SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label 1MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1MALAYSIA. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Mei 2013

INFO @ AKJr : Kod Rahsia Anwar Untuk Menghuru Hara Malaysia DiBongkar!! #TolakPR #1Malaysia

INFO @ AKJr : Kod Rahsia Anwar Untuk Menghuru Hara Malaysia DiBongkar!!  #TolakPR #1Malaysia



DRP: PATHFINDER- FORCE 136.
KPD: 0 BRVO .
SK: X .
MAKLUMAT : CC .

1 . Maklumat mengenai kod-kod tarikh yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang kepada rakyat Malaysia berkait dengan kegiatan atau aktiviti 'hidden hand' di Malaysia.

2. Kod yang digunakan adalah tarikh dan merujuk terus kepada kod warna pakaian semasa revolusi jalanan

3. Kod : 505, 105 , 135, 508 , 510

505 - 5 mei- pilihanraya PRU13
805 - 8 mei - perhimpunan Anwar di Kelana Jaya
105 - 10 mei - Demo haram serang pejabat SPR di Putrajaya
135 - 13 Mei
508 - 5 ogos
510 - 5 oktober

4. Perhimpunan revolusi melalui jalanan (non violent war) ini telah di asaskan oleh Gene Sharp. Mereka menggunapakai 198 modul operandi yang telah digariskan oleh Gene Sharp untuk diaplikasikan di Malaysia, antaranya :
perhimpunan jalanan
duduk bantah
baring di atas jalanraya
berkhemah di dataran merdeka
memberi bunga kepadah pengawai keselamatan
demontrasi 
membuat huru hara di kawasan bandar
menggunakan logo berlambang 'tangan' (BERSIH)
menggunakan perkataan 'occupy' 
warna kod pakaian (BERSIH - KUNING, ANTI LYNAS - HIJAU, TUKAR - MERAH)

Baca Selanjutnya DISINI

Rabu, 10 April 2013

EKSKLUSIF # PRU13 : Confirm Dah Tarikh Undi PRU13 #1Malaysia #TolakPR #GE13

EKSKLUSIF # PRU13 : Confirm Dah Tarikh Undi PRU13 #1Malaysia #TolakPR #GE13


Bukan lagi rahsia dan teka teki untuk seluruh rakyat Malaysia Berikut maklumat² penting untuk seluruh rakyat Malaysia ketahui.


Penamaan Calon : 20 April 2013 (Sabtu)
Pengundian Pos : 30 April 2013 (Selasa)
Hari Pengundian : 5 May 2013 (Ahad)

Jumaat, 29 Mac 2013

PANAS TERIK!! Lagi Panglima Kiram Mati Ditembak Mampus #LahadDatu #1Malaysia @PDRMsia

PANAS TERIK!! Lagi Panglima Kiram Mati Ditembak Mampus #LahadDatu #1Malaysia @PDRMsia




Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengawal ilmu hitam mati ditembak selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi pemeriksaan di sebuah rumah di Lorong 4, Kampung Simunul, Semporna, Sabah hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, anggota keselamatan yang ditetak menggunakan parang bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan kerana dilindungi oleh vest dan perisai keselamatan.Sumber memberitahu, pengganas lelaki berusia 60-an itu bertindak menyerang pasukan keselamatan semasa memeriksa rumah yang didiaminya bersama dua wanita termasuk seorang dipercayai isterinya.

Beliau berkata, kedua-dua wanita berusia 30-an dan 50 tahun termasuk seorang cacat ditangan turut diberkas.

"Ketika pemeriksaan dijalankan oleh pasukan keselamatan terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di rumah berkenaan, panglima itu tiba-tiba keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari luar.

"Suspek terus meluru ke arah seorang anggota pasukan keselamatan dan menetak mangsa dengan parang barong secara bertubi-tubi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber berkata, tindakan ganas lelaki itu memaksa anggota keselamatan melepaskan tembakan ke arahnya menyebabkan suspek mati di tempat kejadian.

Menurutnya, seorang daripada dua wanita yang berada di rumah tersebut cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam air tetapi dapat ditangkap oleh pasukan keselamatan.

Dalam masa yang sama, katanya, anggota keselamatan memberkas empat lagi lelaki berusia 20 hingga 30 tahun disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Kiram di sebuah kawasan di Lorong 5 iaitu tidak jauh dari rumah panglima yang ditembak itu.

"Berdasarkan maklumat awam dan risikan, lelaki yang ditembak dan beberapa suspek yang ditahan terlibat dalam aktiviti pengganas Kiram.

"Suspek merupakan seorang yang sangat digeruni kerana mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kampung tersebut, selain aktif dalam aktiviti keagamaan," ujarnya.

Sumber berkata, walaupun aktif dalam aktiviti keagamaan, suspek juga difahamkan turut mengamalkan ilmu hitam dan syirik terutama ramalan nombor ekor.

Katanya, kesemua yang ditangkap termasuk dua wanita terbabit kini disiasat lanjut mengikut Akta Keselamatan Khas (Langkah-Langkah Keselamatan) 2012 (SOSMA).

Khamis, 28 Mac 2013

WAJIB TONTON!! [Video] Tragedi #Memali Yang Belum Pernah Ditayangkan #1Malaysia #TolakPR

WAJIB TONTON!! [Video] Tragedi #Memali Yang Belum Pernah Ditayangkan #1Malaysia #TolakPR





SEMUA INI SALAH AMANAT HAJI HADI AWANG




Kenyataan yang sukar untuk diterima oleh ramai penyokong tegar PAS. Dalam pertempuran menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai perisai bahagian hadapan (menyonsang dari prinsip peperangan dalam islam, sepatutnya lelaki di hadapan) Di zaman nabi dulu, jika dalam peperangan kaum wanita ini akan menjadi pemukul gendang dibahagian belakang untuk membakar semangat para pejuang dibahagian hadapan. Tapi insiden Memali telah menunjukkan PAS tidak rasional.

Insiden Memali dan Lahad Datu bagi aku tidak jauh berbeza, kedua-duanya terjadi akibat penglibatan pengkhianat negara. Nyawa manusia tidak lagi bernilai. Jelas dalam video polis bertindak tenang untuk menyuraikan org kampung, tapi mereka yg mula bertindak aggresif.

Temubual dengan bapa Ibrahim Libya: Bapanya tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yg berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. Bapa Ibrahim Libya tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.

Anda juga boleh muat turun PDF 'KERTAS PUTIH MEMALI' http://library.perdana.org.my/Digital_Content/PLF/WHITE-PAPERS/1006335.pdf