SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label SABAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SABAH. Papar semua catatan

Selasa, 26 November 2013

PANAS BERAPI!! 11 CABANG PKR SABAH KELUAR PARTI DAN MENYOKONG BN

PANAS BERAPI!! 11 CABANG PKR SABAH KELUAR PARTI DAN MENYOKONG BN



Pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti pada Selasa dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.

Mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Umum yang melantik dirinya sendiri dalam parti PKR.

Gelombang kedua akan berlaku tidak lama lagi apabila banyak lagi pemimpin PKR Sabah akan keluar parti dan menyokong BN.

Kini parti PKR di Sabah hampir lumpuh kerana sudah muak dengan lakonan parti anak beranak itu.

Mereka yang keluar parti ialah Akhmain Sabtu (Ketua Cabang PKR Kudat), Anthony Mandiau (Ketua Cabang Kota Marudu), Juhani Abd Halim (Ketua Cabang Silam), Mohd Jun (Ketua Cabang Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Ketua Cabang Kinabatangan), Lokman Ureh (Ketua Cabang Semporna), Timothy Lim (Ketua Cabang Sepanggar), Apandy Sipin (Ketua Cabang Pensiangan) dan Aris Remigius (Ketua Cabang Batu Sapi), Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu) dan Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud).

Sebelum ini dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengisytiharkan keluar parti pada 4 November lepas iaitu Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan dan Adun Kedamaian Jeremy Malajad.

Difahamkan banyak lagi dalam kalangan penyokong pemimpin-pemimpin PKR itu akan turut serta keluar parti dan memberi sokongan kepada BN.

Ahad, 2 Jun 2013

INFO @ AKJr : INI DIA JAWAPAN KETUA MENTERI SABAH KEPADA NURUL IZZAH.. @n_izzah

INFO @ AKJr : INI DIA JAWAPAN KETUA MENTERI SABAH KEPADA NURUL IZZAH.. @n_izzah



KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melarang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar daripada memasuki negeri itu pada Khamis itu kerana kehadiran beliau boleh menjejaskan keselamatan dan keamanan di negeri itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai masalah dengan tokoh pembangkang untuk memasuki negeri ini seperti yang terbukti menjelang pilihan raya umum baru-baru ini.

Beliau berkata, Sabah turut mengalu-alukan mereka yang “menghormati masyarakat awam, di mana ada undang-undang dan perintah untuk menegakkan keamanan dan keharmonian.”

“Bagaimanapun, jika kita mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kehadiran anda di sini akan menimbulkan ancaman kepada apa yang dinikmati oleh Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan di sini,” katanya dalam kenyataan itu.

“Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa niat Nurul Izzah untuk datang ke Sabah kali ini mungkin tidak seperti tidak bermaksud apa-apa kerana beliau atau rakan-rakan pembangkangnnya akan menjadikan sebegitu,” kata Musa.

Nurul Izzah dihalang memasuki Sabah sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis.

Musa berkata, pintu Sabah sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu melihat dan menerima kepelbagaian etnik dan budaya serta mengambil bahagian dalam perayaan di negeri ini.


Beliau berkata, bertentangan dengan apa yang disebarkan di media sosial, larangan ke atas Nurul Izzah tidak bermotifkan politik.

"Pemimpin-pemimpin pembangkang lain telah datang dan bergerak bebas di seluruh Sabah terutama menjelang pilihan raya. Mereka menyebarkan resipi lama yang sama dengan pembohongan, penipuan dan fitnah untuk menipu rakyat. Kami tidak menghalang mereka," katanya.

"Sekarang pilihan raya sudah berakhir, pemimpin mereka yang enggan menerima keputusan itu. Ia adalah kes tidak gentleman. Dia mahu menggusarkan orang ramai untuk perhimpunan di seluruh negara bagi menunjukkan rasa tidak puas hati," katanya.

Musa berkata, Sabah dan rakyatnya tidak memerlukan propaganda yang tidak berkesudahan oleh pembangkang bagi menghasut kebencian dan ketidakpercayaan di kalangan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.

"Cukup cukuplah. Kita perlu ke hadapan. Pembangkang telah berpolitik untuk 5 tahun yang lepas. Kita tak akan ke mana-mana dengan lebih banyak politiking dalam lima tahun akan datang.

"Ada tugas yang perlu dilakukan. Negara ini perlu ditadbir, ekonomi perlu berkembang dan kebajikan rakyat harus dijaga," katanya. -mStar


Psssttt AKJr : Jadi Puas hati ke dengan Jawapan tu wahai YB NURUL IZZAH?? Harap kamu paham la apa maksud tersurat dan tersirat dari KM Sabah tu.. CUKUP-CUKUP LA BERPOLITIKING NYE.. JGN SAMPAI RAKYAT MALAYSIA DH MULA BENCI PADA KAMU.. "CUKUP-CUKUP LA..!!" 

Jumaat, 5 April 2013

PANAS TERIK!! #PRU13 Calon Sabah - Anwar keldaikan orang Sabah & PAS #GE13 #TolakPR #Vote4BN

PANAS TERIK!! #PRU13 Calon Sabah - Anwar keldaikan orang Sabah & PAS #GE13 #TolakPR #Vote4BN




Agihan kerusi - 11 PKR, 6 APS, 3 PPPS, 3 PAS, 3 DAP? Guna template Sarawak?

Jika begini agihannya, maka Pas terus kekal menjadi keldai dalam percaturan politik negara, sedangkan geng Sosialis dapat lebih kerusi untuk wujudkan negara sosialis Malaysia? Pas memang layak dipanggil Keldai Sosialis atau Balaci Sosialis

ANWAR BUANG CALON TEMPATAN SABAH !!!
#TolakPR #ManifestoBukanJanji #GE13
http://medantempurkedah.blogspot.com/2013/04/panass-anwar-buang-calon-tempatan-sabah.html

Menurut maklumat terbaru calon PRU13 Pkr Sabah yang diletakkan oleh Anwar telah menaikkan kemarahan pemimpin dan penduduk tempatan di mana Pkr mendominasi kerusi di Sabah dari parti parti tempatan yang lain..

Senarai antara kerusi yang diletakkan oleh Anwar 11 PKR, 6 APS, 3 PPPS, 3 PAS, 3 DAP.. Anwar telah mengunakan kuasa vetonya dalam pemilihan calon calon dan melebihkan parti semenanjung dari parti tempatan..

Kesemua ketua ketua cabang dan pemimpin Pkr berasa marah dengan senarai yang di pilih Anwar yang lebihkan Lajim dan Bumburing sehingga masyarakat tempatan kurang senang dengan mereka..Kenapa Lajim diberi keistimewaan oleh Anwar?? Adakah ada hubung kait dengan "Hadiah" yang Lajim berikan kepada Bapa Saiful ?? Jeng Jeng Jeng...

Hairan, kenapa Pkr beriya iya nak lebih lebih di Sabah?? Padahal Pkr bukan parti dari Sabah pun..Pkr sebenarnya parti dari penjara Sg Buloh dimana makam Anwar ketika melakukan jenayah sewaktu bergelar Menteri Kewangan..

Kesian rakyat Sabah, dari dulu sampai sekarang kena main dengan Anwar..Pergi Sabah bukan main lagi dengan private jet tapi tiada apa yang dijanjikan kepada rakyat Sabah melainkan meletakkan calon Pkr seramai mungkin di Sabah..
Psssttt... Aku dengar citer Ostad Khalwat 3 pagi pun nak lari ke Sabah?? Dah takut kena makam kat Sabak Bernam ke??

Selasa, 26 Mac 2013

PANAS TERIK!! : AGENDA BESAR ANWAR DAN NUR MISUARI DI SABAH TERBONGKAR..

PANAS TERIK!! : AGENDA BESAR ANWAR DAN NUR MISUARI DI SABAH TERBONGKAR..



Betulkah ada agenda besar tersebut? Berikut adalah gambar Armando, paling kanan ketika menjadi dijemput menjadi pemantau BERSIH oleh parti pembangkang. Siapa Armando? Apa kena mengena Armando dalam agenda besar Anwar Ibrahim ini?

Seorang lagi dalang Anwar Ibrahim di Filipina didedahkan. Namanya adalah Armando Valdez. Juga merupakan kroni kepada Joseph Estrada. Siapa tidak kenal dengan Estrada yang sudah sekian lama menjadi rakan intim Anwar Ibrahim.

Amado Valdez juga merupakan aktivis LawAsia yang sering mendapat tajaan Konrad Adenauer Foundation (KAF). Siapa yang tidak kenal dengan KAF, organisasi yang sering menaja Anwar di luar negara sejak 2004 lagi. Tidak menghairankan mengapa Tian Chua dan Sivarasa begitu mudah akses ketika pergi ke Filipina pada 7-9 Februari 2012.

Rupa-rupanya sudah ada operator SUARAM di sana. Buat apa Tian Chua dan Sivarasa berada di sana? Apakah secara kebetulan pencerobohan yang berlaku pada 9 Februari 2012 di Lahad Datu dengan pemergian Tian Chua dan Sivarasa?

Mengapa 10 hari selepas pencerobohan, Tian Chua menyatakan peristiwa Lahad Datu sebagai satu "diversion"? Kemudian dalam KeadilanDaily, 1 Mac 2013, Tian Chua menyatakan apa yang berlaku di Lahad Datu adalah sebagai satu sandiwara. Ini satu tuduhan yang amat berat sekali dan tidak masuk akal.
Apakah pemergian Tian Chua ke Filipina tersebut adalah salah satu rancangan untuk membuat keadaan yang tidak tenteram di Sabah. Apa untungnya Sabah dan kepulauan Mindanao kepada Anwar dan kumpulan pembangkang di Filipina?

Anwar merasakan jalan pintas untuk ke Putrajaya adalah dengan mengenepikan 25 kerusi di Sabah daripada 222 kawasan parlimen. Bagaimana kerusi itu boleh diketepikan? Hanya bertanding 197 kerusi sahaja? 
Ya, begitulah andaian Anwar. Pilihan raya untuk 25 kerusi di Sabah perlu digantung kerana arahan darurat akibat kacau bilau. Bila 25 kerusi dari Sabah tiada, Anwar merasakan peluangnya untuk ke Putrajaya lebih cerah, sebab itulah dia sering nyanyi "Sabah nak hilang" (baca sini). Tujuan Anwar adalah berkuasa di Putrajaya.


Apa pula untungnya Misuari, Estrada dan Kiram dalam hal ini? Untuk mendapatkan kuasa di Filipina, kawasan selatan Filipina adalah penting untuk dikuasai. Estrada sudah berada di pihak pembangkang, sama seperti Anwar. Tujuan Estrada adalah mahu berkuasa di Filipina.

Operator untuk mengintimkan hubungan Anwar dan Estrada di Filipina adalah Armando. Misuari sudah terbukti seorang gabenor yang gagal, malah berasa tergugat bila perjanjian damai bangsa Moro berjaya diadakan dengan insiatif Malaysia. Dendam masih membara untuk merebut kembali kuasa. Tujuan Misuari adalah mahu berkuasa semula di selatan Filipina.

Khamis, 21 Mac 2013

WAJIB BACA!! #LAHADDATU KENAPA PENGKHIANAT MUNCUL DISABAH?

WAJIB BACA!! #LAHADDATU KENAPA PENGKHIANAT MUNCUL DISABAH?



TENGOK VIDEO NIE... (klik) Kenapa biarkan gampang nie hadir ketika negara tengah bertarung sehingga ada wira kita yang gugur terkorban untuk memebri keamanan serta bebas dari pengganas yang menjadi sekutu boss gampang nie, penderhaka nie hadir untuk apa, tak cukup ker dia juga yang menghina pasukan keselamatan semasa bersih yang mahu undi POS dihapuskan, tidak kah ini menunjukan menidakkan hak seorang rakyat untuk mengundi terutama polis dan tentera.




Tidakkah dia menyusahkan Polis dan juga pemimpin yang terliba dalam bersih yang memukul anggota POLIS dan menterbalikan kereta Polis malah menghancurkan kenderaan tersebut? untuk apa dia hadir disana, ibarat hantar pengganas untuk selamatkan dari pengganas yang lain, halau jer dia, apa yang dia buat untuk memertabatkan kemanan negara? 

Apa kaitan yang dia kesana? Jawapan nya mudah... Balik nanti segala fitnah berkenaan Op Daulat tentu nya akan bermula, dan tentunya tunggulah bagaimana ATM dan PDRM bakal dijadikan mangsa sebagai bahan ceramah untuk dicaci maki serta di fitnah, jadi elok ler Orang Sabah halau jer pengkhianat nie balik! lu ingat takat serah poster macam nie dah boleh settle maki hamun serta fitnah lu sebelum ni? kahak ptuiii!!! haram jadah!!!

Sementara itu pagi tadi, ketika semua wartawan sibuk menyiapkan laporan mengenai insiden pencerobohan di sini, mereka dikejutkan dengan kehadiran manusia yang hampir menyerupai pengganas Sulu.

Beliau adalah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard muncul secara tiba-tiba mlepasi sekatan jalanraya bersama-sama tiga rakannya di pusat media Felda Sahabat. Dia yang yang mengatakan hadir atas kapasiti Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), menyerahkan poster sokongan terhadap perjuangan tentera dan polis dalam insiden di Kg. Tandou

Mungkin ini hanya gimik daripada parti PKR yang sudah tahu pemimpin mereka terlibat secara langsung sebagai dalang pencerobohan di Lahat Datu dan Semporna Sabah. Untuk mengalih pandangan Cikgu Bard dan pengikutnya yang pernah memaki hamun pasukan keselamatan datang kononnya menyokong.

Lantaklah lu sokong ke atau tidak dalang insiden pencerobohan ini perlu dibawa kemuka pengadilan. 

Ahad, 17 Mac 2013

#LahadDatu : KOMEN IMAM BESAR MEKAH TENTANG ANGGOTA KESELAMATAN YANG TERKORBAN DI SABAH

#LahadDatu : KOMEN IMAM BESAR MEKAH TENTANG ANGGOTA KESELAMATAN YANG TERKORBAN DI SABAH


Di bawah adalah kenyataan Syeikh Mohammad Sharif Mohammad Imrani, Imam Besar Masjid Aba'ah, Makkah tentang wira-wira negara yang terkorban di Sabah.



Malangnya, terdapat pemimpin-pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang yang menghina dan memperlekeh-lekehkan pergorbanan wira negara. Memalukan!




Pakatan pembangkang juga menerima satu lagi tamparan hebat yang pasti memalukan seluruh kepimpinan parti itu apabila membaca laporan di bawah tentang isu 'kalimah Allah' dan 'parti PAS jamin ke syurga'.

Sila baca :

Imam Besar Masjid Aba'ah, Makkah, Syeikh Mohammad Sharif Mohammad Imrani al-hafiz berkata anggota pasukan keselamatan Malaysia yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara mati syahid. 
Katanya umat Islam wajib mempertahankan negaranya daripada pencerobohan asing dan mati dalam peperangan kerana ia adalah syahid fisabilillah dan Allah SWT akan memberi syafaat kepada mereka. 
Beliau yang ditanya mengenai pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah berkata: "Saya tidak tahu siapa yang melakukannya (pencerobohan) namun kematian 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia mempertahankan negara adalah syahid." 


Syeikh Muhammad Sharif dibawa khas dari Makkah ditemui selepas memberi tazkirah yang disampaikan dalam bahasa Melayu, Inggeris serta Arab pada program 'Malam Munajat Rakyat: Gema Zikir dan Selawat' dan dihadiri hampir 5,000 umat Islam di Masjid Muadzam Shah Kuala Nerang Rabu malam. 
Beliau sebelum itu mengimamkan solat Maghrib dan solat hajat memohon Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya daripada bencana, diikuti solat Isyak. 
Program itu dianjurkan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim. 
Sheikh Muhammad Sharif berkata pergaduhan atau peperangan sesama umat Islam di akhir zaman adalah tindakan manusia yang memiliki sifat syaitan dan hendaklah dihindari oleh pengikut sebenar Nabi Muhammad SAW. 
Beliau yang turut ditanya penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia, berkata dalam Al-Quran terdapat ayat yang jelas menyatakan haram menggunakan nama Allah sebagai nama tuhan oleh bukan Islam. 

"Dalam Islam tidak boleh bandingkan nama Allah dalam Bible dan Injil. Orang Bible dan Injil bukan Islam. Macam mana hendak guna nama Allah. Perbuatan ini (guna nama Allah oleh bukan Islam) adalah syirik dan berdosa, tidak boleh buat begini," tegasnya. 
Beliau menasihatkan umat Islam Malaysia supaya memohon perlindungan Allah SWT dan mengadakan solat hajat agar umat Islam di negara ini terhindar daripada fitnah yang banyak berlaku di akhir zaman. 
"Bergaduh sesama umat adalah perbuatan yang ditegah oleh Islam. Umat Muhammad SAW adalah adik-beradik dan kita patut bersatu. Ini nasihat saya," katanya. 
Dalam tazkirahnya pula, Sheikh Muhammad Sharif menegaskan tiada parti politik boleh menjanjikan syurga atau neraka kepada umat Islam dan perbuatan mengkafirkan sesama umat juga ditegah keras oleh Islam.


"Tiada hadis atau ayat dalam al-Quran yang menyatakan menyokong sesuatu pihak atau parti politik boleh masuk syurga. Ini kerja Allah SWT, bukan boleh ditentukan oleh sesiapapun pada zaman ini," katanya. 
Sementara itu Syed Sobri berharap penjelasan Imam Besar Masjid Aba'ah itu berlandaskan al-Quran dalam soal kematian anggota keselamatan, penggunaan kalimah Allah dan menyokong pembangkang boleh masuk syurga perlu dipandang oleh umat Islam di negara. 
"Saya harap umat Islam yang hadir pada malam ini tidak lagi terpengaruh dengan dakwaan songsang pihak tertentu bersabit tiga perkara tersebut yang membawa kepada syirik," katanya.- AgendaDailySehingga ke saat ini, Lim Guan Eng DAP masih tidak menjawab isu besar kalimah Allah yang dicetuskan oleh Setiausaha Agung DAP itu.

Jumaat, 15 Mac 2013

PANAS TERKINI!! MEDIA FILIPINA KAITKAN AZMIN ALI DGN PENCEROBOHAN DI SABAH..


PANAS TERKINI!! MEDIA FILIPINA KAITKAN AZMIN ALI DGN PENCEROBOHAN DI SABAH..



Selepas mendedahkan laporan perisikan tentera Filipina berkenaan kaitan pihak pembangkang di Malaysia dengan kejadian pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Sabah, Inquirer News kini memetik bahawa Azmin Ali disyaki antara menjadi dalang kejadian tersebut.

Memetik laporan dari akhbar The New Straits Times, media Filipina berkenaan mengatakan bahawa Naib Presiden PKR itu kini antara yang disyaki selain dari Jeffry Kitingan dan juga Anwar Ibrahim.

Azmin sebelum ini membuat kenyataan didalam media bahawa Anwar tidak sepatutnya dikaitkan dengan kejadian pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Sabah. Azmin juga mengecam tindakan media Malaysia yang mengaitkan Ketua Pembangkang itu didalam kejadian berdarah tersebut.

Walaupun Anwar tak menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh perisikan Filipina dan pendedahan oleh pihak Reuters berkenaan penglibatannya dengan agenda pencerobohan di Sabah, beliau kini bertindak menyaman pihak Utusan Malaysia serta TV3 yang menyiarkan pendedahan terbabit. 



Pssstttt... AKjr: Wowww... woowww.... Tokey aiskrim pun ada terlibat juga?? perghhhh hebat2.. Rangkaian mereka ni.....