SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label MENINGGAL DUNIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MENINGGAL DUNIA. Papar semua catatan

Selasa, 4 Jun 2013

INFO @ AKJr : Al Fatihah, Pelakon Veteran S. Shamsuddin Meninggal Dunia..

INFO @ AKJr : Al Fatihah, Pelakon Veteran S. Shamsuddin Meninggal Dunia..



Pelakon dan pelawak terkenal Seniman S. Shamsuddin telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi selepas mengadu sesak nafas.

"Kira-kira jam 11 pagi arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya. Kini jenazah arwah masih berada di Hospital Universiti Singapura.

"Arwah akan dikebumikan esok pada jam 11 pagi di Pusara Abadi, Singapura," jelas Husin Saaban seorang rakan artis arwah di Singapura.

Shamsuddin atau Sahamsudin bin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 1 Januari 1929. Bapa beliau, Dali bin Kechik berasal dari Melaka, manakala ibu beliau, Khatijah binti Haji Ahmad berasal dari Geylang Singapura.

S. Shamsuddin kemudiaannya berkahwin dengan Puteh binti Esmoon pada tahun 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak hasil dari perkahwinan mereka.

S. Shamsuddin atau Sudin melakukan pelbagai pekerjaan kasar untuk membantu keluarga beliau sebelum menceburi dunia perfileman.

Antara lakonannya yang berjaya mencuit hati ialah Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok serta lakonan lain beliau adalah Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.

Sementara itu, pengguna Twitter turut menyampaikan ucapan takziah atas pemergian seniman itu yang telah banyak berjasa dalam industri hiburan tanah air.

telah pergi meninggalkan kita seorang lagenda,Allahyarham Sudin,Bujang lapok tetap bersemi kt hati para peminat filem tersebut, alfatihah

— Husna Za'ba (@husnazaba) June 4, 2013
Bujang Lapok Hanya Tinggal Aziz Satar..Al fatihah S.shamsudin..Segala Lawak Beliau Akan Sentiasa Tersemat Di Memori Rakyat Malaysia.. 
— MaKu :) (@MegaTHaKeeM) June 4, 2013
Al-Fatihah S.Samsuddin. "dalamnya membawa ke 7 kaki.panjangnya pun sama macam dalam dia 7 kaki,lebarnya pulak 3 kaki" damailah kau di sana. 
— ♥Š⑂ᾰḟїǭᾰℎ ẶՊℵї ツ (@CapiqahEmeni) June 4, 2013
Ramlee dah pergi, kini giliran Sudin. Bujang Lapok tetap kental dalam hati sampai mati. Al-Fatihah untuk Allahyarham Sudin. 
— ▼ ツ NEYMΔR JR™ ツ ▲ (@HaziqOthman10) June 4, 2013
sebutir bintang telah gugur... Alfatihah kepada allahyarham S Shamsuddin ... seorang lagi lagenda pergi meninggalkan kita 
— Akob Cobra ! (@WanJawa94) June 4, 2013
Pengguna Facebook turut menyampaikan ucapan takziah atas pemergian seniman tanah air itu.


"Al-Fatihah buat pelawak legenda ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh," ujar Saharom Abdul Aziz.

Hazlynn A Ghani menulis "Innalillahi Wa innalillahi Rajiuun.. Al-Fateha buat seniman S Samsudin. Salam takziah buat keluarga Arwah Pak Sudin."

Manakala Oyie Imin Halim menulis "Innalillah. Semoga roh ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman." ~Awani

Psssttt AKJr : SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM , SEMOGA ALLAH MEMBERI RAHMAT KE ATAS ROHNYA AL-FATIHAH.. 

Ahad, 19 Mei 2013

INFO @ AKJr : AL-FATIHAH : KETUA PEMUDA UMNO BAGAN SERAI MENINGGAL DUNIA..

INFO @ AKJr : AL-FATIHAH : KETUA PEMUDA UMNO BAGAN SERAI MENINGGAL DUNIA..



Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang koma kerana masalah darah dijangkiti kuman sejak kelmarin meninggal dunia di Hospital Taiping  pada jam 8.40 malam, sebentar tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Zaili Cha ketika dihubungi Peraktoday.com.

Sementara itu, Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat memaklumkan ketika ini urusan membawa pulang jenazah sedang dilakukan keluarga Allahyarham Sharudin sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Batu 10, Jalan Taiping.


AKJr : DaripadaNya kita datang.... KepadaNya kita akan kembali....Al-Fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama roh2 para solihin.....

Khamis, 11 April 2013

PANAS TERIK!! TUN M MENINGGAL DUNIA???

PANAS TERIK!! TUN M MENINGGAL DUNIA???




Habis tersebar merata-rata medium jaringan internet di laman-laman sosial tentang berita negarawan ulung, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan telah meninggal dunia jam 5.24 petang tadi.




Malah turut dikhabarkan negara akan berkabung selama 2 hari selepas Tun M dikatakan rebah serangan jantung di Perhimpunan UMNO Negeri Johor.

Begitulah jahatnya pembangkang yang amat sial sekali.

Demi nak raih undi menjelang PRU13 ini, sanggup mereka memfitnah hingga ke tahap memalsukan berita kematian negarawan ulung kesayangan rakyat Malaysia.

Nampak sangat terdesaknya pembangkang !!!

Dek kerana tidak mampu meraih kepercayaan rakyat, sanggup mereka fitnah berita melibatkan kematian.

Eh... Pembangkang ni apsal tolol sangat haa...!!!

Selasa, 26 Mac 2013

AL-FATIHAH.. Tokoh Ilmuan Islam Dr Muhammad Uthman Meninggal Dunia

AL-FATIHAH.. Tokoh Ilmuan Islam Dr Muhammad Uthman Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR: Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang Isnin.

Dr Muhammad Uthman yang dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan adalah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkenaan Islam dari segi akidah, akhlak, budaya dan falsafah.

Allahyarham memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat ijazah dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1966 sebelum menjadi tutor pada tahun 1969.

Sebelum kembali ke Kelantan, Allahyarham mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM sehingga tahun 1973.
Pada tahun 1995, Allahyarham dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas.

Allahyarham meninggalkan balu, Mariam Hussein, 65, serta 12 anak berusia antara 20 hingga 40-an.
Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dan dijangka dikebumikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam UIA hari ini.

Jumaat, 15 Mac 2013

GEMPAR TERKINI!! : PI BALA MENINGAL DUNIA......

GEMPAR TERKINI!! : PI BALA MENINGAL DUNIA......



Penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang menggegarkan negara yang akuan berkanun beliau mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu, telah meninggal dunia.

Kedua-dua naib presiden PKR N Surendran dan Subang MP R Sivarasa mengesahkannya.

"Saya dalam perjalanan saya ke hospital Sungai Buloh. Saya tidak mempunyai butiran lagi, "Sivarasa.

Balasubramaniam telah mengalami masalah jantung pada 5 Mac dan telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya. 

Dalam akuan berkanun pertama, beliau telah dikaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya.

Beliau kemudiannya menarik balik dakwaannya itu dalam SD kedua, berikutan yang dia meninggalkan negara ini.

Sekembalinya beliau ke baru-baru ini, Balasubramaniam bersumpah pada buku Bhagavad Gita suci Hindu bahawa kandungan SD pertama beliau adalah benar.

Psssttt AKjr : Allah telah memberi pertolongan kepada PM kita, Allah telah melindungi PM kita dari anasir2 Fitnah DAJJAL!!.. Lepas ni "BALA" pula yang akan menuju kepada ANWAR. Kita Tunggu dan lihat, Takziah pada Keluarga Bala.