SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label UNDI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UNDI. Papar semua catatan

Rabu, 29 Mei 2013

WAJIB BACA!! #PRU13 FAKTA..UNDI POPULAR ANWAR MAKIN MEROSOT??

WAJIB BACA!! #PRU13 FAKTA..UNDI POPULAR ANWAR MAKIN MEROSOT??



Sekarang mari kita lihat prestasi politik Anwar dalam beberapa pilihan raya umum sebelum PRU-13. Kita akan dapati undi popular Anwar semakin lama semakin merosot!

Kita dapat melihat dengan jelas sebenarnya undi popular Anwar semakin merudum sejak keluar daripada BN. Semasa bertanding dalam PRU-08, Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan bertanding sebagai calon BN menentang calon Pas, Mahfuz Omar. Anwar memperolehi majoriti yang agak besar sebanyak 16,150.

Dan majoriti Anwar semakin meningkat dalam PRU-09 semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Anwar berjaya menewaskan calon pembangkang DAP, Abdul Rahman Manap dengan majoriti sebanyak 23,515, iaitu meningkat sebanyak 7,365.

Anwar tidak bertanding dalam PRU-10 (1999), PRU-11 (2004) dan PRU-12 (2008) kerana menjalani hukuman penjara atas kesalahan salahguna kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan surat sumpah palsu daripada Umi Hafilda dan mangsa liwatnya yang juga pemandunya Azizan Abu Bakar.

Apabila Anwar layak bertanding, maka kerusi Permatang Pauh yang dimenangi oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail dalam PRU-12 dikosongkan. Buat pertama kalinya setelah 16 tahun bertanding di bawah lambang BN, kali ini Anwar sebagai Penasihat PKR bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di bawah lambang PKR. Anwar memenangi PRK itu pada Ogos 2008 menentang calon BN iaitu Dato' Arif Shah. Namun majoriti Anwar merosot kepada 15,671; iaitu kurang 7,844 daripada kemenangan terakhir Anwar sebagai calon BN dalam PRU-9.

Dalam PRU-13, Anwar sekali lagi sebagai Ketua Pembangkang bertanding kerusi P.044 Permatang Pauh menggunakan lambang Satu-Mata PKR menentang calon BN iaitu Dr. Mazlan Ismail. Anwar menang dengan majoriti makin merosot sebanyak 11,721; iaitu berkurangan 3,950 berbanding PRK 2008. Dan berkurangan 11,794 undi berbanding dengan PRU-9 semasa bertanding sebagai calon BN.

Apa makna semua ini? Maknanya undi popular Anwar sendiri di kerusi tradisionalnya makin merosot. Malah saya berani katakan hanya semasa bertanding sebagai calon BN majoriti Anwar begitu besar berbanding bertanding sebagai calon PKR. Jadi kalau undi popular dia sendiri pun makin merosot dan merudum, Anwar tiada sebarang alasan moral mahupun politik untuk mendabik dada menyatakan gabungan tak sah pembangkang menang undi popular utk melayakkan dia menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7!



 UNDI POPULAR NAJIB MENINGKAT

Sebaliknya kalau kita melihat prestasi Datuk Seri Najib, kita akan nampak jelas peningkatan undi popular beliau. Daripada hampir tewas dalam PRU-10 dengan hanya mendapat majoriti sebanyak 241 undi, tetapi kemudiannya atas khidmat dan usaha gigih, majoriti kemenangan Najib meningkat dengan mendadak.

Mengikut carta di atas, undi popular untuk Najib bagi PRU-12 (2008) meningkat sebanyak 1,542 berbanding PRU-11 (2004).

Dan bagi PRU-13 (2013), undi majoriti Najib meningkat sebanyak 35,613, iaitu peningkatan sebanyak 11,149 berbanding PRU-12 (2008)! Ini membuktikan undi popular Najib semakin meningkat berbanding Anwar yang semakin merudum!

 SISTEM PILIHAN RAYA YANG SAMA

Apa yang lebih menghairankan ialah kenapa Anwar memilih untuk melalak dan menjerit sekarang? Sedangkan sistem pilihan raya yang sama telah digunakan semasa Anwar di dalam BN. Sistem pilihan raya yang sama yang telah menaikkan Anwar daripada politikus tepi longkang kepada seorang Timbalan Menteri (1982), kemudiannya Menteri sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sistem pilihan raya yang sama yang menjunjung Anwar selama 16 tahun di dalam BN sehingga menjadi orang nombor dua dalam negara; malah pernah diberi kepercayaan memangku jawatan Perdana Menteri!

Mengapa selama 16 tahun tidak pernah dengar sepatah haram pun daripada Anwar mempertikai Sistem pilihan raya Malaysia, mahupun SPR?

Kenapa tiba-tiba, apabila terkeluar menjadi pembangkang, Anwar kembali dengan politik longkang memaki hamun SPR dan sistem pilihan raya Malaysia?

 ANWAR DITOLAK PAS

Populariti Anwar bukan sahaja makin merosot dan merudum dalam kalangan pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia, malah bersama rakan komponen juga sudah mula dipersoalkan. Ini adalah jelas apabila Majlis Syura' Pas menolak nama Anwar sebagai calon Perdana Menteri bagi pembangkang sekiranya mereka memenangi PRU-13 tempoh hari. Malah Muktamar Agung Pas 2012 jelas kedengaran suara akar umbi Pas yang menolak Anwar sebagai pemimpin pembangkang dan menjadi calon Perdana Menteri mereka!

RUMUSAN

Dakwaan Anwar bahawa sebenarnya pembangkang yang memenangi PRU-13 dan sekali gus membolehkan dia mencapai nafsu menjadi Perdana Menteri kerana memenangi undi popular jelas satu pembohongan dan putar-belit fakta yang jelas.

Pertama, sistem pilihan raya Malaysia menggunakan kaedah first-past-the-post, iaitu parti yang mendapat majoriti mudah 112 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan yang berhak diisytiharkan menang dan boleh membentuk kerajaan.

Dalam konteks ini, jelas BN dengan perolehan 133 kerusi merupakan parti tunggal yang berjaya memenangi PRU-13 dan layak membentuk Kerajaan Malaysia.

Kedua, Malaysia, seperti juga negara maju lain di dunia, tidak mengamalkan sistem undi popular iaitu mengira kemenangan berdasarkan jumlah keseluruhan undi yang diperolehi. Sebaliknya kita mengamalkan sistem pilihan raya menurut konstituensi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, dengan parti yang memperolehi majoriti mudah 112 kerusi berhak membentuk Kerajaan Malaysia.

Ketiga, jika dikira undi popular, sebenarnya BN memperolehi undi popular tertinggi daripada kesemua parti utama yang bertanding dalam PRU-13. Cubaan untuk memutar-belitkan fakta dengan menggabungkan kesemua parti non-BN iaitu DAP-PKR-Pas adalah tidak munasabah memandangkan mereka bertanding menggunakan simbol masing-masing, malah ada yang berlawan sesama mereka di beberapa kerusi!

Keempat, undi popular Datuk Seri Najib makin lama makin meningkat. Sebaliknya undi popular Anwar yang mulanya tinggi semasa bertanding menggunakan lambang BN makin merudum sejak terkeluar daripada BN.

Kelima, sistem pilihan raya yang samalah yang menjulang Anwar daripada politikus tepi longkang ke jawatan nombor dua paling tinggi dalam negara. Sistem itu jugalah yang membolehkan Anwar menikmati 16 tahun kegemilangan sehingga memangku jawatan Perdana Menteri. Tapi kini sistem itulah yang diludah kembali setelah impian ke Putrajaya makin lama makin jauh!

Keenam, parti tunggak dan komponen terbesar pembangkang Pas sendiri menolak Anwar sebagai bala Perdana Menteri. Bukan sahaja populariti Anwar dengan rakyat makin merosot, bersama dengan rakan komponen pun Anwar makin dipinggirkan.

Apa yang berbahaya ialah dalam keghairahan Anwar untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang telah dipilih oleh rakyat dalam PRU-13, negara dijerumuskan ke kancah politik perkauman dan cauvinisma yang sempit. Keghairahan segelintir rakyat terutama yang bukan-Melayu menyorak bersama Anwar memberi isyarat yang tidak baik untuk negara berbilang agama dan kaum ini! Sebab itu, saya mencabar Anwar supaya menghentikan politik sempit dan jijik ini. Terimalah hakikat rakyat tidak mahukan anda! Hormatilah keputusan rakyat yang mahukan negara dipimpin di bawah BN. Saya hanya boleh merumuskan satu perkara daripada semua ini: Anwar memang seorang pembohong bersiri yang tegar dan kaki putar alam yang cukup hebat!

Pembohong - Anwar berjanji akan berundur daripada dunia politik dan menjadi pensyarah jika ditolak rakyat dalam PRU-13. Bukan sahaja dia tidak menunaikan janji, malah diheretnya rakyat ke politik jalanan demi memuaskan nafsunya ke Putrajaya!

Putar belit - Anwar memutar-belit fakta dengan menggunakan isu 'undi popular' sebagai alasan untuk mendakwa sebenarnya dia dan pembangkang menang dalam PRU-13; sedangkan hakikatnya Malaysia mengamalkan sistem PRU menurut konstituensi berdasarkan 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, bukan berdasarkan jumlah undi keseluruhan yang diperolehi!

Zul Noordin

Rabu, 24 April 2013

WAJIB BACA!! FAKTA #PRU13 : Imam Masjid NABAWI ajak rakyat undi BN?! #Vote4BN #GE13


WAJIB BACA!! FAKTA #PRU13 : Imam Masjid NABAWI ajak rakyat undi BN?! #Vote4BN #GE13



Mungkin Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair tidak menyatakan secara langsung yang rakyat perlu undi BN pada PRU ini. Namun, pengiktirafan beliau terhadap Kerajaan BN dalam aspek memartabatkan Islam di negara ini perlu diambil perhatian. Ini merupakan bukti bahawa UMNO itu tidak kafir dan menolak Islam, malah lebih sayangkan Islam berbanding PAS.

Yang jelas tolak Islam ini DAP dan PKR pula pemimpinnya bermasalah moral. Sepatutnya PAS halakan meriam KAFIR mereka kepada golongan ini, dan bukannya UMNO! Tapi, apa yang kita pelikkan, pemimpin mereka yang pro-ulama' dan perpaduan ummah pun habis mereka singkirkan. Sampaikan, pertama kali dalam sejarah, PAS masih mengekalkan pemimpin tertinggi yang berzina dalam video seks!

Agaknya sebab itulah beliau memilih untuk bersama BN dan bukannya PAS. Kita kena ingat, Al-Syeikh ini Imam Masjid Nabawi, sebuh masjid yang dibina sendiri oleh Rasulullah SAW dan dimuliakan Allah SWT di Tanah Haram Madinah. Beliau pastinya tidak mudah dibeli oleh sesiapa sekali pun. Dan kerana beliau seorang imam besar bagi umat Islam, maka hati budi bicara beliau juga adalah jelas.


Masjid an-Nabawi (Bahasa Arab: المسجد النبوي‎ al-Masjid al-Nabawīy) atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsamerupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.

Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.

Psssttt... AKJr : Berdebar-debar pula rasanya menantikan caci-maki MACAI pakatan haram, terutamanya ahlul Sorga PAS ke atas imam ini kerana menolong kempen BN...

WAJIB BACA!! FAKTA #PRU13 : Kalau Mufti pun undi BN, Kita tunggu apa lagi?? Masuk Barisan la... #vote4bn #tolakpr

WAJIB BACA!! FAKTA #PRU13 : Kalau Mufti pun undi BN, Kita tunggu apa lagi?? Masuk Barisan la... #vote4bn #tolakpr



KUALA LUMPUR 23 April - Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang sebelum ini dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi secara terbuka mengaku telah mengundi Barisan Nasional (BN) dan akan terus mengundi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. 

Katanya, BN secara konsisten memperjuangkan Islam termasuk perundangan syariah di negara ini. Tegas beliau lagi, Pas walaupun mengaku memperjuangkan Islam tetapi tidak mempunyai rekod kejayaan untuk dibuktikan. 

Sebaliknya, ujar beliau, kerajaan BN yang selalu dimomokkan sebagai tidak tahu agama oleh pemimpin Pas, telah mengangkat martabat Islam. "Pada saya undi adalah rahsia. Tapi saya dari dahulu mengundi BN kerana parti inilah yang sebenarnya memperjuangkan Islam. 

"Puak sana yang kata nak buat hudud tapi sampai sekarang belum. Rotan apa yang akan digunakan untuk laksana hudud pun belum diputuskan," katanya sinis dalam satu majlis di Flat Sri Melaka di Bandar Tun Razak di sini malam tadi. 

Rabu, 10 April 2013

EKSKLUSIF # PRU13 : Confirm Dah Tarikh Undi PRU13 #1Malaysia #TolakPR #GE13

EKSKLUSIF # PRU13 : Confirm Dah Tarikh Undi PRU13 #1Malaysia #TolakPR #GE13


Bukan lagi rahsia dan teka teki untuk seluruh rakyat Malaysia Berikut maklumat² penting untuk seluruh rakyat Malaysia ketahui.


Penamaan Calon : 20 April 2013 (Sabtu)
Pengundian Pos : 30 April 2013 (Selasa)
Hari Pengundian : 5 May 2013 (Ahad)

Selasa, 9 April 2013

PANAS TERIK!! HARAM Sokong Dan Undi Pembangkang Masa #PRU13 - Ulamak Pondok...

PANAS TERIK!! HARAM Sokong Dan Undi Pembangkang Ketika #PRU13 - Ulama Pondok...



GURUN – Golongan ulama pondok hari ini membuat satu deklarasi bahawa mengundi Pas dan PKR yang menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah haram di sisi Islam.

Pas dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.

Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.

"Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam sejarah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/ Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.

Beliau berkata, deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang bermula Sabtu lepas.

Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.

Menurut Harun parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.

"Semua orang tahu ALLAH adalah nama tuhan bagi umat Islam dan al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah ALLAH mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (ALLAH).

"Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama ALLAH sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) ALLAH sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam," kata Harun.

Beliau berkata, membenarkan nama ALLAH digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan ALLAH.

"Sekiranya dalam Bible ada nama ALLAH, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama ALLAH," katanya.Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan ALLAH S.W.T. – BERNAMA

Rabu, 27 Mac 2013

WAJIB BACA!! #PRU13 Ulama Kelantan MENGHARAMKAN Undi PAS?

WAJIB BACA!! #PRU13 Ulama Kelantan MENGHARAMKAN Undi PAS?




Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.



Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.

Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.


Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.

Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.

Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.

Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.

Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah. 

Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.