SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label AHLI PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AHLI PAS. Papar semua catatan

Rabu, 10 April 2013

Gempar!! Ahli PAS Bakar Bilik Gerakan UMNO Di Perak? #PRU13 #TolakPR

Gempar!! Ahli PAS Bakar Bilik Gerakan UMNO Di Perak? #PRU13 #TolakPR




Sungai Rokam Ipoh Perak. Oleh kerana bendera PAS hilang mereka yang bergelar ISLAM yang kononnya mengamalkan AL-QURAN dan Sunah Nabi SAW sanggup berbuat demikian.

Adakah ini yang PAS ajar kepada pengikutnya ? sanggup memfitnah tampa usur periksa dan cepat
menghukum tampa menyelidik terlebih dahulu.

jika perkara ini pun tidak boleh diselesaikan oleh orang-orang PAS bagaimana nak menegakkan HUKUM HUDUD PAS.. Begitulah ukurannya kepada PAS yang semakin hari, semakin banyak mempersendakan AGAMA ISLAM

Sah!! Pencacai PAS makin gila dan keterlaluan. Semakin hari semakin kurang ajar pencacai PAS. Kalau boleh semua harta milik orang UMNO/BN dia nak bakar dan hancurkan.

Wehhh.. Ingat benda ni main-main ker? Siap ugut nak bakar-bakar bilik gerakan ni apa kes? Apa pencacai PAS ingat pilihanraya ni sama dengan hari raya ker? Kalau hari raya boleh la kome bakar lemang, ini pilihanraya kempen biar la berpada-pada.

Aku rasalah kan, kalau PR memerintah Malaysia, orang PAS ni akan bermaharajalela macam bapak firaun la kot. Belum jadi kerajaan pun dah samseng, dah jadi kerajaan memang samseng tahap gaban la.

Jumaat, 5 April 2013

WAJIB BACA!! Ahli PAS Erdogan Perak Halang Hajat keluarga demi parti.. memang Cilako..Cilako..Cilako!!

WAJIB BACA!! Ahli PAS Erdogan Perak Halang Hajat  keluarga demi parti.. memang Cilako..Cilako..Cilako!!



Terkini ada kes dimana seorang pemimpin Pas di Perak yang cuba mensabotaj anaknya bernikah gara gara kerana anaknya itu menyokong umno. Berbagai cara digunakan untuk menjadikan supaya pernikahan tersebut tidak berjaya termasuklah memulaukan majlis akad nikah. Amat malang bagi si anak di mana mahu melangsungkan perkahwinan tanpa mendapat restu dan sokongan keluarga.

Nampaknya pemimpin pas tersebut lebih redha anaknya itu melakukan maksiat dan berzina seperti beberapa pemimpin pas yang lain daripada menggalakkan si anak bernikah secara sah.

Pemimpin pas ini selalu berceramah dengan menggunakan isu Tok Najib yang tak mampu mentarbiyah isteri untuk memakai tudung. Dan alasan itulah digunakan untuk memburukkan Tok Najib tidak mampu untuk menguruskan negara kerana tidak boleh nak mengurus isteri sendiri.

Dengan kuasa Allah taala kini si pemimpin pas tersebut juga di uji dengan kegagalan untuk mengurus keluarganya sendiri, oleh itu bagaimana dia bisa mampu untuk mengurus hal masalah rakyat, kalau anak sendiripun dia tak boleh nak didik?

Bukan isu masalah keluarga antara si ayah dan si anak yang mahu saya bangkitkan tapi isunya ialah pendekatan yang digunakan oleh si ayah dalam menguruskan masalah tersebut. Pemimpin pas tersebut sepatutnya menggunakan kaedah yang lebih bijak dalam menguruskan masalah si anak dan bukannya menggunakan cara bodoh iaitu mensabotaj majlis pernikahan anaknya sendiri.

Kalau beginilah cara pengurusan dan pendekatan pemimpin pas tersebut saya sarankan semua pengundi pengundi tempat dimana pemimpin tersebut bertanding supaya berfikir semula adakah layak untuk dia menjadi Wakil Rakyat ditempat tersebut?

Nama pemimpin pro kumpulan Erdogan didalam pas itu akan saya dedahkan sekiranya mendapat lampu hijau dari si mangsa atau anak kepada pemimpin pas tersebut.....

* untuk cerita lebih lanjut sila ke SINI