Anwar menggunakan alasan untuk terus mengadakan himpunan blackout 505 KONONnya sehingga tiada lagi penipuan pilihanraya negara semata-mata untuk tidak menunaikan janji dan mengalihkan isu sebenar iaitu janji beliau untuk berundur dari politik dan kembali mengajar sekiranya pakatan pembangkang gagal menguasai Putrajaya.
Anwar Ibrahim perlu bermuhasabah diri dan mengotakan janji yang dibuatnya sebelum ini untuk mengundur diri selepas tewas pada PRU13. Selama ini seluruh rakyat tahu bahawa Anwar ini sinonim dengan “munafik” iaitu orang yang berjanji tetapi tidak akan menepati janjinya. Untuk sekali ini dalam seumur hidup beliau sebelum menutup mata, rakyat merayu beliau berundur dari dunia politik seperti yang dijanjikan demi maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan tanahair.
Beliau sepatutnya menerima hakikat kekalahan pembangkang dalam PRU13 pada 5 Mei yang lalu, dan juga kegagalan pembangkang dalam siri pilihan raya sejak 1999 untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.
Pada Kongres Nasional Keadilan ke-9, Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dengan tegas telah menyatakan pendirian untuk tidak berundur walaupun diminta berbuat demikian kerana mendakwa Pembangkang telah kalah dengan penipuan dalam pilihan raya lalu. Anwar sepatutnya menghormati keputusan dalam Pilihanraya Umum ke13 yang dibuat rakyat seperti mana Barisan Nasional yang menerima kekalahan mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
Makin Anwar berkeras dalam hal ini maka rakyat makin meluat dengan sandiwara palsu beliau. “Enough is Enough”. Semua perkara ada batasan masa. Maka beliau sepatutnya berpijak di bumi nyata bukannya berpaut pada harapan palsu. Beliau harus sedar bahawa impian jahatnya mahu menjadi Perdana Menteri tidak dimakbulkan Allah. Sekiranya itu adalah rezekinya maka sudah lama Allah permudahkan segala-galanya untuk beliau. Namun sekadar untuk memenuhi impian untuk menjadi Perdana Menteri beliau telah melanggar banyak etika kehidupan, maruah dan agama Islam.
Rakyat telah bersuara dan menyatakan pendirian dalam PRU13 yang lepas. Anwar tidak perlu cuba menidakkan hak rakyat dengan mengadakan Himpunan Suara Rakyat 505. Sebagai sebuah negara demokrasi, mereka sepatutnya menyuarakan rasa hati dengan menggunakan saluran yang betul bukannya dengan cara murahan jalanan pilihan Anwar dan pembangkang.
Pembangkang telah mencipta bermacam-macam fitnah dan penipuan untuk menutup kelemahan mereka. Hakikat sebenarnya Anwar tidak boleh dan tidak mampu menerima kenyataan bahawa beliau telah dikalahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menerima takdir itu adalah dituntut dalam Islam. Anwar wajib bertaubat kerana terlalu banyak menyusahkan rakyat dan agama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan