SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label DATUK KAMILIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DATUK KAMILIA. Papar semua catatan

Sabtu, 20 April 2013

WAJIB BACA!! #PRU13 PENGKHIANAT PARTI MENGUNGKIT JASANYA - DATUK KAMILIA

WAJIB BACA!! #PRU13 PENGKHIANAT PARTI MENGUNGKIT JASANYA - DATUK KAMILIA



Apa yang besar benar jasanya sehingga pihak tertinggi terpaksa memberi kerusi Parlimen Kuala Kangsar kepadanya? Sekalipun pada awal nya ditawarkan seat DUN untuk nya tetapi ditolak! Kenapa di tolak. Khabarnya dia ikut standardnya sepatutnya Parlimen bukan DUN. Bila percarturan dah dibuat sebaliknya menolak untuk bertanding di tiket DUN,

Sebaik diumumkan kepada semua nama calon, ketika itu juga ler dia mula melompatjasa dan paling kecoh boleh pulak kalau tak disenaraikan di Parlimen dah boleh pulak bertanding di DUN pulak, malangnya itu selepas pengumuman calon dan tentunya agak sukar bila semua pempinan BN telah akur dengan pucuk pimpinan tetiba disebabkan dia BN terpaksa meminda nama calon semula, tak terfikir kah dia yang bukan dia sorang jer yang berjasa, apakah kami seperti Bloggers disini tidak berjasa?

Apapun bloggers PCT juga sebelum ini juga merasa terkilan dengan beliau yang penah berkata jika mahukan duit pegilah kerja sedangkan bloggers yang hadir dengan hati yang terbuka cuba mengeratkan saf perang siber dikawasan beliau, ayat yangpernah dikatakan sehingga kini masih menjadi terbuku dihati seolah dihina begitu sekali, apakah dia saja yang berjasa dan bloggers khasnya PCY tak berjasa? Dimana dia semasa kita dinerakakan selama 11 bulan sehingga kembali ke tangan BN semula, dia ada ker semasa semua peristiwa ini berlaku, dia tak nampak kah berapa ramai bloggers yang berkorban demi Barisan Nasional? Dimana dia bila kejadian seperti ini dari mula 2008 lagi? Apakah kami tak berjasa?

hari ini TS Mahyudin Yasin sebagai Timbalan Presiden juga telah memaklumkan bahawa tindakan pecat serta merta dan keahlian dalam UMNO sudah tentunya disetujui ramai termasuk ahli UMNO diseluruh Malaysia. Difahamkan juga ada khabar angin dia akan berjumpa dengan Kak ONE, elok ler mengadu kat dia, lakinya pun tak terbela inikan nak bagi nasihat dia... Kekeke lntaknya yong, bior dema rasakan macamana payah nya nak jadi pemimpin...

Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.

Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Baca Selanjutnya DISINI

GEMPAR BERAPI!! #PRU13 : Datuk Kamilia keluar parti untuk bertanding calon Bebas..

GEMPAR BERAPI!! #PRU13 : Datuk Kamilia keluar parti untuk bertanding calon Bebas..



Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang membuat kejutan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar hari ini mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam parti itu.
Kamilia dalam laman sosial Facebook miliknya memberitahu, beliau turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar.

Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz kecewa dengan tindakan Naib Ketua pergerakan tersebut, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar yang disifatkannya satu pengkhianatan kepada parti.

Rafidah yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar selama lebih 30 tahun berkata, tindakan Kamilia itu amat mengecewakan ahli Wanita UMNO khususnya di Kuala Kangsar.
"Ini sangat mendukacitakan, beliau tidak setia dan tidak patuh kepada keputusan parti. Beliau tahu apa tindakan parti selepas ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyertai rombongan penyokong BN di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah di sini hari ini.

Tindakan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar tidak akan menggugat peluang Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi tersebut, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
"Saya kecewa beliau (Kamilia) buat keputusan tersebut selepas tidak dapat menerima keputusan parti yang menawarkan DUN Bukit Chandan. Sedangkan Datuk M. Kayveas sendiri sanggup galas amanah bertanding di DUN Pasir Bedarmar biarpun Presiden PPP," katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim dipecat daripada parti kerana bertanding sebagai calon Bebas, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, surat pemecatan kepada mana-mana pemimpin dan ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding sebagai calon Bebas akan dikeluarkan Isnin ini.

Menurut beliau, langkah ini bagi memastikan disiplin parti.
"Kalau ada satu dua kita terpaksa korban, itu lebih baik daripada kita korbankan parti yang dikasihi ini," katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari di kediaman beliau di sini hari ini.

Antara pemimpin BN yang bertanding calon Bebas ialah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim.

Jumaat, 19 April 2013

PANAS TERIK!! PUNCA DATUK KAMILIA 'MENGAMUK' DIPERJELAS PRESIDEN PARTI..

PANAS TERIK!! PUNCA DATUK KAMILIA 'MENGAMUK' DIPERJELAS PRESIDEN PARTI..


Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah menolak tawaran menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Bukit Chandan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, kata Perdana Menteri tidak timbul sama sekali soal beliau tidak diberi tempat dalam PRU13 atau tidak dihargai oleh BN.

Beliau menjelaskan tawaran kepada Kamilia adalah termasuk jawatan Exco, jika BN menubuhkan kerajaan, tetapi beliau turut menolaknya.

"Itu merupakan keputusan yang beliau telah buat dan tidak ada timbul sama sekali Naib Ketua Wanita (Umno) tidak diberi tempat atau tidak dihargai oleh BN. Beliau hendak (bertanding kerusi) Parlimen tetapi kita fikir, lebih sesuai Datuk Kamilia bertanding DUN dan (menjadi) Exco.

"Lagipun, mendiang Tun Lim Keng Yaik dulu sewaktu jadi presiden parti Gerakan, telah menerima jawatan Exco kerajaan negeri. Jadi, tidaklah merupakan jawatan tak penting sebenarnya sebagai Exco kerajaan negeri.

"Kalau diterima tawaran itu, Datuk Kamilia boleh memainkan peranan bukan sahaja dalam negeri tetapi juga dalam konteks negara," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan dan pelancaran Jaringan Untuk Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA)-Wanita BN di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang menyatakan Kamilia mendakwa tindakan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13 mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita.

Naib Ketua Wanita Umno itu berkata ia menunjukkan BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata dalam barisan calon wanita, terdapat peningkatan permintaan untuk bertanding di peringkat Parlimen pada pilihan raya umum kali ini berbanding pilihan raya umum lepas.

Mengenai mereka yang tidak dicalonkan, Najib berkata mereka tenang tetapi bukan mudah untuk memberi kepuasan kepada semua pihak.

Jika tidak ada di antara mereka yang mahu memberi laluan, katanya tidak akan ada perubahan.

"Oleh itu, pada mereka yang rasa sedikit kekecewaan, saya harap tidak memendam perasaan dan fikirlah tentang masa depan parti.

"Pilihan raya ini, kita memerlukan kesetiaan dan sokongan daripada setiap anggota parti dan yang paling penting, kita nak tubuh kerajaan, bila tubuh kerajaan, kita boleh bantu mereka dengan banyak cara, tetapi kalau kita tak ada kuasa, kita tak boleh bantu," katanya.

Mengenai pihak yang meminta BN mempertimbangkan semula calon-calon yang disenaraikan, Najib berkata: "Kita tidak boleh memberi kepuasan kepada semua pihak.

"Dalam saat-saat akhir kalau kita ubah, boleh timbul masalah lain, tetapi kita cuba tangani dengan cara lain. Itu tengok pada keadaan, tetapi kita anggap itu barisan yang dapat diterima oleh rakyat," jelasnya. - Bernama