SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label MAT SABU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAT SABU. Papar semua catatan

Ahad, 24 November 2013

INFO @ AKjr: SEPERTI DIJANGKA MAT SABU MENANG PEMILIHAN PAS 2014, PERJUANGAN ULAMA' PAS HAMPIRI PENAMAT!!

INFO @ AKjr: SEPERTI DIJANGKA MAT SABU MENANG PEMILIHAN PAS 2014, PERJUANGAN ULAMA' PAS HAMPIRI PENAMAT!!



Seperti dijangka, perwakilan Pas tetap memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua berturut turut selepas menewaskan pencabar tunggalnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti kecil 98 undi.

Mat Sabu diumumkan menang dengan memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mendapat 490 undi.

Nampaknya Para perwakilan Pas tetap mahukan seorang yang bukan dari kalangan ulamak untuk mengisi kerusi no 2 dalam Pas..

Keputusan Pemilihan PAS 2014;

Presiden : Hadi Awang


Timbalan Presiden : Mat Sabu

Naib Presiden : Keputusan akan diumumkan esok
[apakah sedang berlaku 'jual beli?']


AJK PAS Pusat;

1. Ustaz Idris Ahmad
2. Mazlan Aliman
3. Nizar Jamaluddin @ Nizar Lambai
4. Amiruddin Hamzah Kedah
5. Dr Hatta Ramli
6. Ustaz Nasruddin Hassan
7. Nik Abduh anak Nik Ajis
8. Mujahid Yusof Rawa
9. Dr Dzulkifly Ahmad
10. Hanipa Maidin
11. Datuk Kamaruddin Jaafar
12. Nik Zawawi Salleh
13. Khalid Samad @ Khalid Gereja
14. Dr Syed Azman
15. Dr Ridhuan Md Nor
16. Dr Mahfodz Mohamed
17. Dr Siti Mariah
18. Ustazah Nuridah Salleh

Sabtu, 2 November 2013

PANAS TERIK!! FAKTA #PRKSgLimau : PAS menang, Phahrolrazi dan Mat Sabu Syiah yang SENANG?!!

PANAS TERIK!! FAKTA #PRKSgLimau : PAS menang, Phahrolrazi dan Mat Sabu Syiah yang SENANG?!!



Memang senang untuk bercakap apa sahaja, terutamanya apabila orang yang disebut-sebut itu sudah meninggal dunia. Kami pun boleh mengaku anak saudara Ustaz Azizan dan beliau mewasiatkan agar mengundi BN sejurus sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir. 

Agak-agaknya kalau ada penyokong BN yang berkata begitu, apa reaksi PAS? Sudah tentu PAS akan halakan 1001 peluru fitnah dan tohmahan ke kepala individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Dan kami pasti ianya tidak akan berhenti sehinggalah individu tersebut lemah dan akur untuk membuat kenyataan media bersama PAS bagi menafikannya dan menuduh kembali BN sebagai dalang. Tipikal.

Begitu jugalah dengan calon PAS kali ini. Bukannya susah sangat hendak buktikan yang anda benar-benar mempunyai pertalian darah atau pernah berguru dengan Arwah bukan? Kalau tidak dapat buktikan dengan dokumen keluarga yang sah, cuba tampilkan walau sekeping gambar peribadi yang anda pernah bersama dengan Arwah Ust. Azizan? Tidak susah bukan kalau apa yang didakwa itu benar.

Dan pastinya anda juga tidak mempunyai masalah untuk menjelaskan kenyataan anak didik Imam Syiah se-Malaysia iaitu Mat Sabu yang mencerca Arwah Us Azizan bukan?


Khamis, 18 April 2013

WAJIB BACA!! KISAH MAT SABU DAN MAHFUZ DICERITAKAN...

WAJIB BACA!! KISAH MAT SABU DAN MAHFUZ DICERITAKAN...



Memang perangai puak-puak PAS ni, terutama sekali pecacainya jenis yang makan kepala taik. Jenis bodoh tak boleh diajar. Jenis belajar alif, ba, ta tapi sembangnya mengalahkan orang belajar ilmu Ketuhanan tahap Muntahi. Kalau bab mengata kat orang terutama sekali UMNO, merekalah yang paling kuat dan paling laju. Kadang-kadang lebih laju cakap dari berfikir. 

Barangkali itulah sebabnya, Allah Taala malukan parti itu dengan SPENDERSTOPA yang sekarang ini cukup kalut CUBA ditepis oleh pecacai dan pemimpin PAS dengan alasan paling bangang, termasuklah alasan yang kononnya dituturkan oleh isteri Cikgu Pa, Setiausaha Agung PAS itu jenis tak pakai seluar dalam!

Paling melucukan sekali ialah apabila Hadi Awang, Presiden PAS mengeluarkan doktrin baru, sesiapa sahaja yang menonton klip video tersebut, mereka akan berdosa manakal Mustafa Ali pula akan mendapat pahala yang berkekalan serta berpanjangan. 

Kelakar jenis apalah agaknya Presiden PAS itu cuba lakukan?

Sebabnya, dalam satu masa, dia cuba menafikan bahawa individu di dalam video berkenaan adalah Mustafa Ali, namun pada masa yang lain, dia membenarkan dakwaan bahawa individu di dalam klip video tersebut adalah Mustafa Ali berdasarkan 'pahala yang bakal diterimanya'. 

Kita tidak mahulah mengulas panjang tentang klip video lucah yang dibuat oleh PKR untuk mengenakan Setiausaha Agung PAS itu kerana masalah politik dalaman Pakatan Rakyat, atau lebih tepat lagi, cubaan PKR untuk mengurangkan jumlah kerusi yang ditandingi oleh PAS di Terengganu khususnya. Apatah lagi, cubaan untuk mempersalahkan UMNO dan Barisan Nasional, nampaknya telah gagal sepenuhnya apabila dua orang suspek yang ditangkap sehari selepas suspek pertama ditangkap ketika sedang mengedarkan VCD yang mengandungi klip video lucah Mustafa Ali di Besut, ditahan polis.

Kita berbalik kepada perkara pokok!

Pecacai Pakatan terutama sekali pecacai PAS cuba merendah-rendahkan dan memperlekehkan beberapa orang pemimpin UMNO Kedah termasuklah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato' Paduka Ahmad Bashah Hanipah. Konon tuduh mereka, Mat Bashah ni tak ada kelayakan akademik melangit macam Azizan Abdul Jalil atau Phahrolrazi Zawawi mahupun Amiruddin Hamzah. Konon kata mereka lagi, Mukhriz tidak sesuai untuk jadi MB Kedah sebab dia anak aristokrat dan tak boleh sesuaikan diri dengan rakyat marhein.

Justeru kata mereka lagi, Ahmad Bashah tidak layak menjadi Menteri Besar Kedah kalau UMNO-BN menang nanti. 

Lawak standard jadah manalah agaknya yang mereka gunapakai?


Tidakkah para pecacai PAS itu sedar bahawa Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang akan bertanding di Pendang dan Pokok Sena terdiri daripada orang yang keciciran sekolah serta tiada sebarang latarbelakang akademik. Dan sekalipun usia penyertaan mereka dalam politik perdana dan setempat, mungkin sebaya dengan Mat Bashah, namun bakti khidmat Mat Bashah kepada penduduk dan pengundi-pengundi yang diwakilinya, jauh lebih hebat dan mantap berbanding kedua-duanya. 

Itulah sebabnya, para pecacai PAS langsung tidak berani menyebut, apakah sumbangan Mahfuz Omar kepada pengundi-pengundi dan penduduk Pokok Sena. Itulah sebabnya, Harakah yang menjadi suara rasmi PAS juga tidak berani hendak menulis tentang sumbangan Mat Sabu di beberapa Parlimen yang pernah diwakilinya sebelum ini.

Kalau setakat pandai berceramah, buat lawak bodoh bagi orang gelak, kemudian usung tabung tin Milo di tengah-tengah orang ramai untuk mendapatkan derma jihad kononnya tetapi kemudian wang derma tersebut diselewengkan sepertimana yang ditunjukkan oleh Setiausaha Agung PAS dalam klip video SPENDERSTOPAnya yang terkenal, itu bukannya nama berbakti dan membantu masyarakat. 

Sebaliknya, itulah yang dikatakan menyalahgunakan kepercayaan orang ramai! Itulah juga dikatakan, MENIPU PENYOKONG SENDIRI!

Tiada gunalah sebenarnya kaum pecacai hendak melaga-lagakan kepimpinan UMNO Kedah khususnya. Sama ada Mat Bashah atau Mukhriz yang akan jadi Menteri Besar Kedah, tunggu sehingga keputusan diumumkan. Masa itu, kita akan dapat tahu, siapa Menteri Besar Kedah.

Daripada mereka sibuk memikirkan tentang UMNO dan masalah kepimpinan (kononnya), bukanlah lebih baik mereka tumpukan penyelesaian tentang konflik dalam PAS yang sedang memuncak sekarang di Kedah khususnya. Mengapa mereka tidak mahu melaporkan tentang usaha-usaha berterusan Phahrolrazi untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak? Mengapa mereka tidak mahu bercerita langsung kaitan Amiruddin Hamzah dengan KUIN yang sudah menjadi bangkai berulat yang langsung tidak berguna kepada masyarakat dan penduduk negeri, tetapi telah menjadi beban hasil daripada kepincangan dan keserakahan pemimpin PAS dan kebodohan pengurusan institusi pengajian berkenaan yang menjadikan KUIN sebagai harta pusaka mak bapak dia untuk dibahagi-bahagikan sesama kaum kroninya.

Kelulusan akademik pemimpin UMNO pulak yang hendak dipertikaikan oleh para pecacai PAS ini… bukankah lebih baik kalau mereka sendiri cerminkan diri dulu. Cuba tanya pula, mengapa Nik Abdul Aziz diangkat setinggi itu dan dimuliakan bagai Ayatollah Ruhollah Khomeini yang sama-sama pernah menghina Nabi s.a.w, isteri-isteri baginda, para Sahabat r.a dan ahli keluarga Nabi s.a.w (Ahlul Bait)? Apa pula latar belakang akademik Nik Abdul Aziz sehinggakan dia dikatakan faham agama, walaupun bidang pengajiannya dahulu HANYALAH Bahasa Arab dan TIDAK LULUS PULAK TU.

Nak kata ke orang, tengok dulu diri sendiri, wahai sekalian pecacai Pakatan!