SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Jumaat, 31 Mei 2013

INFO @ AKJr : Pemilihan UMNO Kali ini 146,500 Ahli Akar Umbi Akan Terlibat..

INFO @ AKJr : Pemilihan UMNO Kali ini 146,500 Ahli Akar Umbi Akan Terlibat..


KUALA LUMPUR - Buat pertama kali dalam sejarahnya, Umno sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik, melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti.

Beberapa fakta berikut yang muncul setelah tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai:

* 146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.

* Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.

* Syarat untuk bertanding AJK bahagian ialah telah menjadi anggota parti selama tiga tahun.

Sebelum pindaan perlembagaan parti, jawatan tertinggi parti memerlukan seseorang yang mahu bertanding terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 bahagian Umno iaitu:

* Presiden - 30 peratus atau sokongan daripada 57 bahagian

* Timbalan Presiden - 20 peratus atau 38 bahagian

* Naib Presiden - 10 peratus atau 19 bahagian

* Anggota Majlis Tertinggi - 5 peratus atau 10 bahagian

* Ketua Pemuda - 20 peratus atau 38 bahagian

* Ketua Wwanita - 20 peratus atau 38 bahagian

* Ketua Puteri - 20 peratus atau 38 bahagian

Selain itu, untuk jawatan naib bagi ketiga-tiga sayap parti itu pula, hanya perlu mendapat sokongan sebanyak 28 bahagian atau 15 peratus.

Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah perwakilan mampu menunjukkan kematangan mereka dalam proses pemilihan kali ini?

Menurut penganalisis politik Dr Ibrahim Ghafar, ramai yang memerhatikan sama ada dengan penghapusan kuota itu, jawatan tertinggi akan turut direbut oleh sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka layak.

"Jika itu terjadi tidakkah pemilihan Umno akan menjadi pentas bagi berhibur dan sesuka hati menawarkan diri atau mencuba nasib kalau-kalau terpilih atau ada yang ditaja oleh pihak luar yang mahu rakyat melihat Umno sebagai sebuah parti sarkas?," tanya beliau.

Ibrahim berkata banyak orang banyaklah pandangan peribadi termasuk mereka yang serius menawarkan diri setelah layak kerana sudah menjadi AJK bahagian dan mahu menempa nama dalam sejarah dengan bertanding sebagai presiden Umno atau timbalannya.

"Mudah-mudahan ini tidak akan terjadi dalam parti keramat bagi orang Melayu ini.

Namun kita harus lihat kemungkinannya kerana sekarang tiada lagi sebarang halangan apa pun," katanya, yang percaya jumlah kuota sokongan tertentu masih perlu diterapkan.

"Bagaimana pula kalau ada 100 atau 1,000 anggota mencalonkan diri.

Tidakkah menimbulkan masalah teknikal bagi jawatankuasa pemilihan? Jika ini terjadi dari mana Umno akan menggamit kekuatan dan kesepaduan sokongan kepada pucuk
pimpinan?" tambah beliau yang mengakui risau.

Mengakui bahawa pandangannya agak terlambat disuarakan, beliau percaya masih ada ruang dan masa bagi jawatankuasa pemilihan parti untuk memperkemas syarat atau peraturan tambahan yang logik untuk membolehkan penawaran diri sebagai calon.

Ibrahim berkata banyak cara lagi boleh dibuat untuk mencerminkan amalan demokrasi yang telus dan meluas dalam parti dan satu daripadanya telahpun dipersetujui iaitu membenarkan pemilihan langsung oleh 146,500 anggota.

Menarik juga untuk diperhatikan ialah adakah pindaan perlembagaan yang membolehkan anggota yang sebegitu ramai terlibat dalam pemilihan akan mampu menghapuskan secara total gejala politik wang?

Penganalisis politik Che Hamdan Che Mohd Razali berkata gejala politik wang mampu dikurangkan apabila Umno menambah jumlah perwakilan kepada 146,500 orang pada pemilihan kali ini.

"Ini selaras dengan apa yang dikehendaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun seperti lazimnya sesuatu yang baharu seperti pindaan kepada perlembagaan ini contohnya akan memerlukan masa untuk menghapuskan sepenuhnya politik wang," katanya.

Beliau berkata ia boleh menjadi langkah yang berkesan menghapus politik wang asalkan ada pemantauan yang ketat manakala jumlah perwakilan yang banyak itu juga dengan sendirinya menyukarkan pihak yang berniat melakukannya kerana pastinya tidak mampu dijangkau.

Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu itu berkata sekali gus persepsi kroni atau nepotisme yang dilemparkan kepada Umno kini diserahkan kepada perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan parti.

"Sekiranya selepas pemilihan masih ada suara-suara yang menyatakan Umno mengamalkan nepotisme atau kroni, ini adalah salah perwakilan kerana mereka yang memilih langsung," katanya. - bernama

1 ulasan:

  1. suatu hari ah jib jumpa dong zhuang. maka berlakulah perbualan.
    dong zhuang : si u ah jib (dalam hati mampus u ah jib).
    ah jib : see you to. you are so marvelous ... I like you. I love you. You are so kind.
    dan dengan penuh teruja dan kasih sayang yang amat dipeluknya dong zhuang. sambil berulang-ulang berkata : "I love you ..."
    sambil tersenyum gembira ah jib memandang muka dong zhuang. dan dong zhuang memandang ah jib dan membalas dengan senyum sinis dan mencebik dengan sekilas.
    melihat senyuman dong zhuang itu ah jib merasa cukup gembira dan bangga. merasa seakan dunia dia yang punya. tidak ternampak pun cebikan dari dong zhuang. betapa gembiranya dia. dan dengan penuh ceria dia mengambil wang sejumlah RM 10,000.00 yang dibawanya dari rumah dan dengan penuh gembira diberinya ke pada dong zhuang. Duit itulah satu-satunya yang dia ada dan tiada berbaki lagi.
    Ah jib bertanyanya kepada dong zhuang, "cukup tak ... er I yakin you tak cukup ... tak apa ..."
    Ah Jib memandang kepada mamat disebelahnya dan berkata, "Mat RM berapa you ada".
    Sahut Mamat, "kejap saya cuba tengok dalam dompet saya"
    Mamat pun mengeluarkan dompet dari poket seluarnya. Setelah mengeluarkan semua wang dalam dompetnya termasuk duit syiling, duit lama zaman maharaja melaka ... dan mengira-ngira maka dapatlah jumlah semuanya RM 1,000.00. Mamat pun memberitahu Ah Jib jumlah wang yang dia ada.
    Dengan pantas Ah Jib berkata, "Er ... itu tak cukup Mat ... apa lagi yang kita ada ..."
    Ah Jib memandang keliling, dan dia ternampak sebuah kereta wak segan buruk yang dinaikinya tadi bersama Mamat.
    "Hah itu pun dia ...", kata Ah Jib.
    Dengan tersenyum gembira Ah Jib berkata kepada Dong Zuang, "Hem ... nih saya tambah RM 1,000.00 dan kereta ini hadiah persahabatan saya kepada kamu Dong Zuang.
    Dong Zuang hanya tersenyum sinis memandang Ah Jib. Gembira tak terkata Ah Jib melihat senyuman Dong Zuang hatinya berdetuk-detap.
    Ah Jib kemudiannya berpaling kepada Mamat, dan berkata, "Mat perjalanan kita masih jauh ... jom kita pergi ... "
    Kemudiannya Ah Jib memandang mesra kepada Dong Zuang dan berkata, "Terima kasih kerana sudi menerima pemberian saya"
    Ah Jib kemudiannya berkata kepada Mamat, "Hah Mat apa kita tunggu lagi jomlah"
    Mamat pun berkata, "Kita mahu meneruskan perjalanan ini dengan apa, semua wang kita dah beri kepada dong zuang, kereta kita pun dah kita beri kepada dong zuang, yang kita tinggal hanya kudrat empat kerat dan kaki yang dah tak larat dan kita perlu wang untuk isi minyak dan untuk isi perut."
    Ah Jib pun berkata kepada Mamat, "Ah ... itu small matter sahaja ... dong zuang kang ada kita buleh minta tolong dia"
    Ah Jib pun memandang kepada dong zuang dan berkata, "tentu kamu buleh tolong saya ... kerana kamu saya kenal sebagai orang yang amat baik."
    Dong zuang pun berkata, "Saya buleh tolong kamu ... tetapi jika wang yang kamu minta ... kamu kenalah bayar balik dan bunga untuk pinjaman tu saya tetapkan sebanyak 10% ... kereta yang saya ada tu saya buleh bagi sewa ... murah sahaja ... RM 100.00 sehari."
    sambil menunjukkan kepada kereta Wak Segan yang baru diberi oleh Ah Jib tadi dan sambil mengambil wang yang baru dihulur oleh Ah Jib sebentar tadi.
    Mat terkesima memandang Dong Zuang ....
    Tetapi ah jib gor terus menerpa Dong Zuang dan memeluknya dengan penuh kasih-sayang dan berpaling kepada mat sambil berkata, "Mat inilah manusia yang bijaksana ... dia telah menggunakan modal yang kita berikan dengan penuh berkesan ... walaupun seinci kita tidak bergerak dari tempat perbincangan dan pertemuan ini dia telah membuat untung sebanyak 10% dan keuntungan harian ialah RM 100.00 terima kasih Dong Zuang ... terima kasih ... tuan telah memberi ilmu yang amat bernilai kepada hamba ... sekiranya ada lagi harta benda milik hamba ... akan hamba serahkan kepada tuan ... kerana tuan amat bijaksana orangnya ..."
    ada sesiapa berani mengolah cerita ini semasa pau agar najib sedar ...

    BalasPadam