SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label FITNAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FITNAH. Papar semua catatan

Isnin, 16 Disember 2013

WAJIB BACA!! [FAKTA] ROSMAH MANSOR MELUAHKAN SELEPAS BELIAU TERUK DIFITNAH..

WAJIB BACA!! [FAKTA] LUAHAN HATI SEORANG ISTERI YANG TELAH DIFITNAH..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.


Pembaca yang amat dikasihi;
Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.
Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu
Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta 

Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

Ketiga: Berjoli di luar negara

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.
Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).
Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.
Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.


Keempat: Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.
Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.
Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.


Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.
Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.
Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan


Keenam: Isu 'First Lady'

Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).
Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.
Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.
Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.


Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam

Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.
Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.

Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.
Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.
Semoga Allah memberkati para pembaca semua.
Sekian daripada saya,

Rosmah Mansor

Rabu, 5 Jun 2013

PANAS BERAPI!! Akhbar HARAKAH @hdaily09 KANTOI Buat FITNAH Ish Ish!! Memalukan...

PANAS BERAPI!! Akhbar HARAKAH @hdaily09 KANTOI Buat FITNAH Ish Ish!! Memalukan...


Tu dia jangan lupa Hadi Awang tu Presiden PAS dan kalau di ikutkan dari gambar kat atas sana tu jelaslah PAS menjadikan Harakah sebagai media utama pilihanraya baru-baru ni.Hmm biasalah setiap parti politik yang bertanding akan mempunyai media tersendiri cumanya media PAS ni agak menarik sebab bukan setakat melaporkan berita siap buat FITNAH lagi hahahahahaha....Jom tengok apa dia yang kata fitnah tu...


Perghh tu dia BUKTI yang selama ni di cari-cari puak-puak bangla sedang beratur nak mengundi.Huh patutlah bukan main lagi hantam BN.Tapi nanti dulu bro...nak bagitau bukan setakat buat FITNAH harakah ni tapi dah sampai tahap menghina orang.


Orang Asli dituduh sebagai orang Bangla !

Lihatlah betapa jijiknya propaganda lidah rasmi pembangkang itu yang didakwa menabur fitnah di dalam facebook dan mungkin akan dipercayai oleh pengguna internet yang kebanyakannya generasi muda.

Dan bayangkanlah, propaganda kotor ini telah digunapakai untuk sekian lama terutamanya dikalangan facebookers yang menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Kesian dan sedih dengan juak-juak macai pembangkang ni..Bukan boleh tegur nanti mengamuk macam budak-budak...serah kepada semua untuk nilai sendiri.


Psssttt... AKJr : KAHKAHKAH... MEMANG MEMALUKAN!!! LIDAH RASMI PARTI ISLAM KONON... PIIIRRAAAHHHHH!!!!

Ahad, 2 Jun 2013

PANAS TERIK!! FITNAH MAJLIS AGAMA ISLAM.. ADUN PAS BERSALAH DAN DIARAH BAYAR GANTI RUGI RM300 RIBU!!

PANAS TERIK!! FITNAH MAJLIS AGAMA ISLAM.. ADUN PAS BERSALAH DAN DIARAH BAYAR GANTI RUGI RM300 RIBU!!



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Hulu Klang, Saari Sungib (gambar) diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS) setelah kalah dalam satu kes saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini.

MAIS dan Pemegang Amanah LZS selaku pihak plaintif mengemukakan saman itu terhadap Saari berhubung kenyataannya dalam artikel bertajuk 'Siasat Pindah Wang LZS' yang disiarkan akhbar Sinar Harian pada 17 Mac 2009.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa, perintah itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi tersebut pada 14 Mei lalu.

Beliau berkata, mahkamah memutuskan pihak plaintif yang diwakili peguam daripada firma guaman, Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua berjaya membuktikan kewujudan elemen fitnah melalui kenyataan Saari dalam akhbar berkenaan.

''Sehubungan itu, Hakim Datuk Suraya Othman telah mengarahkan Saari membayar ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi keterlaluan RM100,000 kepada plaintif.

''Beliau juga perlu membayar kos sebanyak RM30,000 dan faedah pada kadar lapan peratus ke atas jumlah RM300,000 dari tarikh keputusan sehingga penyelesaian penuh,'' katanya dalam kenyataan tersebut.

Memetik kenyataan dalam akhbar Sinar Harian pada 17 Mac 2009 itu kata Mohamad Adzib, Saari mendakwa berlaku pemindahan wang zakat yang tidak diagihkan oleh LZS bernilai jutaan ringgit ke satu akaun lain pada 11 Disember 2008.


Psssttt... AKJr : FITNAH, FITNAH, FITNAH.... ITU SAJA LA KEJE PUAK2 NI, LAIN KEJE TAKDER.. HAAAA RASA KAN, HUKUMAN DUNIA HANYA KENA BAYAR WANG RINGGIT.. DIAKHIRAT NANTI SENDIRI MAU INGAT LAAA...!!! 

Sabtu, 25 Mei 2013

INFO @ AKJr : HARAKAH DIDAPATI BERSALAH MEMFITNAH TUN AMMAR

INFO @ AKJr : HARAKAH DIDAPATI BERSALAH MEMFITNAH TUN AMMAR



Lidah rasmi Pas, Harakah didapati bersalah menyiarkan artikel fitnah terhadap seorang peguam lima tahun lalu, dan diarah membayar ganti rugi kepada peguam berkenaan.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Rasidah Chik pada 12 Julai 2011 yang memihak kepada peguam tersebut, Tun Mohammad Ammar Aziz. 

Hakim Lee Swee Sing memutuskan demikian setelah menolak rayuan Ahmad Lutfi dan tiga yang lain untuk mengetepikan keputusan sebelum ini. 

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan tiga yang lain membayar ganti rugi RM50,000 kepada Tun Mohammad Ammar. 

Swee Sing juga memerintahkan pihak perayu membayar kos mahkamah. 

Menurut Swee Sing, mahkamah berpuas hati dengan keputusan Hakim Rasidah yang disifatkannya tepat dan tidak terkhilaf. 

Pada 15 September 2009, Tun Mohamad Ammar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timur memfailkan saman terhadap Ahmad Lutfi, bekas pemegang permit akhbar Harakah, Halim Arsyat dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. Beliau mendakwa artikel diterbitkan Harakah edisi Isnin, Bilangan 1,391 bertarikh 17 hingga 20 November 2008 berjudul Mukhriz Juga Didakwa Rasuah Politik? berunsur fitnah terhadapnya.

Psssttt... AKjr : Haaa kan dah kena dahh.. Amacam MACAI2 PAS? Masih x percaya lagi ke?? Ini Baru Satu beb, hakikatnya tiap2 hari ada saja laporan berita palsu atau FITNAH yang dikeluarkan oleh Lidah Rasmi PAS ini bertujuan hanya satu iaitu menjatuhkan Parti Keramat Orang2 Melayu yakni UMNO.. Hurmmm ..

Ahad, 5 Mei 2013

INFO #PRU13 : Seorang Lagi Rakyat Malaysia (Cindian) Jadi Mangsa Fitnah Isu Pengundi Hantu. #SPR #GE13

INFO #PRU13 : Seorang Lagi Rakyat Malaysia (Cindian) Jadi Mangsa Fitnah Isu Pengundi Hantu. #SPR #GE13


Mohon disebarkan maklumat ini supaya individu yang tak bersalah ini terus menerus menjadi mangsa fitnah pembangkang.



Bila MyMassa tengok gambar dalam IC, teringat MyMassa kepada dua orang pemain bola Liga Malaysia yang istimewa kerana berdarah Cindian (Indian + Chinese) iaitu :

Ramesh Lai Ban Huat dan....


..Liew Kit Kong



*Mohon disebarkan maklumat ini supaya rakyat Malaysia yang tak bersalah menjadi mangsa fitnah pembangkang yang tahu bahawa mereka akan kalah.

Khamis, 25 April 2013

WAJIB BACA!! FAKTA #PRU13 SPR jawab FITNAH Pakatan Haram! Sebarkan.. #GE13 #Vote4BN

WAJIB BACA!! FAKTA #PRU13 SPR jawab FITNAH Pakatan Haram! Sebarkan.. #GE13 #Vote4BN


KENYATAAN MEDIA 

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin merujuk kepada penyebaran maklumat melalui laman sosial kononnya ada seorang pengundi bernama Ab Rapar bin Awang yang memiliki tiga nombor kad pengenalan (MyKad) yang berbeza. Menurut laman sosial itu, oleh kerana individu ini mempunyai tiga nombor kad pengenalan yang berbeza, maka individu ini akan dapat mengundi di tiga tempat yang berbeza. Laman sosial itu juga telah memaparkan paparan semakan Maklumat Pengundian individu itu yang menunjukkan bahawa individu itu adalah seorang pengundi berdaftar dan akan mengundi di tiga Pusat Mengundi yang berbeza, iaitu di Sek. Keb. Balok, Sek. Keb. Bukit Setongkol dan Sek. Keb. LKTP Bukit Kuantan. Kesemua Pusat Mengundi itu adalah di Pahang.

2. Untuk makluman semua, pengenalan diri kepada pengundi atau identifier yang digunakan untuk merekod senarai pengundi di dalam Daftar Pemilih ialah nombor kad pengenalan dan bukannya nama. Ini kerana SPR menyedari bahawa, jika menggnakan nama sebagai identifier pengundi dalam Daftar Pemilih akan menyebabkan kekeliruan kerana memang ada nama-nama pengundi yang ejaannya sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza. Sebagai contoh, bagi ejaan nama Ismail bin Ibrahim terdapat 1,507 nama dalam Daftar Pemilih, Fatimah binti Abdullah (1,401 nama), Fatimah binti Ismail (1,377 nama), Fatimah binti Ahmad (1,377 nama) Ismail bin Ahmad (1,368 nama), Azizah binti Ahmad (1,039 nama). 

3. Berdasarkan nama-nama ini, semakan SPR mendapati nombor kad pengenalan 12 angka mereka adalah berbeza dan gambar pada kad pengenalan mereka juga berbeza yang menunjukkan bahawa mereka adalah individu yang berbeza, hanya ejaan nama sahaja yang sama. Oleh itu, jika ada ada pihak-pihak yang mendakwa nama yang sama ini adalah merujuk kepada individu yang sama, maka dakwaan itu TIDAK BENAR. Ini kerana adalah mustahil bagi seorang individu bernama Ismail bin Ibrahim ini memiliki 1,507 kad pengenalan kerana nombor kad pengenalan atas nama itu adalah berbeza-beza. Begitu juga jika ada yang mendakwa bahawa individu ini boleh mengundi lebih daripada sekali juga adalah TIDAK BENAR. 

4. Bagi kes Ab Rapar bin Awang, semakan SPR mendapati hanya ada tiga nama yang ejaan nama yang sama dalam Daftar Pemilih SPR. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga nama itu mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza, gambar dan cap jari mereka juga berbeza. Begitu juga dalam kes Jarmiah binti Abu Talib, pengundi adik beradik yang mempunyai nama yang sama yang pernah dilaporkan oleh media sebelum ini. Dua adik beradik yang tinggal di satu alamat itu mempunyai dua tarikh lahir yang berbeza, nombor kad pengenalan lama yang berbeza, cap jari yang berbeza dan nombor kad pengenalan 12 angka yang berbeza. Oleh itu, SPR menyeru kepada mana-mana pihak yang menjumpai perkara-perkara yang mencurigakan dalam Daftar Pemilih supaya menghubungi SPR di Call Centre 03-8885 6565 supaya SPR dapat membuat semakan dan memberikan penjelasan. 

5. SPR juga ingin memaklumkan bahawa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, Dakwat kekal akan digunakan dan setiap pengundi wajib dicalit pada jari telunjuk sebelah kirinya dengan dakwat itu. Jika ada pengundi yang enggan jarinya dicalit, maka kertas undi tidak akan diberikan. Tujuan penggunaan Dakwat Kekal ini adalah untuk mencegah cubaan mana-mana individu yang hendak mengundi lebih daripada sekali. Dakwat Kekal yang digunakan bagi Pengundian Awal adalah berbeza warnanya dengan Pengundian Biasa. Oleh itu, SPR menegaskan bahawa untuk PRU Ke-13, tidak akan ada mana-mana individu yang boleh mengundi lebih daripada sekali kerana Dakwat Kekal akan digunakan. Bagi pengundi-pengundi yang telah mengundi, nama mereka akan dipotong dalam buku Daftar Pemilih yang digunakan oleh Kerani SPR semasa proses pengundian. 

Sekian dan terima kasih

DATUK KAMARUDDIN MOHAMED BARIA

Setiausaha 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia 

23 April 2013

Sabtu, 16 Mac 2013

WAJIB TONTON!! [Video] Blogger @Milosuam Cuba Fitnah Najib?!


WAJIB TONTON!! [Video] Blogger Milosuam Cuba Fitnah Najib?! 

Kedegillan dan berlampirkan nafsu menyorot kebencian rakyat kepada pemerintah, kononnya menghasut dengan fakta..tapi lihatlah anak didikkan anwar yang cukup tidak bertamadun.


Tidak habis dengan menfitnah najib membunuh altantuya kini beliau dipersoalkan tentang kematian saudara Pi Bala yang sah mati pada hari ini akibat serangan jantung. Jika Nik Aziz mati akibat tua..adakah Najib juga dipersalahkan? Bila agaknya polis nak serkup anak haram ini????