SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label PERMATANG PAUH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERMATANG PAUH. Papar semua catatan

Ahad, 28 April 2013

PANAS TERIK!! #PRU13 Seramai 1500 ahli PKR Permatang Pauh keluar Parti??

PANAS TERIK!! #PRU13 Seramai 1500 ahli PKR Permatang Pauh keluar Parti??



Gempar! Berita yang baru aku terima. 1500 ahli PKR di Parlimen Permatang Pauh keluar Parti dan sokong Barisan Nasional. Kebanyakkan dari mereka adalah dari kaum India. 

Mereka sebentar tadi telah bertemu dengan calon Barisan Nasional Parlimen Permatang Pauh iaitu Dr Mazlan Ismail dan menyerahkan borang keluar Parti di Safira Club. 

Rata-rata kesemua mereka menyatakan sokongan pada BN dan amat kesal menyokong PKR selama ini di mana Anwar Ibrahim hanya pandai bercakap dan berjanji tetapi Rakyat di kawasan Permatang Pauh terabai. 

Kali ini mereka akan mengubah nasib dengan menyokong BN kerana mereka tahu hanya BN sahaja yang boleh mengembalikan kesejahteraan dan membela Rakyat di sana dan seluruh Malaysia. 

Apalagi yang Rakyat mahukan? Anwar telah gagal di tempat sendiri, inikan pula mahu mentadbir negara? Nak bagus macam mana lagi? Nak ubah macam mana lagi? Ape yang tak cukup lagi? 

Bersyukurlah selama ini kita hidup aman damai makan pakai semua cukup. Cuba korang semua pergi tempat lain, negara lain. Pergi melancong memang seronok tetapi cuba tinggal di sana terus, baru ade akai langit tinggi rendah. 

Jangan ikut orang. Gunakan akal fikiran yang ade, kaji sendiri, fikir sendiri ape kebaikan Kerajaan sekarang. Mengapa perlu diubah? Setelah diubah benarkah negara ini akan berubah? Atau semakin teruk? 

Ingat kembali, Malaysia hanya huru-hara selepas Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Betul tak? Sebaik keluar, dia terus memesongkan otak Rakyat Malaysia supaya membenci Kerajaan Barisan Nasional. 

Tak pernah selama ini sekumpulan Rakyat berdemo di jalanraya. Tak pernah selama ini sekumpulan Rakyat rosakkan harta benda awam. Tak pernah selama ini sekumpulan Rakyat belasah anggota keselematan. Tapi selepas Anwar keluar penjara sejak tahun 2004, semuanya berlaku.


Tolak Anwar! Tolak Pakatan Rakyat!

Sabtu, 27 April 2013

PANAS TERKINII!! #PRU13 DR MAZA RAMAL ANWAR KALAH TERUK DENGAN DR MAZLAN DI PERMATANG PAUH??

PANAS TERKINI!! #PRU13 DR. MAZA RAMAL ANWAR KALAH TERUK DENGAN DR. MAZLAN DI PERMATANG PAUH??




Calon parlimen P44 Permatang Pauh hari ini membuat kejutan apabila menerima sokongan dari bekas mufti Perlis, Dr Asri bagi menentang Anwar Ibrahim di kawasan berkenaan.

Dr Asri yang membuat kunjungan ke rumah Dr Mazlan juga menyatakan keyakinan bahawa calon Umno/BN tersebut mampu menjadi wakil rakyat yang lebih baik dari Anwar.

Selain itu, Dr Mazlan disifatkan calon yang merendah diri serta lebih mesra rakyat tak kira lapisan umur. Ini menjadi salah satu faktor anak tempatan Permatang Pauh itu diterima rakyat kebanyakan.

"Anwar akan berdepan laluan sukar kali ini memandangkan Dr Mazlan amat dekat dihati masyarakat Permatang Pauh..

Beliau juga mempunyai pengetahuan agama yang tinggi serta memiliki akhlak Islam yang jauh lebih baik dari Anwar..."


Isnin, 8 April 2013

PANAS TERIK!! #PRU13: Sah @PapaGomo Akan Cabar @AnwarIbrahim di Permatang Pauh..

PANAS TERIK!! #PRU13: Sah @PapaGomo Akan Cabar @AnwarIbrahim di Permatang Pauh..


Wakil Papa Gomo Mohamad Rafi Awang Kechik

KUALA LUMPUR: Penulis blog kontroversi Papa Gomo akan bertanding sebagai calon Bebas yang akan mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata wakilnya, Mohamad Rafi Awang Kechik pada Isnin.

Mohamad Rafi, yang juga Presiden Nadi Rakyat Malaysia berkata, Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, telah membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas untuk mendedahkan dakwaan salah laku Ketua Pembangkang kepada rakyat.

"Selepas menimbang cadangan daripada beberapa kumpulan dan individu, saya percaya dan saya akan mendedahkan semua salah laku yang dilakukannya kepada pengundi di kawasan beliau.

"Kita juga mahu menguburkan karier politik Anwar,” kata Mohamad Rafi yang mewakili blogger berkenaan, kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Wilayah Persekutuan di sini.

Pada Jumaat, Anwar mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum kali ini.

Anwar memfailkan saman fitnah berjumlah RM!00 juta terhadap Papa Gomo berhubung penyebaran gambar tunggal hitam-putih yang menunjukkan bahagian belakang seorang lelaki berbogel di dalam bilik hotel yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang itu.

Paparan itu juga menyediakan pautan ke laman blog lain dipanggil "Aksi si Raja Goyang", yang menyiarkan 13 gambar yang menunjukkan dua lelaki meraba-raba dan mencium satu sama lain, kononnya diambil dari video yang sama.

Anwar telah menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video berkenaan.

* Sumber mStar Online

Di Bawah adalah Ucapan Papa gomo:


Assalammuakaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk di Permatang Pauh Pulau pinang.

Saya telah pun mengambil borang calon SPR bagi melayakkan diri saya bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 ini melalui wakil saya Saudara Rafi Awang Kecik yang juga merupakan Presiden Nadi Rakyat Malaysia. 

Saya mengumumkan untuk bertanding pada pilihanraya ini menentang Dato Sri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bagi menunjukkan kepada Dato Sri Anwar Ibrahim yang saya benar benar serius untuk meminta beliau berundur secara terhormat dari Arena politik negara.

Sebelum ini saya telah pun memberikan amaran agar beliau berundur bagi mengelakkan video video aksi homoseks beliau dipaparkan kepada umum. Namun Dato Sri Anwar masih degil dan mahu mengheret pekara ini dengan lebih besar lagi.

Tun Dr Mahthir pernah memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim nasihat untuk berundur secara terhormat sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Tun Dr Mahathir memberikan Dato Sri Anwar Ibrahim peluang untuk tidak diaibkan. Jadi saya juga telah melaksanakan apa yang idola saya Tun Mahathir lakukan dengan memberikan Amaran dan nasihat untuk Dato Sri Anwar Ibrahim berundur secara terhormat sebelum diaibkan dengan lebih dasyat lagi.

Saya mahu bertanding kerana saya mahu menyatakan kebenaran sebagai satu bukti nyata yang saya bukanlah menfitnah. Saya tampil masuk gelanggang bagi menyampaikan perkhabaran kepada dunia saya mahu rakyat sedar betapa rendah dan jijik moral Dato Sri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Didalam pilihanraya ini lah medan terbaik untuk saya mendedahkan segala galanya yang mana dibantu dengan rakan rakan seperjuangan yang lain seperti Dato Eskay, Dato Nallakarupan, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Yong, Zahid Mat Arip, Yb Zulkifli Nordin, Anuar Shaari, Hamizun, dan ramai lagi bekas bekas orang kanan Anwar Ibrahim yang kenal bentuk tubuh Dato Sri Anwar Ibrahim.

Kalah sudah pasti buat saya tetapi saya akan pastikan pengundi permatang pauh kenal dengan lebih dekat siapa Dato Sri Anwar Ibrahim ini apatah lagi dengan bukti yang ada ditangan saya.

Nantikan saya pada hari penamaan calon di Permatang Pauh. Misi Selamatkan Negara akan dilaksanakan saya dengan dibantu seluruh jentera NGO Nadi Rakyat yang diketuai Presidennya Saudara Rafi Awang Kecik.

Psssttt.. AKjr: Cayalah PAPAGOMO!! Kasi TIBAI itu olang yg manyak buusuukkkk punya... kahkahkah.. ANWAR IBRAHIM Bersiap sedia lah Engkau ke Liang Kuburrrr... hehehee... terkencing2 anwar bebb..

SUMBER Facebook  PAPA Gomo

Sabtu, 6 April 2013

PANAS TERIK!! SAH..!! Anwar umum pertahan kerusi Permatang Pauh..

PANAS TERIK!! SAH..!! Anwar umum pertahan kerusi Permatang Pauh




BUKIT MERTAJAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menamatkan teka tekinya mengenai kononnya akan berpindah kawasan Parlimen apabila mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini.

Dalam ceramah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Padang Awam Taman Pauh, beliau memberi alasan untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu atas sokongan rakyat di kawasan itu.

Katanya, hasrat awal beliau mahu bertanding di Tambun, Perak bagi mengukuhkan pakatan pembangkang di sana tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan berasa terhutang budi dengan penduduk di Parlimen Permatang Pauh.

“Mengikut perancangan awal memang saya nak bertanding di Tambun tetapi selepas beberapa pertemuan dengan penduduk di Permatang Pauh, mereka mahu saya terus pertahankan kerusi di sini,” katanya. - Bernama