SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label BANGLA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BANGLA. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Julai 2013

#PRKKualaBesut : Selepas Orang Bangladesh, Orang Siam Pula Yang Akan "MENGUNDI"........?

#PRKKualaBesut :  Selepas Orang Bangladesh, Orang Siam Pula Yang Akan "MENGUNDI"........?



Jika pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 rakyat dimomokkan dengan cerita pengundi hantu berketurunan Bangladesh yang sehingga kini tiada kesahihannya, maka tidak mustahil pembangkang akan mula meracuni pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut akan wujudnya pengundi hantu berketurunan Siam pula. 

Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Datuk Wan Salleh berkata, beliau tidak menafikan bahawa telah kedengaran desas-desus kononnya terdapat mengundi Siam bakal mengundi di PRK kelak. 

"Ini memang telah menjadi alasan lazim pembangkang bila mereka rasa akan kalah atau membuat persediaan sekiranya kalah. Sepatutnya mereka kena buktikan sekarang siapa daripada daftar pemilih yang dikatakan orang tidak layak mengundi atau pengundi hantu. 

"Bukan sebar fitnah dan kemudiannya apabila mereka kalah mereka akan mainkan isu ini sama seperti apa yang terjadi pada PRU-13. Mereka buat perhimpunan haram 505 kononnya PRU tidak telus dan terdapat pengundi Bangladesh tetapi sehingga kini mereka tidak mampu membuktikan dakwaan tersebut," ujarnya kepada UMNO-Online. 

Walau apapun ujar Ahmad Farid, beliau yakin bahawa pengundi di di Kuala Besut akan membuat pilihan tepat dan mengulangi keyakinan mereka terhadap BN sepertimana yang mereka terjemahkan di peti undi semasa PRU-13 yang lalu. 

Tambah beliau lagi, pengundi Kuala Besut bukanlah objek yang boleh pembangkang 'gula-gulakan' kerana mereka sentiasa yakin dengan kredibiliti BN sepanjang memerintah Negara ini. 

"Saya penuh yakin bahawa BN akan mampu mengekalkan kerusi di DUN Kuala Besut ini. Walaupun pembangkang akan cuba pelbagai taktik untuk meracuni fikiran pengundi di sini namun saya percaya kepada para pengundi Kuala Besut yang matang dan mampu menilai kebenaran," ujarnya lagi.

Ahad, 5 Mei 2013

PANAS BERAPI!! #PRU13 ORANG BANGLA MENGAMOK, BEKAS STAF HQ PKR SAHKAN CIPTA IC PALSU...

PANAS BERAPI!! #PRU13 ORANG BANGLA MENGAMOK, BEKAS STAF HQ PKR SAHKAN CIPTA IC PALSU...


Kami terkejut membaca komen-komen ini...

RAHSIA PKR UPAH ORANG BANGLA AKHIRNYA TERBONGKAR

TERBONGKAR DENGAN SENDIRINYA :BEKAS STAF PKR DI PETALING JAYA SAHKAN IBU PEJABAT PKR BUAT IC PALSU

Psssssttt... AKJr Memang CILAKA PKR!!! MAIN KOTOR!! JGN HARAPLA NK RAMPAS PUTRAJAYA!!

INFO #PRU13 : RAHSIA PKR BOCOR PENGUNDI HANTU BANGLA, MYANMAR DAN INDON DISEDIAKAN OLEH PKR SENDIRI.. #TOLAKPR #VOTE4BN

INFO #PRU13 : RAHSIA PKR BOCOR PENGUNDI HANTU BANGLA, MYANMAR DAN INDON DISEDIAKAN OLEH PKR SENDIRI.. #TOLAKPR #VOTE4BN



PKR UPAH BANGLA INI KEMUDIAN DIA JUGA PURA-PURA TANGKAP BANGLA INI SEMULA, KEMUDIAN TUDUH BN,


Sana-sini media trooper Pakatan terutama PKR memomokkan kononnya BN memberikan IC palsu untuk mengundi hari ini. Pihak kami berjaya mengesan modus operandi PKR di Kota Kemuning Shah Alam dan Pantai Dalam sebentar tadi.


PKR UPAH BANGLA INI DAN BERI IC PALSU KEMUDIAN HANTAR KE PUSAT MENGUNDI KEMUDIAN PURA-PURA TANGKAP

Rupa-rupanya Anwar telah mengarahkan jentera PKR supaya mencari seramai mungkin orang-orang Bangla, Mynmar dan Indonesia yang baru sampai di Malaysia. Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya telah mencetak beribu-ribu Kad Pengenalan Palsu dan menyerahkan kepada mereka dan wang sejumlah RM500 seorang.

Mereka yang diupah PKR akan pergi ke Pusat-Pusat Daerah Mengundi hari ini, berbaris dan kemudian orang-orang PKR tadi pura-pura menangkap mereka kononnya mereka berjaya menangkap pengundi hantu. Padahal mereka yang sediakan pelakon-pelakon pengundi hantu itu. Rakyat Malaysia ditipu dan tertipu!

PROPAGANDA JAHAT= DIA UPAH BANGLA, DIA KASI IC PALSU, DIA BAWA KE PDM, KEMUDIAN DEPAN ORANG RAMAI DIA PURA-PURA TANGKAP

Ulasan kita:

Puak pembangkang ini ingat Rakyat Malaysia bodohkah nak percaya modus operandi mereka. Bangla-bangla ini yang baru sampai 2-3 hari atau 2-3 minggu lalu, bagaimana mereka hendak mengundi jika nama tiada dalam pendaftaran? Propaganda Anwar dan Pakatan ini betul-betul Third Class punya propaganda!

Mereka semua desperate dan tak dapat menerima hakikat bakal kalah besar, maka Anwar mengarahkan cipta propaganda murahan ini. 

SPR kena alert di PDM kerana PKR sedang menghantar Bangla, Mynmar dan Indon dengan memberikan IC Palsu dan wang RM500. Mereka akan salahkan SPR!

*** Bangla-Bangla, Mynmar dan Indon yang terpedaya dengan tipu helah PKR kini berada di Balai Polis Briecfield, Ibu Pejabat Polis Shah Alam dan dua orang di Ibu Pejabat Polis, Putrajaya.

*** Pihak SPR telah dimaklumkan hal ini dan Press Conference akan diadakan tidak lama lagi.

(Sumber: Intelligence))