SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label TAHNIAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAHNIAH. Papar semua catatan

Ahad, 26 Mei 2013

EKSKLUSIF @ AKJr : SAIFUL BUKHARI DAN NIK SURIANI SELAMAT DIIJABKABULKAN.. TAHNIAH!!

EKSKLUSIF @ AKJr :  SAIFUL BUKHARI DAN NIK SURIANI SELAMAT DIIJABKABULKAN.. TAHNIAH!!



Selepas kira-kira lapan bulan menjalin pertunangan, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 28, yang terlibat dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Nik Suryani Megat Deraman, 33, di Masjid Kristal, Pulau Wan Man dekat sini hari ini.

Mohd. Saiful sah menjadi suami kepada personaliti TV3, Nik Suryani dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang disaksikan kira-kira 100 orang termasuk ibu bapa kedua mempelai serta rakan rapat mereka.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa kepada Nik Suryani iaitu Megat Deraman Megat Stan pada pukul 3.30 petang dengan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM 41,101 serta sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang.

Mohd. Saiful yang mengenakan persalinan berwarna putih sedondon dengan Nik Suryani dilihat tenang sepanjang majlis pernikahan itu. 

Pada sebelah malam, majlis resepsi pengantin perempuan pula akan diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man malam ini sementara resepsi pengantin lelaki di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 2 Jun depan. - UTUSAN ONLINE

Psssttt... AKJr : Selamat Pengantin Baru dan Tahniah diucapkan kepada Saiful Dan Nik Suryani Semoga Bahagia dan berkekalan ke ahkir hayat.. Segala Puji Hanya Bagi Mu YaAllah Tuhan sekalian Alam, Setelah 2 kali Saiful bersumpah laknat terbaru didepan kaabah yang akhirnya Allah telah memberi hidayah serta kebahagiaan kepadanya.. Jelas terbukti bahawasanya Saiful dipihak yang benar, berbeza dengan Anwar dimana bala kekalahan pada PRU13 yang lepas telah diterima serta bala2 lain yang akan menyusul.. AWAS KAMU ANWAR!! BERSEDIA LAH MENGHADAPI HUKUMAN DARI ALLAH S.W.T... 

Jumaat, 24 Mei 2013

PANAS TERKINI!! TAHNIAH.. KEJAYAAN TAWAN GUNUNG #EVEREST!! BUKTI KEHEBATAN WARGA FELDA TERSERLAH!! PUAK PR ???

PANAS TERKINI!! TAHNIAH.. KEJAYAAN TAWAN GUNUNG #EVEREST!! BUKTI KEHEBATAN WARGA FELDA TERSERLAH!! PUAK PR ???



Misi Everest-Felda 2013 yang melibatkan tujuh pendaki telah berjaya diselesaikan apabila 5 dari 7 pendaki tiba di puncak tertinggi iaitu 8,848 scale dari paraslaut,pada jam 10.15 pagi,21hb Mei 2013.Pendakian ini sekali gus meletakkan satu rekod baru dalam sejarah pendakian gunung tertinggi itu oleh rakyat Malaysia kerana diketuai oleh seorang wanita Islam termuda iaitu Siti Hanisah Sharuddin yang berusia twenty-three tahun. 

Ekspedisi ini dianjurkan oleh Kelab Ekplorasi 7 Benua Malaysia(KE7B) dengan kerjasama Majlis Belia Felda serta mendapat tajaan dari Felda dan Felda Global Ventures Holding (FGVH).Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) sedang melaksanakan Projek Ekspedisi 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai atau lebih dikenali sebagai 7 Summit's Expedition dalam usaha meletakkan nama Malaysia dalam petapendakian dunia.Selain Gunung Everest,Program 7 Summit's Expedition ini melibatkan pendakian ke Gunung Everest, misi pendakian yang lain adalah Gunung McKinley (Benua Amerika Utara), Gunung Kilimanjaro (Benua Afrika), Gunung Elbrus (Benua Eropah),Gunung Aconcagua (Benua Amerika Selatan),Gunung Vinson Massif (Benua Antartika) dan Gunung Casztern Pyramid (Benua Oceanic).

Misi kali ini lebih menarik kerana ia melibatkan anak-anak Felda secara langsung,di mana 4 dari mereka dibentuk untuk menjadi pendaki utama dengan objektif jangka panjang untuk melahirkan Everest Speaker & Motivator.Secara keseluruhannya,misi ini membuktikan kebolehan anak-anak Felda untuk menyahut cabaran serta merealisasikan impian.Walaupun Felda sering dirujuk sebagai kawasan yang jauh ke dalam di mana warganya dikatakan mempunyai pergaulan dan pandangan yang terhad,tetapi itu tidak bermakna yang mereka tidak mampu untuk menguasai dunia.

Segala nya mungkin dengan azam dan usaha.Mendaki puncak tertinggi seperti Everest memerlukan bukan sahaja kecerdasan fizikal tetapi mental dan yang lebih penting ialah keupayaan mengawal diri dalam menerima cabaran selain fokus dan tekad untuk menyelesaikan apa yang telah dirancang dan diusahakan.Bak kata orangyang bijaksana,yang penting bukan apa yang ada di puncak atau apa yang ada di sebalik gunung.Tetapi,pendakian itulah ganjarannya.Melalui satu ekspedisi yang begitu mencabar minda dan tenaga mampu menjadikan kita seorang manusia yang lebih baik.

Ini kerana,ia mendedahkan kita bukan sahaja kepada ragam dan karenahorang di sekeliling kita yang turut tertekan dan tercabar oleh keadaan,tetapi juga kita akan belajar mengenali diri sendiri melalui cara kita mengendalikan situasi selain dapat menilai tahap kekuatan diri.Semua ini merupakan pengetahuan yang penting dalam kehidupan seharian selain menjadi pedoman di masa depan.Oleh itu,kejayaan anak-anak Felda menawan Everest bukanlah satu pencapaian yang bersifat sementara, sebaliknya ia merupakan tanda arasmengenai kemampuan sebenar anak-anak Felda yang sewajarnya setanding dengan jenama Felda itu sendiri iaitu sebuah organisasi gergasi bertaraf dunia.

Selasa, 21 Mei 2013

INFO @ AKJr : @MAS Pamer Layanan Mesra Ala Malaysia Tanpa Sempadan.. Tahniah!!

INFO @ AKJr : @MAS Pamer Layanan Mesra Ala Malaysia Tanpa Sempadan.. Tahniah!!


KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) memberi layanan di luar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan semua prosedur bagi membawa pulang dari Vietnam seorang rakyat negara ini bersama bayi perempuan berusia 14 bulan, yang dihalang menaiki pesawat tambang murah.

Izan Suhaila Mohd Ali, 36, dan Mariam Sofea Mohd Reza dihalang menaiki pesawat tambang murah itu di Lapangan Terbang Ho Chi Minh pada Sabtu malam selepas bayi perempuan berkenaan disyaki mempunyai simptom penyakit berjangkit.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata petugas MAS membawa Mariam Sofea berjumpa seorang doktor kerana langkah itu adalah prosedur standard untuk semua penumpang yang memiliki simptom penyakit berjangkit bagi memperoleh sijil layak menaiki pesawat.

Ini bagi memastikan tidak ada penumpang yang mendatangkan risiko kesihatan kepada penumpang lain, katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau juga berkata doktor kemudian mengesahkan bayi itu tidak lagi dijangkiti dan sudah melepasi tempoh inkubasi manakala bintik hitam di tubuh Mariam Sofea sebenarnya keruping.

"Sejurus selepas itu, MAS membantu menyediakan dokumen perjalanan untuk Izan, Maryam Sofea dan dua lagi saudara mereka. Mereka ditempah untuk penerbangan MH759 yang berlepas dari Ho Chi Minh pada Ahad agar tidak perlu lagi bermalam di sana sekali gus terpaksa berbelanja lebih," katanya.

Ahmad Jauhari berkata petugas MAS dari Saigon turut menghantar keluarga itu ke lapangan terbang dari hotel mereka, dan apabila tiba di lapangan terbang, pasukan perkhidmatan di situ sudah bersedia dengan semua dokumentasi yang diperlukan bagi memastikan daftar masuk pantas.

"Seorang petugas diarah mengiringi keluarga itu bagi pemeriksaan Imigresen dan Kastam. Ini penting kerana terdapat persoalan berhubung cop dalam pasport mereka berikutan insiden hari sebelumnya," katanya.

Izan dan keluarganya berjaya menaiki penerbangan MH759 dan berlepas dari Saigon ke tanah air pada 4.40 petang.

Ahmad Jauhari berkata pihaknya gembira pasukan petugas MAS di Saigon memberi layanan mesra 100 peratus ala Malaysia dalam situasi ini.

Beliau berkata keupayaan pasukan itu bertindak di luar tugas mereka perlu dipuji, dan turut membanggakan mereka tidak melanggar mana-mana peraturan dalam prosedur standard.

"Saya secara peribadi ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua petugas yang terlibat secara langsung dalam kes ini," katanya.

Penerbangan MAS berlepas ke bandaraya Ho Chi Minh tiga kali sehari. - BERNAMA

Psssttt... AKJr Ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi2 tahniah dan syabas kepada pihak Penerbangan Malaysia (MAS) terutama kpd kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menyelesaikan insiden Ibu dan Anak tempoh hari.. Diatas perkhidmatan sosial mereka yang cukup baik sememangnya mereka layak mendapat pujian..  

Sabtu, 18 Mei 2013

EKSKLUSIF @ AKJr : TAHNIAH KEPADA BARISAN EXCO BARU NEGERI PERAK SEMOGA PERAK TERUS AMAN JAYA! Cc: @ZambryAbdKadir

EKSKLUSIF @ AKJr : TAHNIAH KEPADA BARISAN EXCO BARU NEGERI PERAK SEMOGA PERAK TERUS AMAN JAYA! Cc: @ZambryAbdKadir




Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Menteri Besar 
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam.


 
Datuk Saarani Mohamad 
Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


 
Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid 
Pengerusi Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor 


 
Datuk Zainol Fadzi Paharuddin 
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air.

 
Datuk Shahrul Zaman Yahya 
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia

 
Mohd Nizar Zakaria 
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


 
Dr Muhammad Amin Zakaria 
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.


Datuk Rusnah Kassim 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional

Datuk Samsudin Abu Hassan 
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil (NGO).

Nolee Ashilin Mohammed Radzi 
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan.


Pssstttt... AKjr : Tahniah Dan Syabas Diucapkan kepada YB-YB Semua Diatas perlantikan Tersebut.. Semoga Perak akan lebih Aman Dan Jaya Dimasa Depan.. InsyaAllah..

Sabtu, 13 April 2013

INFO @ AKJr : PM @NajibRazak Ucap Tahniah Atas Kelahiran Insan Baru Lee Chong Wei dan Mew Choo

INFO @ AKJr : PM @NajibRazak Ucap Tahniah Atas Kelahiran Insan Baru Lee Chong Wei dan Mew Choo



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan isteri, Datin Wong Mew Choo atas kelahiran bayi lelaki mereka se malam.

"Tahniah kepada Lee Chong Wei dan isteri yang mendapat anak lelaki yang sihat,” kata Najib dalam Tweeternya malam tadi.

Mew Choo melahirkan bayi lelaki yang dinamakan Kings ton Lee seberat 3.5 kg di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, di sini pada pukul 1.30 petang.
Nama Kingston Dipilih Sendiri Oleh Mew Choo

Wong Mew Choo telah selamat melahirkan anak sulungnya dan Lee Chong Wei di sebuah hospital swasta di ibu negara hari ini dan diberi nama Kingston Lee. 

Ketika menjelaskan mengapa nama Kingston menjadi pilihannya, Chong Wei mengakui, dia sebenarnya tidak tahu apakah makna di sebalik nama tersebut. 

“Saya serahkan kepada isteri untuk memilih nama anak sulung kami. Dia ada senaraikan dua, tiga nama, tetapi daripada semua nama yang disebut, Kingston terus melekat di hati kami. Nama itu sedap didengar. 

“Saya tidak tahu apakah makna Kingston tetapi saya dan isteri suka sangat dengan nama itu,” ujar Chong Wei lagi, yang turut melupakan aksi Piala Axiata demi mahu menemani isteri di hospital. 

Bagaimanapun Chong Wei berkata, dia dan isteri masih belum memilih nama Cina untuk anak sulung mereka kerana menurut kepercayaan kaum Tionghua tidak elok memberi nama kepada anak yang belum lahir.