SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label LETAK JAWATAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LETAK JAWATAN. Papar semua catatan

Rabu, 19 Jun 2013

PANAS BERAPI!! Ustaz Azizan Ingin Meletak Jawatan ADUN?? Bakal PRK Yang Pertama..

PANAS BERAPI!! Ustaz Azizan Ingin Meletak Jawatan ADUN?? Bakal PRK Yang Pertama..



Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Datuk Seri Dr. Azizan Abdul Razak kini bukan lagi seorang pemimpin yang berdaya. Apabila kedua-dua belah kakinya dipotong kerana gangrene, maka gugurlah kelayakannya selaku seorang pemimpin. 

Dia sedar tentang perkara itu. Apatah lagi, Azizan lebih banyak berada di katil hospital berbanding bersama-sama rakyat. Dan difahamkan sehingga sekarang, Azizan belum lagi mengangkat sumpah selaku ADUN Sungai Limau.

Baru-baru ini, dari sumber terdekat dengan keluarga isteri pertama Azizan memberitahu, Azizan sudah hampir meletakkan jawatan dan memberi laluan untuk Pilihanraya Kecil pertama selepas PRU13 di Sungai Limau kerana keadaannya itu. Walau bagaimanapun, ada puak-puak PAS terutama sekali yang sebelum ini banyak bergayut di sekeliling kaki seluar Azizan, terburu-buru memujuk Azizan agar tidak berbuat begitu. 

Azizan menjadi bahan yang paling teruk dilanyak dan difitnah oleh puak-puak PAS sendiri. Beberapa kelompok dalam PAS yang bercempera, kelihatan bersatu hati dalam mengutuk dan menyalahkan Azizan setelah PAS gagal mempertahankan Kedah daripada dirampas oleh UMNO-BN. 

Malah ada yang menyalahkan sikap Azizan yang mudah baran dan lebih banyak mendengar nasihat daripada para pemimpin UMNO untuk mentadbir negeri berbanding merujuk kepada Majlis Syura PAS. Azizan dikatakan mempunyai roh UMNO yang terlalu menebal dalam dirinya. 

Gerakan untuk menggulingkan Azizan telah lama dijalankan dan diketuai oleh Mahfuz Omar yang kemudian diproksikan oleh Phahrolrazi Zawawi. Beberapa orang Exco pilihan Azizan turut menikam belakang Azizan dan membuatkan kesihatannya bertambah teruk.

Baca Selanjutnya DISINI

Psssttt.. AKJr : Aku Kasihankan Ustaz Azizan ni.. Diantara Pemimpin PAS yang baik dan mesra UMNO.. tapi dah sakit pulak.. Apa2 pun Aku akan mendoakan kesejahteraannya..

Jumaat, 12 April 2013

PANAS TERIK!! #PRU13 DATO MUSTAFA ALI LETAK JAWATAN?? #TOLAK PAS #TOLAKPR

PANAS TERIK!! #PRU13 DATO MUSTAFA ALI LETAK JAWATAN??  #TOLAK PAS #TOLAKPR




KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali hari ini mengumumkan perletakan jawatan beliau berkuatkuasa serta merta.

Tindakan ini dilakukan beliau ekoran penyebaran meluas video seks beliau dengan seorang pelacur dari timur tengah di salah sebuah hotel di ibu kota.

"Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku 2 tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya".

Menjawab soalan wartawan, adakah kejadian ini didalangi pihak tertentu yang mahu menjatuhkan beliau, Mustafa menegaskan yang beliau tidak suka membuat tuduhan dan jika terbukti ada dalang disebalik kejadian ini, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.