SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label AZWANBRO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AZWANBRO. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Mei 2014

INFO @ AKJr : KENYATAAN MEDIA @putra2388 EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA TERHADAP SI RAYER!! @khairykj @azwanbro



Kenyataan Media:

Syamsul Baharin Putra Bin Ahmad Shibi. 
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat terhadap kebiadapan SI Rayer yang melemparkan ungkapan celaka kepada beberapa Ahli UMNO dan seterusnya kepada Parti keramat Melayu itu sendiri. Adakah beliau sedar akibat daripada lemparan ungkapan celaka itu? Beliau seolah olah menyimbah minyak kepada api yg sedang membara. 

Yang mana akibat daripada tindakan beliau itu akan mencetuskan kemarahan kepada ahli ahli UMNO yang rata ratanya berbangsa Melayu. Bila beliau mencelakakan UMNO bermakna beliau telah mencelakakan hampir 3.5 juta Ahlinya secara tidak langsung. 

Saya memberi amaran sekeras kerasnya kepada SI Rayer dan mendesak beliau agar memohon maaf secara terbuka dan dalam masa yang sama menarik balik ungkapan celaka itu. Dalam pada itu saya meminta pihak yang berwajib mengambil tindakan undang undang keatas kebiadapan SI Rayer yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum di Malaysia. Sekian.

Syamsul Baharin Putra Bin Ahmad Shibi.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Merangkap 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat

Isnin, 15 April 2013

Demonstrasi Bangkang Dari Longkang oleh @NgehKooHam c.c @ZambryAbdKadir @Azwanbro @Hairul_own

PANAS TERIK!! #PRU13 Demo Bangkang Dari Longkang oleh @NgehKooHam c.c @ZambryAbdKadir @Azwanbro @Hairul_own






Jam 1 tengahari tadi Ngeh, Cikgu Razak dan konco-konco DAP membuat satu demonstrasi. Demonstrasi Dari Longkang oleh Ngeh Koo Ham. Nak mintak jejantas pejalan kaki di hadapan Sekolah Menengah Nan Hwa. 

Untuk pengetahuan masyarakat semua, kemudahan jejantas pejalan kaki telah dibina berhampiran dengan sekolah ini iaitu dihadapan Sekolah ACS, Sitiawan. Sekolah ACS ini adalah disebelah sekolah ini. Jejantas yang sediaada tidak jauh..tidak samapai 100 meter..takkan nak buat lagi.. 

Lagi satu, 99% pelajar sekolah ini adalah anak-anak orang kaya yang sentiasa diambil dan dihantar oleh ibubapa hingga ke pagar sekolah dan diambil semula juga dihadapan pagar sekolah. 

Difikirkan dari pandangan Black sendiri, keperluan membina jejantas ini adalah tidak perlu. Sebabnya : 

1. Jejantas sediada tidak jauh dari sekolah. Hanya lebih kurang 100 meter. 
2. Pelajar sekolah ini 99% anak orang kaya. Sentiasa dihantar dan dijemput oleh ibubapa. 

Sebagai ADUN Sitiawan, merangkap ahli Parlimen Beruas seharusnya Ngeh lebih peka. Dah nak pilihanraya baru nak buka cerita. Dah 5 tahun berlalu. Nampak sangat Ngeh inginkan simpati dari rakyat Sitiawan, sedangkan tanggungjawab Ngeh sebagai ADUN tidak pernah dilakukan. Macam inikah wakil rakyat yang dipilh oleh pengundi Sitiawan? 

Psssttt... AKJr : Inilah dikatakan BANGKANG DARI LONGKANG.. Kah kah kah..

Sabtu, 13 April 2013

PANAS BERAPI!! #PRU13 Gelombang Biru melanda Negeri Perak @NajibRazak @ZambryAbdKadir @AzwanBro @Putra2388 @MuaamarGhadafi

PANAS BERAPI!! #PRU13 Gelombang Biru melanda Negeri Perak @NajibRazak @ZambryAbdKadir @AzwanBro @Putra2388 @MuaamarGhadafi




'Gelombang Biru' Barisan Nasional (BN) Perak siap sedia dengan semangat bersatu hati dan kesetiaan untuk menjadi penggempur hadapan parti itu di seluruh pelusuk negeri ini bagi memenangi pilihan raya umum ke-13.

Selain laungan bersedia penuh bersemangat bagi menempuh cabaran pada majlis pelancaran Jentera PRU13 BN Perak di Stadium Indera Mulia di sini malam ini, hampir 8,000 anggota parti, terutama golongan muda, turut berikrar memastikan kemenangan parti komponen itu di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mereka juga berikrar setia menjadi jentera kepada mana-mana calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

Selain itu, kehadiran bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Tajol Rosli Ghazali yang disifatkan BN sebagai 'ayahanda' turut mendapat tepukan gemuruh anggota jentera, sekali gus menandakan apa yang dilapor sebuah akhbar semalam hanyalah mainan pembangkang.

Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang bertindak sebagai Pengarah PRU13 negeri, dalam ucapannya, berkata setiap jentera parti komponen itu adalah pemuda perkasa dan pemudi bersemangat wirawati yang menjadi pendokong kuat.

Zambry mengingatkan seluruh jentera BN mereka bakal berdepan pertarungan yang besar tidak lama lagi dan turut mengimbau peristiwa pahit yang berlaku pada pilihan raya umum ke-12.

"Kita mahu imbau kenangan kita pada tahun 2008 supaya menjadi ingatan besar agar kita tidak ulangi lagi... yang penting ketika ini kita bersama-sama bersatu hati, berpadu tenaga, jangan bergaduh sesama sendiri, boleh berjanji kepada saya? Kita tetap bersama-sama walau apapun terjadi," katanya.

Beliau berkata setiap anggota jentera perlu bekerja atas kesetiaan kepada parti kerana sesiapa sahaja yang diletak sebagai calon oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau adalah calon BN.

Zambry berkata beliau dan pucuk pimpinan memahami kedudukan calon dan isu itu dibincang dalam semangat BN, berbeza dengan pakatan, yang menjadikan pentas ceramah untuk mengumumkan calon masing-masing.

"Kita BN tidak buat begitu, kita ada masalah, kita duduk selesaikan. Semangat berkorban kita buat sama-sama, tanyalah MCA, MIC, Gerakan, PPP dan komponen lain... kita tidak berlakon, itu bukan cara BN, cara BN adalah bila kita berpegang tangan, maka itulah pegangan yang mantap dan bersatu," katanya.

Psssttt... AKJr : HIDUP BN!! UNDI BN!!