SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Jumaat, 10 Mei 2013

EKSKLUSIF @ AKJr : KJ MENAWARKAN DIRI UNTUK BERJUANG DALAM KABINET!!

EKSKLUSIF @ AKJr : KJ MENAWARKAN DIRI UNTUK BERJUANG DALAM KABINET!!


KJ tak perlu menawarkan diri untuk menyertai kabinet... sememangnya beliau layak menjadi Menteri Penuh dalam barisan kabinet baru Datuk Seri Najib Razak.

Memetik laporan Bernama - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia menyertai Kabinet yang bakal dibentuk Datuk Seri Najib Tun Razak dalam apa sahaja peranan yang boleh membantu perdana menteri.

“Saya menawarkan diri untuk saya memainkan peranan, apa sahaja peranan yang boleh bantu beliau (perdana menteri) dan saya serah kepada beliau untuk menentukannya,” kata beliau ketika ditanya mengenai gesaan sesetengah pihak supaya beliau mewakili suara Pemuda dalam Kabinet baharu yang bakal dibentuk.

Anggota Parlimen Rembau itu ketika ditemui selepas menjadi tetamu program ‘Helo Malaysia’ BernamaTV semalam, menegaskan bahawa bukan soal kehadiran Pemuda dalam Kabinet sahaja yang penting, tetapi perlunya mempunyai pasukan yang mantap dan bersedia untuk melakukan transformasi.

“Saya harap perdana menteri akan memilih pasukan yang memahami transformasi dan bersedia untuk melaksanakannya,” jelas beliau.

Khairy berkata pasukan itu perlu memahami kehendak sebenar perdana menteri untuk membawa transformasi bukan dari segi luaran, tetapi dari segi hakiki, besar pengisiannya (dan) berbeza daripada Kabinet dahulu.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Khairy menang dengan majoriti 18,357 di Rembau, meningkat berbanding PRU12 sebanyak 5,746 undi majoriti.

Khairy mendapat 43,053 undi manakala calon PKR Radzali A. Ghani mendapat 24,696 undi dan Abdul Aziz Hassan (Bebas) memperoleh 325 undi.


1 ulasan:

  1. KASI dia Menteri Pelajaran dan tanggungjawab umukan pemansuhan sekolah2 Cina kahkahkahkah

    BalasPadam