SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label LAHAD DATU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LAHAD DATU. Papar semua catatan

Isnin, 1 April 2013

#LAHADDATU Anwar Ibrahim KANTOI Berhubungan Melalui Twiiter Dengan Jacel Kiram Didedahkan

#LAHADDATU Anwar Ibrahim KANTOI Berhubungan Melalui Twitter Dengan Jacel Kiram Didedahkan 










Kantoi dan terus kantoi itulah ANWAR IBRAHIM.. Pengkhianat Besar dalam negara kita ini yang akan menghancurkan apa sahaja demi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri Pada PRU 13 ini nti..

Umum mengetahui Penceroboh Sulu masuk menyerang Sabah adalah atas jemputan Anwar Ibrahim dan segala wang perbelanjaan diaturkan oleh Anwar Ibrahim melalui orang kanannya Tian Chua bangsat. Semua itu dilaporkan oleh perisikkan kerajaan Filipina dan ianya tidak dapat disangkal oleh Anwar Ibrahim.

Puteri kesayangan pengganas Jamalul Kiram III sudah mula bermain twitter. Boleh dianggap hebat kerana dalam tempoh 17 hari, beliau sudah mampu mengumpulkan 7,362 pengikut (followers).

Pengikut Jacel Kiram ini bukan hanya tertumpu di Filipina malah turut mengumpulkan sebilangan besar pengikut dari Malaysia.

Aneh ...

Apabila puteri kesayangan pengganas Jamalul Kiram III ini mula membuka twitternya sejak 13 Mac yang lalu, blog-blog pembangkang dilihat MERAIKAN dan MEMPROMOSIKAN Jacel Kiram seolah-olah beliau kini seorang SELEBRITI dan sudah menjadi sebahagian anggota keluarga Pakatan Rakyat.

Terbaru blog Gelombang Wangsa Maju mendedahkan pula hubungan intim Anwar Ibrahim dan anak Kiram kepala penceroboh  KLIK DISINI

Psssttt.. Mana si tua kutuk Anwar Ibrahim tu nak lari?

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Ahad, 31 Mac 2013

PANAS TERIK!! #LAHADDATU : SMS INDIVIDU PEMBANGKANG MALAYSIA BERJAYA DIKESAN..

PANAS TERIK!! #LAHADDATU : SMS INDIVIDU PEMBANGKANG MALAYSIA BERJAYA DIKESAN..





SANGAT MENGEJUTKAN! Rupa-rupanya perancangan "mereka" bukan setakat memberi wang dan menghuru-harakan negara tetapi lebih dari itu. Kami sungguh terkejut.

Penemuan terbaru kami mendapati Individu Pembangkang bukan sahaja menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada Militan Kiram, tetapi juga kami mendapat petunjuk baru yang amat-amat 'berat' di mana Individu Pembangkang turut menjanjikan beberapa perkara lain.

Sumber kami menunjukkan kepada kami beberapa sms dalam bahasa Inggeris, di antara Individu Pembangkang dengan pihak Militan Kiram, yang kami percaya dihantar kepada pihak perantara yang kami yakin ialah MNLF.

Daripada sms yang banyak itu, kami dapat bahagikan kepada dua bahagian.

SMS dari Individu Pembangkang di Malaysia :

1. Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari. "Kucar-kacir" mesti dibuat pada hari yang sama. 
Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Najib terpaksa mengisytihar "Darurat".

2. Berjanji akan menyalurkan wang. 50% Deposit.

3. Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan.

4. Berjanji "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami".


SMS balas dari pihak MNLF/ Militan Kiram :

1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

2. Kami mahu Jawatan dalam Kerajaan jika Individu Pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! 
Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak & Lahad Datu.

3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

4. Memberikan "Kewarganegaran" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah 
secara automatik.

5. Membatalkan Perjanjian dengan MILF. 

6. Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.


Baca Selanjutnya DISINI


Sabtu, 30 Mac 2013

WAJIB BACA!! Wira Negara Kongsi Detik Cemas Berdepan Pengganas Sulu #LAHADDATU

WAJIB BACA!! Wira Negara Kongsi Detik Cemas Berdepan Pengganas Sulu #LAHADDATU



“Selagi masih bernyawa dan termampu, saya akan teruskan perjuangan mempertahankan negara yang tercinta ini. Saya tidak akan berundur. Itu sumpah saya kepada rakan-rakan yang terkorban”.

Demikian ungkapan semangat wira negara Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zulkilfi, 22, anggota VAT 69 yang cedera ditembak dibahu kanan ketika bertempur dengan militan Sulu di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu, awal bulan lalu.

Menceritakan semula detik cemas yang berlaku, Mohammad Qaiyum yang berada dalam kumpulan Delta ketika itu sedang memberi bantuan kepada kumpulan Bravo dan Charlie yang diserang hendap sebelum kejadian.

“Mereka (pengganas) telah menunggu kami dan melepaskan tembakan kepada kami, dengar daripada tembakan itu memang padat… paling kecil M16 digunakan dan saya juga terkena tembakan curi dan hampir terkorban,” katanya.

Mohammad Qaiyum Aiqal yang ditemui di majlis menyambut kepulangan wira negara di kediaman Menteri Besar, malam tadi turut memanjatkan rasa syukur dan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menyelamatkan nyawanya dari terus ditembak musuh.

“Sarjan Hairi telah bertarung nyawa untuk keluarkan saya dari tempat kejadian, saya terhutang budi dan nyawa kepada mereka yang sanggup ke hadapan untuk keluarkan saya dari tempat kejadian,” katanya lagi.

Seorang lagi anggota VAT 69 yang tercedera, Koperal Mohd Tarmizi Hashim, 32, pula berkata pertempuran bersama tentera kumpulan Kiram 111 diibaratkan sama seperti waktu ketika menjalani latihan.

“Pertempuran tu rasa macam latihan dan sebab latihanlah saya lagi bagus…kalau tiada latihan mungkin saya sudah lari,” katanya.

Mohd Tarmizi yang berada dalam kumpulan Charlie ketika kejadian memberitahu, jarak memisahkan anggota VAT 69 dan pihak musuh hanya sekadar jarak empat batang kelapa sawit.

“Pada jam 9 pagi itu, anggota pengganas sudah membuat serangan, masa itu saya masih kuat, masih boleh meniarap lagi… kalau saya tengok saya masih teringat cara mereka masuk dan cara tembakan mereka.

“Ketika ditembak saya tidak fikir apa, cuma saya fikir kena potong kaki sahaja tetapi pihak musuh sememangnya sudah menunggu di belakang kami,” katanya.

Dalam kejadian pada 1 Mac lepas, dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban, manakala 12 penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina maut dalam kejadian tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo.

Dua anggota komando VAT 69 yang terbunuh dalam pertempuran itu ialah ASP Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor.

Sementara itu, kepulangan wira negara disambut meriah oleh kira-kira 500 ahli keluarga dan wargakota Ipoh yang berkumpul sejak 8 malam lagi.

Seramai 84 anggota VAT 69 kumpulan kedua yang dihantar ke Op Daulat tiba di perkarangan kediaman kira-kira jam 9.30 malam disambut dengan iringan lagu perwira ‘Inilah Barisan Kita’ serta laungan semangat daripada rakan setugas.

Turut menyambut kepulangan mereka ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isterinya, Datin Seri Saripah Zulkifli serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim.

Jumaat, 29 Mac 2013

PANAS TERIK!! Lagi Panglima Kiram Mati Ditembak Mampus #LahadDatu #1Malaysia @PDRMsia

PANAS TERIK!! Lagi Panglima Kiram Mati Ditembak Mampus #LahadDatu #1Malaysia @PDRMsia




Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengawal ilmu hitam mati ditembak selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi pemeriksaan di sebuah rumah di Lorong 4, Kampung Simunul, Semporna, Sabah hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, anggota keselamatan yang ditetak menggunakan parang bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan kerana dilindungi oleh vest dan perisai keselamatan.Sumber memberitahu, pengganas lelaki berusia 60-an itu bertindak menyerang pasukan keselamatan semasa memeriksa rumah yang didiaminya bersama dua wanita termasuk seorang dipercayai isterinya.

Beliau berkata, kedua-dua wanita berusia 30-an dan 50 tahun termasuk seorang cacat ditangan turut diberkas.

"Ketika pemeriksaan dijalankan oleh pasukan keselamatan terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di rumah berkenaan, panglima itu tiba-tiba keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari luar.

"Suspek terus meluru ke arah seorang anggota pasukan keselamatan dan menetak mangsa dengan parang barong secara bertubi-tubi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber berkata, tindakan ganas lelaki itu memaksa anggota keselamatan melepaskan tembakan ke arahnya menyebabkan suspek mati di tempat kejadian.

Menurutnya, seorang daripada dua wanita yang berada di rumah tersebut cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam air tetapi dapat ditangkap oleh pasukan keselamatan.

Dalam masa yang sama, katanya, anggota keselamatan memberkas empat lagi lelaki berusia 20 hingga 30 tahun disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Kiram di sebuah kawasan di Lorong 5 iaitu tidak jauh dari rumah panglima yang ditembak itu.

"Berdasarkan maklumat awam dan risikan, lelaki yang ditembak dan beberapa suspek yang ditahan terlibat dalam aktiviti pengganas Kiram.

"Suspek merupakan seorang yang sangat digeruni kerana mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kampung tersebut, selain aktif dalam aktiviti keagamaan," ujarnya.

Sumber berkata, walaupun aktif dalam aktiviti keagamaan, suspek juga difahamkan turut mengamalkan ilmu hitam dan syirik terutama ramalan nombor ekor.

Katanya, kesemua yang ditangkap termasuk dua wanita terbabit kini disiasat lanjut mengikut Akta Keselamatan Khas (Langkah-Langkah Keselamatan) 2012 (SOSMA).

Selasa, 26 Mac 2013

TERKINI #LAHADDATU : HAMPIR 15 HARI TIDAK MAKAN, AKHIRNYA PENGGANAS MENYERAH DIRI!!!

TERKINI #LAHADDATU : HAMPIR 15 HARI TIDAK MAKAN, AKHIRNYA PENGGANAS MENYERAH DIRI!!!




Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan.

Beliau berkata 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.

Dalam pada itu, Khalid berkata 20 ketua keluarga dari Kampung Tanduo telah dibawa masuk ke perkampungan terbabit pagi ini bersama pegawai dari Pejabat Daerah Lahad Datu bagi membolehkan mereka melawat rumah dan harta benda masing-masing.

Ini adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara serta Majlis Daerah Lahad Datu, dan dibantu Majlis Keselamatan Negeri bagi menilai kerosakan dan jumlah ganti rugi yang perlu diberikan.

Berhubung seorang pengganas Sulu yang menyerah diri di kawasan Kampung Tanjung Batu petang semalam, Khalid berkata keadaan fizikal militan itu yang lesu setelah 15 hari tidak menjamah makanan adalah gambaran kepada keadaan yang dialami saki-baki pengganas yang bersembunyi di kampung terbabit.

"Jadi kita harap pengganas lain yang berada di dalam semak dan paya berhampiran supaya turut berbuat demikian kerana sudah ketiadaan bekalan makanan selain kehilangan arah berikutan pemerintah tentera mereka telah ditangkap," katanya.

BERNAMA

Ahad, 24 Mac 2013

Terkini!! #LahadDatu Empat Mayat Ditemui, Seorang Askar Cedera Dalam Pertempuran Di Tanjung Batu

Terkini!! #LahadDatu Empat Mayat Ditemui, Seorang Askar Cedera Dalam Pertempuran Di Tanjung Batu 



Empat mayat dipercayai rakyat asing ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas militan semasa operasi penggeledahan di kampung itu, Ahad.

Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Anggota tentera membawa masuk dua daripada empat mayat pengganas bersenjata dari Selatan Filipina yang berjaya ditewaskan dalam satu pertempuran ke dalam ambulans di kampung Tanjung Batu untuk dihantar ke hospital Lahad Datu.

 

Beliau berkata insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan menjejaki dua musuh yang memasuki sebuah rumah berhampiran dan berlaku tembak menembak sehingga mencederakan anggota itu.

"Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh telah lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan.

"Pasukan keselamatan kemudiannya melepaskan tembakan bagi membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua pengganas itu sebelum memasukinya dan menjumpai empat orang mati ditembak," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini, Ahad.

Zulkifeli berkata mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Tiada pengenalan diri ditemui.

Beliau berkata hasil penggeledahan, pasukan keselamatan menemui seorang lagi kanak-kanak lelaki yang cedera, juga tiada pengenalan diri dan dia diterbangkan ke Hospital Sandakan untuk rawatan.

Pasukan keselamatan turut menemui sejumlah bekalan makanan yang dipercayai dikumpul di rumah berkenaan, katanya.

Zulkifeli berkata kesemua mayat itu dibawa keluar dari lokasi pertempuran, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan sehingga kini 42.

Beliau berkata militan pengganas yang semakin terdesak kini bergerak dalam kumpulan kecil dan mengaplikasikan 'Small Unit Tactic', iaitu cuba mendatangkan seberapa banyak mungkin kecederaan kepada pasukan keselamatan yang menjejaki pergerakan mereka.

"Daripada pertempuran yang dialami, kami dapati Modus Operandi musuh ialah apabila bertempur mereka akan membawa pasukan keselamatan ke satu kawasan di mana penembak tepat mereka dapat melepaskan tembakan.

"Selepas bertempur di situ, mereka kemudiannya berundur dan memasuki kawasan rumah yang telah dikenal pasti untuk bertahan dan bertempur semula sebelum bertindak membakar rumah itu dan rumah berdekatan sekiranya tidak lagi mampu bertahan," katanya.

Beliau berkata taktik melengahkan pergerakan anggota keselamatan itu diteruskan dengan militan berundur ke kawasan paya berdekatan yang telah dikenal pasti sebelum menggempur pasukan keselamatan yang menghampirinya.

Zulkifeli yang yakin semua penembak tepat musuh berjaya ditembak mati dalam pertempuran sebelum 20 Mac, berkata taktik yang diguna musuh sekarang ini memerlukan pasukan keselamatan lebih berhati-hati.

"Sejak pertempuran pada 20 Mac pasukan keselamatan tidak lagi mendapat tentangan daripada penembak tepat musuh dan kami yakin kumpulan 'sniper' pengganas telah dapat ditewaskan kerana kebelakangan ini tidak ada lagi ancaman daripada kumpulan penembak tepat itu," katanya.

Sabtu, 23 Mac 2013

WAJIB TENGOK!! #LAHADDATU TERKINI!! Foto Menteri Pertahanan Kiram Di Tangkap Hidup-Hidup

WAJIB TENGOK!! #LAHADDATU TERKINI!! Foto Menteri Pertahanan Kiram Di Tangkap Hidup-Hidup




Tahniah dan syabas kepada anggota keselamatan kita baik PDRM mahupun ATM atas kejayaan mereka menangkap hidup-hidup perancang utama pengganas Sulu di Semporna dan Lahad Datu pada pagi ini.

Tertangkapnya Datuk Amir Baha@Datuk Bahang yang dianggap seorang Jeneral Perang dan Menteri Pertahanan Sulu kononnya, akan memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan yang dilakukan bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Inilah wajah pengganas yang mahu berunding dengan pihak Malaysia tempohari dan menjanjikan tidak akan berlaku keganasan, berbincang cara baik dan berjanji akan meletakkan senjata mereka. Namun rupa-rupanya mulut manis mereka menyebabkan nyawa anggota keselamatan kita melayang.



WAJIB BACA!! #LAHADDATU KOMANDER SULU DAN TALIBARUT DITAHAN..

WAJIB BACA!! #LAHADDATU KOMANDER SULU DAN TALIBARUT DITAHAN..



LAHAD DATU, 23 Mac 2013 - Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.

Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam tadi.

"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.

"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini.

Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.

Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.

Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.

Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.

Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.

Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan.

-- BERNAMA

Jumaat, 22 Mac 2013

KANTOI!!! #LahadDatu PEREMPUAN SULU BERILMU SIHIR DIBERKAS!!

KANTOI!!! #LahadDatu PEREMPUAN SULU BERILMU SIHIR DIBERKAS!!





Dalam sidang akhbar semalam, kita semua dimaklumkan yang pasukan keselamatan berjaya menembak mati seorang pengganas ketika operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu pada kira-kira 1.30 tengah hari Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut 63 orang.

Seorang militan wanita berusia lewat 40-an serta tidak bersenjata turut ditahan dalam operasi itu.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kejadian itu susulan daripada pertempuran yang tercetus pada 11.30 pagi yang menyebabkan seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.

“Susulan itu, pasukan keselamatan terus menjejaki musuh dan berlaku pertempuran di mana pasukan kita telah membunuh seorang daripada mereka serta menahan seorang wanita,” katanya.

Ketika ini di Lahad Datu heboh diperkatakan mengenai sekeping gambar yang didakwa pengganas wanita tersebut.

Tubuhnya kelihatan kurus dan tidak bermaya, pucat serta ketakutan.

Sehingga berita ini ditulis, belum ada mana-mana pihak yang mengesah atau menafikan perkara itu.

Difahamkan, pengganas wanita yang diberkas semalam juga dipercayai kuat mengamalkan ilmu hitam seperti mana rakan-rakannya yang lain.

Apapun tak kira sama ada pengganas itu secantik Siti Nurhaliza atau seseksi Angelina Jolie, atau berpenampilan seperti Mak Lampir sekalipun, yang penting dia telah diberkas!

Dia mesti diadili seadil-adilnya dan dihukum seberat-berat hukuman jika terbukti bersalah.

Tahniah pasukan keselamatan negara! mynewshub

KRISIS #LAHADDATU Majlis Peguam Bakal Bela Pengganas Sulu?!

KRISIS #LAHADDATU Majlis Peguam Bakal Bela Pengganas Sulu?!



Setakat ini seramai 108 orang telah di tahan berdasarkan Akta kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA 2012) kerana dipercayai mempunyai hubung kait dengan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah.

Laporan berita yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyebut sebahagian daripada tahan terbabit akan mula di dakwa bermula 20 Mac 2013.

Baru-baru ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah mengumumkan satu kerjasama khusus di antara Persatuan Undang-undang Sabah dengan Majlis Peguam Malaysia akan dibentuk bertujuan untuk memberi bantuan guaman kepada mereka yang terbabit.

Secara umumnya, usaha sedemikian boleh dikira baik sesuai dengan kehendak undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang mengiktiraf setiap individu yang ditahan memiliki hak untuk membela diri.

Peluang yang terbentang di depan mata ini rupanya tak terbiar lama apabila sepantas kilat disambar oleh Majlis Peguam bila mana Presidennya yang baru dilantik, Christopher Leong segera menyatakan kesanggupan untuk membela kesemua individu tersebut.

Tak pasal-pasal satu negara terpaksa menanggung malu bila dunia luar mendengar ada juga badan rasmi seperti Majlis Peguam yang sanggup menyumbang usaha membantu menyelamatkan tahanan yang mempunyai hubungan dengan para pengganas.


[Artikel Penuh]

WAJIB BACA!! #LahadDatu Pengganas Amal Ilmu Hitam, Mayat Cepat Reput

WAJIB BACA!! #LahadDatu Pengganas Amal Ilmu Hitam, Mayat Cepat Reput



Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.

Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.

Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.

"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.

Beliau berkata, ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.

"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah, Mejar Anuar Mat Zin berkata, Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.

Beliau berkata, perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.

"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.


Beliau berkata, soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.

Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam.

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan pengganas tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini.

"Menurut Islam adalah haram bagi mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat negara yang berdaulat, iaitu pemimpinnya dipilih oleh rakyat dengan kerelaan hati mereka.

"Tetapi ia dibenarkan jika kedaulatan negara terancam seperti Palestin kerana ia demi mempertahankan kedaulatan negara itu yang telah dirampas," katanya yang menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan adalah satu jihad kerana mempertahankan negara berdaulat.

Khamis, 21 Mac 2013

WAJIB BACA!! #LahadDatu PENCEROBOH DAKWA DIUPAH OLEH SESEORANG..

WAJIB BACA!! #LahadDatu PENCEROBOH DAKWA DIUPAH OLEH SESEORANG.. 


                                                                  Sabah diceroboh

TAWAU - Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.

Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.

Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.

Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas.

Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000. 

Sementara itu Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa.

Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.

Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan.


Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan 'straight jacket' seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan
berulang kali dalam bahasa Suluk.

Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod.

Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya.

Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain.

Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan 'nothing to say' (tiada apa yang hendak dicakapkan).

Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.

Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan.

Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin.

Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.

Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan.

Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini.

Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi. - Bernama

WAJIB BACA!! #LAHADDATU KENAPA PENGKHIANAT MUNCUL DISABAH?

WAJIB BACA!! #LAHADDATU KENAPA PENGKHIANAT MUNCUL DISABAH?



TENGOK VIDEO NIE... (klik) Kenapa biarkan gampang nie hadir ketika negara tengah bertarung sehingga ada wira kita yang gugur terkorban untuk memebri keamanan serta bebas dari pengganas yang menjadi sekutu boss gampang nie, penderhaka nie hadir untuk apa, tak cukup ker dia juga yang menghina pasukan keselamatan semasa bersih yang mahu undi POS dihapuskan, tidak kah ini menunjukan menidakkan hak seorang rakyat untuk mengundi terutama polis dan tentera.




Tidakkah dia menyusahkan Polis dan juga pemimpin yang terliba dalam bersih yang memukul anggota POLIS dan menterbalikan kereta Polis malah menghancurkan kenderaan tersebut? untuk apa dia hadir disana, ibarat hantar pengganas untuk selamatkan dari pengganas yang lain, halau jer dia, apa yang dia buat untuk memertabatkan kemanan negara? 

Apa kaitan yang dia kesana? Jawapan nya mudah... Balik nanti segala fitnah berkenaan Op Daulat tentu nya akan bermula, dan tentunya tunggulah bagaimana ATM dan PDRM bakal dijadikan mangsa sebagai bahan ceramah untuk dicaci maki serta di fitnah, jadi elok ler Orang Sabah halau jer pengkhianat nie balik! lu ingat takat serah poster macam nie dah boleh settle maki hamun serta fitnah lu sebelum ni? kahak ptuiii!!! haram jadah!!!

Sementara itu pagi tadi, ketika semua wartawan sibuk menyiapkan laporan mengenai insiden pencerobohan di sini, mereka dikejutkan dengan kehadiran manusia yang hampir menyerupai pengganas Sulu.

Beliau adalah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard muncul secara tiba-tiba mlepasi sekatan jalanraya bersama-sama tiga rakannya di pusat media Felda Sahabat. Dia yang yang mengatakan hadir atas kapasiti Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), menyerahkan poster sokongan terhadap perjuangan tentera dan polis dalam insiden di Kg. Tandou

Mungkin ini hanya gimik daripada parti PKR yang sudah tahu pemimpin mereka terlibat secara langsung sebagai dalang pencerobohan di Lahat Datu dan Semporna Sabah. Untuk mengalih pandangan Cikgu Bard dan pengikutnya yang pernah memaki hamun pasukan keselamatan datang kononnya menyokong.

Lantaklah lu sokong ke atau tidak dalang insiden pencerobohan ini perlu dibawa kemuka pengadilan. 

Selasa, 19 Mac 2013

WAJIB BACA!! #LAHADDATU PAS BERKATA PERAJURIT NEGARA YG TERKORBAN BUKAN MATI SYAHID

WAJIB BACA!! #LAHADDATU PAS BERKATA PERAJURIT NEGARA YG TERKORBAN BUKAN MATI SYAHID





Kerajaan mempersoal agenda di sebalik kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib yang menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu, Sabah sebagai 'syahid dunia'.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan Harun pada Sabtu lepas di Kuala Terengganu itu amat bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (Jawatankuasa Fatwa) yang menyatakan anggota keselamatan yang terkorban dalam isu pencerobohan di Sabah tergolong dalam 'syahid akhirat' kerana terkorban dalam mempertahan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan Negara.

"Yang kita rasa kesal, tentang mati syahid pun nak dipolitikkan. Nak bercanggah pula dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa. Apakah agenda sebenar pihak pembangkang? Seorang dalam kalangan pemimpin pembangkang yang mulut celupar mendakwa itu sebuah sandiwara kerajaan pimpinan UMNO.

Baca Selanjutnya DISINI

Ahad, 17 Mac 2013

#LahadDatu : KOMEN IMAM BESAR MEKAH TENTANG ANGGOTA KESELAMATAN YANG TERKORBAN DI SABAH

#LahadDatu : KOMEN IMAM BESAR MEKAH TENTANG ANGGOTA KESELAMATAN YANG TERKORBAN DI SABAH


Di bawah adalah kenyataan Syeikh Mohammad Sharif Mohammad Imrani, Imam Besar Masjid Aba'ah, Makkah tentang wira-wira negara yang terkorban di Sabah.



Malangnya, terdapat pemimpin-pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang yang menghina dan memperlekeh-lekehkan pergorbanan wira negara. Memalukan!




Pakatan pembangkang juga menerima satu lagi tamparan hebat yang pasti memalukan seluruh kepimpinan parti itu apabila membaca laporan di bawah tentang isu 'kalimah Allah' dan 'parti PAS jamin ke syurga'.

Sila baca :

Imam Besar Masjid Aba'ah, Makkah, Syeikh Mohammad Sharif Mohammad Imrani al-hafiz berkata anggota pasukan keselamatan Malaysia yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara mati syahid. 
Katanya umat Islam wajib mempertahankan negaranya daripada pencerobohan asing dan mati dalam peperangan kerana ia adalah syahid fisabilillah dan Allah SWT akan memberi syafaat kepada mereka. 
Beliau yang ditanya mengenai pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah berkata: "Saya tidak tahu siapa yang melakukannya (pencerobohan) namun kematian 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia mempertahankan negara adalah syahid." 


Syeikh Muhammad Sharif dibawa khas dari Makkah ditemui selepas memberi tazkirah yang disampaikan dalam bahasa Melayu, Inggeris serta Arab pada program 'Malam Munajat Rakyat: Gema Zikir dan Selawat' dan dihadiri hampir 5,000 umat Islam di Masjid Muadzam Shah Kuala Nerang Rabu malam. 
Beliau sebelum itu mengimamkan solat Maghrib dan solat hajat memohon Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya daripada bencana, diikuti solat Isyak. 
Program itu dianjurkan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim. 
Sheikh Muhammad Sharif berkata pergaduhan atau peperangan sesama umat Islam di akhir zaman adalah tindakan manusia yang memiliki sifat syaitan dan hendaklah dihindari oleh pengikut sebenar Nabi Muhammad SAW. 
Beliau yang turut ditanya penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia, berkata dalam Al-Quran terdapat ayat yang jelas menyatakan haram menggunakan nama Allah sebagai nama tuhan oleh bukan Islam. 

"Dalam Islam tidak boleh bandingkan nama Allah dalam Bible dan Injil. Orang Bible dan Injil bukan Islam. Macam mana hendak guna nama Allah. Perbuatan ini (guna nama Allah oleh bukan Islam) adalah syirik dan berdosa, tidak boleh buat begini," tegasnya. 
Beliau menasihatkan umat Islam Malaysia supaya memohon perlindungan Allah SWT dan mengadakan solat hajat agar umat Islam di negara ini terhindar daripada fitnah yang banyak berlaku di akhir zaman. 
"Bergaduh sesama umat adalah perbuatan yang ditegah oleh Islam. Umat Muhammad SAW adalah adik-beradik dan kita patut bersatu. Ini nasihat saya," katanya. 
Dalam tazkirahnya pula, Sheikh Muhammad Sharif menegaskan tiada parti politik boleh menjanjikan syurga atau neraka kepada umat Islam dan perbuatan mengkafirkan sesama umat juga ditegah keras oleh Islam.


"Tiada hadis atau ayat dalam al-Quran yang menyatakan menyokong sesuatu pihak atau parti politik boleh masuk syurga. Ini kerja Allah SWT, bukan boleh ditentukan oleh sesiapapun pada zaman ini," katanya. 
Sementara itu Syed Sobri berharap penjelasan Imam Besar Masjid Aba'ah itu berlandaskan al-Quran dalam soal kematian anggota keselamatan, penggunaan kalimah Allah dan menyokong pembangkang boleh masuk syurga perlu dipandang oleh umat Islam di negara. 
"Saya harap umat Islam yang hadir pada malam ini tidak lagi terpengaruh dengan dakwaan songsang pihak tertentu bersabit tiga perkara tersebut yang membawa kepada syirik," katanya.- AgendaDailySehingga ke saat ini, Lim Guan Eng DAP masih tidak menjawab isu besar kalimah Allah yang dicetuskan oleh Setiausaha Agung DAP itu.

Sabtu, 16 Mac 2013

MELAMPAU! POLIS DIMAKI HAMUN DICERCA !! #LahadDatu


MELAMPAU! POLIS DIMAKI HAMUN DICERCA !! #LahadDatu

Gambar ini adalah seorang penyokong pakatan pembangkang yang amat kurang ajar memaki hamun pihak polis yang menjalankan tugas semasa Tian Chua dihadapkan ke mahkamah kelmarin.




Kata-kata kesat penyokong pakatan pembangkang itu boleh dilihat di dalam video di bawah. Malah, kenyataan Latheefa Koya, peguam pembangkang ternyata tidak berasas kerana pihak polis telah menafikan dakwaan beliau itu.




Inilah sikap penyokong-penyokong pembangkang yang sangat kurang ajar. Tetapi kita tidak terkejut dengan sikap tersebut kerana pemimpin-pemimpin mereka sendiri bersikap kurang ajar.

Ironinya, Latheefa Koya pernah dirakam panas baran (1:55) bersama aktivis pro-pembangkang yang lain sebelum ini. Mereka telah mengganggu aktiviti pelajar-pelajar sekolah di sebuah padang dan memaki guru itu juga.

Lihat video di bawah :

Video : Aksi biadap akitivis pro-pembangkang.

Rakyat sudah nampak keburukkan parti pembangkang.

Psssttt... AKjr : Memang biaDAP sungguh Puak2 ni!!! Kurang Ajar!! Lu Langsi Lu MATI Lorrrr....

Jumaat, 15 Mac 2013

TERKINI : #LahadDatu #OpsDaulat 15 MAYAT BARU DITEMUI...

TERKINI : #LahadDatu #OpsDaulat 15 MAYAT BARU DITEMUI...




Anggota keselamatan negara telah menemui tiga kubur baru di Kampung Tanduo.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kubur-kubur itu mengandungi 15 mayat dan berada berhampiran dengan sebuah kubur besar yang ditemui di sana 10 hari lalu.

Hamza berkata dengan penemuan ini, jumlah pengganas Sulu yang telah ditembak mati oleh anggota keselamatan negara mencatat 61 orang.

“Statistik setakat ini, kita telah berjaya menembak mati 61 orang. Kita telah keluarkan 27 mayat dari tempat pertempuran dan membuat 97 tangkapan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

“Lain-lain tangkapan yang dibuat mencatat 233 orang,” kata beliau semasa satu sidang media di sini.

Sementara itu, Hamza berkata polis percaya ada hanya 10 lagi mayat pengganas yang belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu.

“Mayat-mayat itu berada dalam keadaan yang teruk tetapi kita akan keluarkan juga.”

Rabu, 13 Mac 2013

Isu #LahadDatu: Jeneral PKR pertikai kemampuan ATM, anggap pemimpin ATM bodoh.

Isu #LahadDatu: Jeneral PKR pertikai kemampuan ATM, anggap pemimpin ATM bodoh.



Ops Daulat terus berlanjutan walaupun ia sepatutnya memakan masa sehari sahaja kerana ketiadaan risikan taktikal lengkap oleh pasukan pertahanan, kata mantan timbalan panglima Tentera Darat Malaysia Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.

Menurutnya, maklumat risikan taktikal yang lengkap akan membolehkan pasukan keselamatan negara mengekang kemaraan pengikut Jamalul Kiram III daripada menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu sewaktu pencerobohan mula berlaku. "Kalau kita tahu bagaimana taktik musuh, walaupun dia masuk dengan 200 orang dia tidak akan sempat berada di (Kampung) Tanduo atau berada di pinggiran (Kampung) Tanduo.

"Jadi saya rasa operasi dijalankan tanpa risikan taktikal kerana ia berpanjangan sampai ke hari ini," katanya dalam forum 'Solidariti Lahad Datu' di Kuala Lumpur malam tadi. Ops Daulat dilancarkan polis dan tentera Malaysia pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.

Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan sembilan anggota keselamatan negara terkorban dan 57 orang penceroboh terbunuh sehingga ke hari ini. Menurut Ghafir, rakyat Malaysia wajar mendesak kerajaan memohon maaf atas "kegagalan mereka bertindak" dalam insiden itu. "Sepatutnya kita perlu bangkit dan memohon kerajaan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Khususnya rakyat Sabah kerana kegagalan mereka bertindak menyebabkan lapan (kini sembilan orang) daripada anggota pasukan keselamatan telah meninggal dunia," katanya. Beliau menganggap secara keseluruhannya operasi tersebut gagal menawan, meneutralkan ancaman atau memusnahkan penceroboh. "Jadi bagi saya, operasi ini sehingga kini adalah satu kegagalan mutlak," katanya sambil menambah ia kini mempunyai "banyak objektif politik".

Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar yang turut menjadi ahli panel pula menggariskan cabaran media dalam menangani "demam nasionalisme dan patriotisme" susulan insiden tersebut. "Media umumnya termasuk Malaysiakini sedang berhadapan dengan demam patriotisme dan nasionalisme, iaitu demam di mana mempersoalkan tindakan pihak berkuasa keselamatan dan ahli politik dianggap tidak patriotik dan berpihak kepada Manila, kepada sultan Sulu.

Baca Selanjutnya DISINI

Psssttt... AKjr: Apa punya Jeneral la ini orang??? Memperlekehkan Usaha2 yang dilakukan oleh ATM dan PDRM adalah satu sikap yang biadap dan amat mendukacitakan.. Seorang Jeneral yang pernah berkhidmat untuk Negara sepatutnya dia memberi sokongan, galakan, dan idea dengan mengikut tatacara dan saluran yang betul... BUKAN CARA MCM INI!! MANA HILANGNYA PROFESIONALISME ANDA TUAN JENERAL??? Apabila dia menyertai PKR, semua SALAH, TAK BETUL.. usaha2 yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa yang selama ini telah menjaga keamanan Negara kita.. SUNGGUH MALANG JENERAL INI!!

TERKINI!! #LAHADDATU PAKATAN TAK HABIS-HABIS NAK MEGHINA PASUKAN KESELAMATAN KITA!


TERKINI!! #LAHADDATU PAKATAN TAK HABIS-HABIS NAK MEGHINA PASUKAN KESELAMATAN KITA!


Sayu dan sedih aku bila melihat jenazah Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah yang gugur keran diserang hendap oleh pengganas yang tak berhati perut Sulu. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau dan semua yang terkorban dalam tragedi yang sedang berlaku di Sabah.

Jangan dilupa apa yang berlaku hari ini adalah kerana kerakusan Anwar Ibrahim! Banyak sudah kita dedahkan link Anwar dan pengganas Sulu ini. Bajingan bernama Anwar memang tak boleh dimaafkan, dia mesti ditolak habis-habisan. Satu siasatan terperinci wajar dilakukan.

Setakat hari ini, aku tengok reaksi pembangkang bukan nak menyokong malah menghina semua perajurit yang terkorban di Sabah demi mempertahan tanahair tercinta. PAS dan DAP langsung tak bersuara terus membisu.

Yang paling aku tak boleh belah ialah PAS dok sibuk adakan solat hajat untuk PRU dan bukan solat hajat untuk negara diselamatkan! Apa nak jadi dengan parti pembangkang kita ni? Inikah rupa nak manjadi kerajaan? Dalam bab keselamatan pun mereka nak politikkan ke>? Bangsat betul pakatan pembangkang negara kita ni.

Dari Tian Chua hingga ke cikgu gila terus-terusan menghina dan memperlekehkan pasukan keselamatan kita. Persoalannya sekarang ni, bila manusia bangsat ini semua nak sedar? Negara kita diserang pengganas, maka menjadi tanggungjawab kita untuk berdoa semoga negara kita ni selamat bukan mencerca dengan pelbagai macam tuduhan.

Jangan lupa kalau tak kerana Ketua Pembangkang yang mereka sanjungi tu menjadi dalang insiden ini maka takde la kita kena tengok tragedi sebegini. Sedarlah wahai penyokong Pakatan! Sayangilah negara dan tolak manusia bernama Anwar Ibrahim! Selamatkan Malaysia dari dajjal ini!

Bila kerajaan beli senjata canggih, maka berkoko la Pakatan kata kerajaan nak membazir duit! Bila nak diganti Nuri yang dah usang maka menjerit-jerit la si Tony Pua agen Singapork tu suruh jangan! Sekarang korang kena faham kenapa kita perlu senjata dan peralatan yang canggih bukan? Jangan kata zaman sekarang takde perang wei.

Sekarang ni jenis serangan pun sudah lain macam, yalah dah orang Malaysia sendiri yang jadi dalang untuk serang kan? Kadang-kadang aku fikir puak Pakatan dah memang merancang lama benda ni, sebabnya mudah saja, mereka tak nak kerajaan beli peralatan canggih dan tau-tau negara dah kena serang dengan pengganas upahan mereka!

Betul tak?

Fikir-fikirkanlah!