INFO @ AKJr : FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013.. CABARAN PERTAMA BUAT @KHAIRYKJ
Festival Belia Putrajaya 2013 adalah merupakan perayaan kepada Sambutan Hari Belia Negara dan akan dilaksanakan selama 4 hari 3 malam bermula pada 23 hingga 26 Mei 2013.
Perhimpunan ini berkonsepkan kepada membangunkan potensi diri, melestarikan kreativiti dan inovatif serta memartabatkan perpaduan dan jatidiri.
Festival Belia Putrajaya 2013 adalah himpunan aktiviti yang menjurus kepada pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan kesukarelaan.
Ini bertujuan memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak muda untuk ekspresi diri dan menguji kebolehan diri bersaing di pentas yang terbuka dan mencabar.
Kesemua acara ini akan diadakan di sepanjang Persiaran Perdana dari Presint 1 hingga Presint 6, 18 dan 20. Keseluruhan segmen yang dicadangkan sebanyak 30 segmen dengan 500 acara.
Pendekatan pelaksanaan Festival ini akan mengambil kira beberapa elemen experience kepada program yang telah berlangsung sejak tahun 2010 hingga 2012. Pendekatan ini adalah seperti berikut:
i. Display of Energy
Iaitu dengan melaksanakan aktiviti yang digemari oleh belia serta menyediakan ruang dan peluang kepada mereka mempamerkan kebolehan dan bakat yang ada mengikut gaya hidup masing-masing.
ii. Pasaran Belia Terbesar (The Biggest Youth Market)
Festival Belia akan menjadi medan pasaran yang terbesar dengan jumlah kehadiran belia yang dijangka melebihi 2 juta orang. Di sinilah peluang yang boleh diambil oleh syarikat swasta, badan berkanun untuk memperkenalkan produk masing-masing di samping membuat jualan.
iii. Penampilan yang terbaru atau pun terkini (Latest of the latest)
Festival Belia Putrajaya akan membawa kejutan dan sesuatu yang terbaru dan terkini atau pun latest of the latest. Ia akan berlaku baik dalam bentuk hiburan, sukan lasak atau pun penciptaan. Ini termasuk peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
iv. Semangat Patriotik dan penuh dengan perasaan kecintaan kepada negara
Festival ini akan mengangkat dan menjulang Semangat Patriotik dan perasaan kecintaan kepada negara terutama di kalangan anak-anak muda yang mewakili pertubuhan belia, mewakili badan-badan tertentu termasuk wakil negeri-negeri yang bertanding secara sihat. Suasana ini jelas akan kelihatan terutama semasa Pelancaran Festival oleh YAB Perdana Menteri.
Psssttt... AKJr : MOH KOME SEMUA KITA PAKAT RAMAI-RAMAI JOM SERANG PUTRAJAYA BERMULA PADA HARI INI 23/05/13 SEHINGGA AHAD 26/05/13.. PELBAGAI ACARA DAN PROGRAM YANG MENARIK TELAH DISEDIAKAN KHAS UTK ORG2 MUDA BELIA PEWARIS NEGARA.. JOM BELIA!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan