Analisis #PRU13 : Apa lagi Kit Siang mahu?? — Zulkiflee Bakar #TolakPR #BNBagus #VOTE4BN #GE13 #Najib4PM
Lim Kit Siang ternyata tidak mampu membendung kemarahannya berikutan kegagalan pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh Umno.
Kini boleh dikatakan hampir setiap malam Penasihat DAP itu terpekik terlolong di atas pentas-pentas ceramah bersama sahabat karibnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dianggap berlaku penyelewengan dan penipuan.
Kita tidak hairan dengan sikap Anwar kerana beliau sememangnya amat kecewa kerana impiannya untuk menjadi Perdana Menteri sudah terkubur. Selama ini Anwar sudah melakukan pelbagai usaha termasuklah memburuk-burukkan Malaysia di luar negara bagi meraih sokongan, tetapi akhirnya impian itu tidak tercapai juga.
Tambahan pula PKR mencatatkan keputusan tidak memberangsangkan. Oleh itu kita boleh fahamlah kenapa Anwar “meroyan” setiap malam. Tetapi apa yang kita persoalkan sikap Kit Siang. Beliau menjadikan pentas perhimpunan haram untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan kata-kata menghina termasuk menggunakan istilah 'syaitan yang dikenali menjadi Perdana Menteri'.
Jika melihat kepada apa yang dinikmati oleh Kit Siang dan DAP, beliau tidak sepatutnya berbuat demikian dan ini menimbulkan persoalan apa lagi yang Penasihat DAP ini mahukan? Tidak cukupkah dengan kejayaan DAP menjadi dominan dalam pakatan pembangkang apabila memenangi 38 kerusi berbanding PKR (30 kerusi) dan PAS (21 kerusi)? Tidakkah beliau berasa puas dengan kejayaan anaknya, Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua? Belum puaskah hatinya apabila melihat calon-calon BN yang diwakili oleh MCA dan Gerakan ditolak hampir secara total oleh masyarakat Cina kerana termakan hasutan politik DAP? Belum puaskah nafsu politik beliau apabila berjaya menumbangkan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Parlimen Gelang Patah? Oleh itu apa lagi yang Kit Siang mahu?
Sebelum ini, apabila Utusan Malaysia menyiarkan artikel yang bertajuk “Apa lagi Cina mahu?” yang sekadar satu pertanyaan berikutan tindakan mereka tidak mengundi BN biar pun telah diberikan pelbagai layanan istimewa oleh parti itu, Kit Siang melenting. Beliau cuba menggambarkan kononnya laporan Utusan Malaysia itu boleh mendatangkan bahaya kepada negara.
Baca Selanjutnya DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan