SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Rabu, 29 Mei 2013

PANAS TERKINI!! DATO @KHUSAIRITALIB LOMPAT PARTI??

PANAS TERKINI!! DATO @KHUSAIRITALIB LOMPAT PARTI??



Khabar angin mahupun fitnah merupakan barah paling kronik yang bisa membunuh kredibiliti dan karisma seseorang pemimpin. Setelah 3 penggal bergelar YB, akhirnya Dato' Khushairi turut terkena tempias serta provokasi fitnah ini. Baca luahan dan penjelasan beliau mengenai isu dan laporan akhbar tersebut.

Diharap penjelasan beliau dapat menghentikan polemik dan provokasi murahan ini. UMNO Tg. Malim amat mengetahui kecintaan beliau kepada parti serta ketaat setiaannya yang tidak berbelah bahagi.

Saya agak terkejut membaca berita muka depan akhbar Utusan Malaysia (UM) hari ini mengenai khabar angin yang mengaitkan saya dan seorang lagi ADUN BN (Bota), Dato’ Nasaruddin Hashim akan melompat parti bagi membolehkan pembangkang berkuasa di Perak.

Kedua-dua kami telahpun dengan tegas membuat penafian, tetapi satu perkara yang menjadi tandatanya kepada saya adalah daripada manakah sumber khabar angin bermula? Nampaknya ada pihak tertentu yang lempar batu sembunyi tangan. Pihak tertentu ini membuat provokasi bodoh untuk mencapai satu agenda politik peribadi.

Petang semalam seorang wartawan UM menghubungi saya meminta komen mengenai khabar angin itu. Saya bertanya kepada wartawan berkenaan dari manakah sumber khabar angin itu dan seluas manakah ianya tersebar, namun saya tidak diberikan jawapan pasti. Beliau memberitahu, sebab utama kami di’khabar angin’kan akan melompat adalah kerana tidak berpuas hati tidak dilantik Exco Kerajaan Negeri Perak.

Baca Selanjutnya DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan