macam-macam ancaman sedang dilakukan ke atas institusi raja.

"Derhaka kepada raja itu adalah satu dosa kerana Islam sendiri mengarahkan umatnya mentaati raja selaku pemimpin," katanya semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Islam dan Raja pada Seminar Institusi Raja di sini hari ini.