SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label JOHOR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JOHOR. Papar semua catatan

Sabtu, 23 November 2013

INFO @ AKjr : Johor Cuti Jumaat, Sabtu Mulai 1 Januari 2014

INFO @ AKjr : Johor Cuti Jumaat, Sabtu Mulai 1 Januari 2014


Sah Johor Bercuti Mingguan Jumaat, Sabtu Mulai 1 Januari 2014

Akhirnya desas-desus perubahan semula selepas 20 tahun cuti mingguan negeri Johor telah menemui kata putusnya apabila Sultan Johor mengisytiharkan mengumumkan perubahan tersebut pada sambutan ulangtahun baginda ke 55 yang jatuh semalam.
Ini membenarkan ura-ura bahawa negeri Johor akan kembali bercuti mingguan pada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (gambar) mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014.
Pertukaran cuti itu dilihat akan memberi implikasi pembangunan pesat kepada Wilayah Pembangunan Iskandar.

Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.
Sebelum 1994, cuti di Johor ialah pada Jumaat dan Sabtu.

"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah Sultan Ibrahim.
Spekulasi berhubung penukaran hari itu tersebar setelah dokumen kerajaan negeri disiarkan di internet.

Pada masa ini, Kedah, Kelantan dan Terengganu bercuti pada Jumaat dan Sabtu. - TMI

Isnin, 10 Jun 2013

PANAS BERAPI!! Banner DAP Johor Menyokong Tindakan Biadap Cikgu Rasis, Poh Kim Thye..

PANAS BERAPI!! Banner DAP Johor Menyokong Tindakan Biadap Cikgu Rasis, Poh Kim Thye..




Gambar-gambar ini telah diambil oleh seorang rakan di Johor pagi tadi, satunya di hadapan Kedai MARA Gelang Patah, Johor. Banner yang lebih kurang sama turut kelihatan di hadapan padang bola MPJBT Johor. Adakah ini perbuatan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menaikkan sentimen perkauman ataupun adakah ini sebenarnya hasrat DAP Johor yang rasis menyokong tindakan seorang guru Cina yang rasis?

Melayu tengok sajakah?

Atau Melayu masih lena diulit mimpi?

Orang Johor yang begitu fanatik dengan sukan bolasepak sejak akhir-akhir ini diam sajakah?


Sumber

Selasa, 16 April 2013

INFO @ AKJr Terkini #PRU13: Senarai Penuh Calon BN JOHOR #betternation #ge13 #johor

INFO @ AKJr Terkini #PRU13: Senarai Penuh Calon BN JOHOR #betternation #ge13 #johor


Berikut merupakan senarai penuh calon Barisan Nasional Negeri Johor

BETTER NATION

JOHOR


P. 140 Segamat : Datuk Seri Dr. S. Subramaniam 
N.1 Buloh Kasap : Norshida Ibrahim
N.2 Jementah : Dr Lee Hong Tee

P. 141 Sekijang : Anuar Abd. Manap
N.3 Pemanis : Lou Ching Hoon
N.4 Kemelah : Datuk Ayub bin Rahmat

P. 142 Labis : Datuk Chua Tee Yeong
N.5 Tenang : Mohd Azahar bin Ibrahim
N.6 Bekok : Tan Chong

P. 143 Pagoh : Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin
N.7 Bukit Serampang : Ismail Mohamad
N.8 Jorak : Datuk Dr Mohd Shahruddin bin Mohd Salleh

P. 144 Ledang : Tuan Haji Hamim bin Samuri
N.9 Gambir : En. M. Asojan A/L Muniandy
N.10 Tangkak : En. Goh Tee Tee
N.11 Serom : Abd Razak Minhat

P. 145 Bakri : Chris Lee Ching Yong
N.12 Bentayan : Foh Son Lam
N.13 Sungai Abong : Datuk Haris Mohd Salleh
N.14 Bukit Naning : Datuk Saifol Bahri

P.146 Muar : Dato’ Razali Ibrahim
N.15 Maharani : Dato’ Zulhairi Ahmad
N.16 Sungai Balang : Zaiton Ismail

P.147 Parit Sulong : Dato’ Noraini binti Ahmad
N.17 Semerah : Mohd Ismail Roslan
N.18 Sri Medan : Dato’ Zulkarnain Kamisan

P.148 Ayer Hitam : Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
N.19 Yong Peng : Puan Lim Kee Moi
N.20 Semarang : Datuk Samsol Bari bin Jamali

P.149 Sri Gading : Dato’ Aziz bin Kaprawi
N.21 Parit Yaani : Teo Yow Chuan
N.22 Parit Raja : Datin Azizah Zakarian

P.150 Batu Pahat : Dr. Haji. Mohd. Puad Zarkashi
N.23 Penggaram : Dr. Wing Ban Siang
N.24 Senggarang : Aziz Ismail
N. 25 Rengit : Tuan Haji Ayub bin Jamil

P.151 Simpang Renggam : Tuan Liang Teck Meng
N.26 Machap : Abu Taib Abu Bakar
N.27 Layang-layang : Ustaz Mutalib Rahim

P.152 Kluang : Dr.Hou Kok Chung
N.28 Mengkibol : Chye Kwee Yeow
N.29 Mahkota : Tuan Haji Md. Jais Bin Sarday

P.153 Sembrong : Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
N.30 Paloh : Teo Yap Kon
N.31 Kahang : Encik Vidyanathan A/L Ramanadhan

P.154 Mersing : Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
N.32 Endau : Dato’Haji Abd. Latif bin Haji Bandi
N. 33 Tenggaroh : Raven Kumar A/L Krishnasamy

P.155 Tenggara : Datuk Halimah binti Mohd Sadique
N.34 Panti : Dato' Haji Baderi bin Dasuki
N. 35 Pasir Raja : Datuk Dr. Adham bin Baba

P.156 Kota Tinggi : Datuk Nur Eshanuddin bin Haru Al Rashid
N.36 Sedili : Tuan Haji Rasman bin Ithnain
N.37 Johor Lama : Asiah bte Md. Ariff

P.157 Pengerang : Datuk Azalina bt Othman Said
N. 38 Penawar : Hamimah binti Mansor
N.39 Tanjung Surat : Syed Shes bin Abd. Rahman 

P.158 Tebrau : Ling Ban Sang @ Teng Boon Soon
N.40 Tiram : Datuk Haji Maulizan bin Bujang
N.41 Puteri Wangsa : M. Surinarayan

P.159 Pasir Gudang : Normala Abd Samad
N.42 Johor Jaya : Tan Cher Puk
N.43 Permas : Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

P.160 Johor Bahru : Tan Sri Shahrir Abd Samad
N.44 Tanjung Puteri : Datuk Adam Sumiru
N.45 Stulang : Mok Chek Hou

P.161 Pulai : Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamad
N.46 Pengkalan Rinting : Chen Mee Wing
N.47 Kempas : Tengku Putera Harun

P.162 Gelang Patah : Datuk Haji Abd. Ghani bin Othman
N.48 Skudai : Liang Ah Chan
N. 49 Nusajaya : Datuk Dr. Zaini A. Bakar

P.163 Kulai : Teo Chian Hein
N.50 Bukit Permai : Ali Mahizat
N.51 Bukit Batu : Cheong Chin Liang
N.52 Senai : (belum diumumkan)

P.164 Pontian : Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan
N.53 Benut : Datuk Ir. Hasni bin Mohamad
N.54 Pulai Sebatang : Datuk Tee Siew Kiong

P.165 Tanjung Piai : (belum diumumkan)
N.55 Pekan Nenas : (belum diumumkan)
N. 56 Kukup : Suhaili Salleh





Ahad, 14 April 2013

WAJIB BACA!! Strategi Singapura Kuasai MALAYSIA Melalui Johor Dibongkar!!

WAJIB BACA!! Strategi Singapura Kuasai MALAYSIA Melalui Johor Dibongkar!!




Pada hari ini, saya telah mendapat satu maklumat yang agak mengejutkan daripada kenalan saya yang bekerja di Singapura dan juga merupakan antara orang kuat Parti PAP.

Beliau telah mendedahkan (sengaja atau tidak saya tidak tahu) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin. Selain itu, Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas.

Keistimewaan ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina akan pulang untuk mengundi DAP khasnya di Johor.

Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAPsepanjang tempoh berkempen. Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP, sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP.

Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.

Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.

Bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan PAP di Malaysia.

Sabtu, 13 April 2013

PANAS TERIK!! #PRU13 T'ganu, Perak, Johor, Melaka Antara Negeri Yang Disebut2 Bakal Bertukar MB

PANAS TERIK!! #PRU13 T'ganu, Perak, Johor, Melaka Antara Negeri Yang Disebut2 Bakal Bertukar MB




Demam pilihan raya makin panas....

Cakap-cakap mengenai pembubaran parlimen dah selesai...

Cakap-cakap mengenai manisfesto sudah semakin perlahan....

Kini cakap-cakap siapa yang dicalonkan, siapa kekal dan siapa gugur pula mengambil tempat....

Setakat ini di kem BN calon yang telah disahkan hanya 3 kerusi sahaja.


1- Datuk Seri Najib - Pekan


2- Tan Sri Muhyiddin - Pagoh


3- Tengku Adnan - Putrajaya


Untuk negeri pula, Johor dikhabarkan bakal mendapat MB baru. Walaupun ada beberapa nama yang disebut-sebut , tetapi difahamkan calon yang dijangka menjadi pilihan adalah bekas Timbalan Menteri Belia, Razali Ibrahim yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Di negeri sembilan juga ada kedengaran Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin akan bertanding di kerusi DUN dan bakal dilantik sebagai MB Negeri Sembilan yang baru.

Kalau itu jadi kenyataan, maknanya dua pemimpin utama Pemuda Umno akan bergelar MB selepas ini jika BN kekal memerintah negeri tersebut.

Melaka pun bakal dapat KM baru. Siapa belum pasti lagi...

Di Terengganu pula desas-desus mengatakan MB, Datuk Seri Ahmad Said tidak dicalonkan telah kedengaran sejak seminggu lepas. Bagaimanapun Datuk Seri Ahmad Said telah menafikan perkara itu. Dalam banyak-banyak negeri di Malaysia di Terengganu adalah yang paling kuat gosip kedengaran. Macam-macam cerita dari Terengganu....

Gosip-gosip yang tersebar mengatakan seorang muka baru, yang juga seorang ahli perniagaan dari Hulu Terengganu, HA Zakry akan diletakkan bertanding di Dun Kuala Berang dan bakal dilantik sebagai MB Terengganu. Mengikut maklumat penduduk setempat, HA Zakry kini setiap hari giat pergi ke segenap kawasan dalam Dun berkenaan memperkenalkan dirinya dan menyatakan kepada orang ramai bahawa Datuk Najib telah mengesahkan kepada beliau sendiri yang beliau akan dicalonkan. Wow hebat....Kalau tak jadi kenyataan jangan pula sabotaj parti ya....Nantikan pergi beritahu orang ramai pula yang Datuk Najib suruh sabotaj.

Manakala bekas MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh akan dipindahkan ke Parlimen Besut.

Di Perak pula terdapat suara-suara yang mengatakan MB, Datuk Seri Dr Zambry Kadir bakal dibawa ke pusat dan akan bertanding samada di Parlimen Kuala Kangsar atau pun Tambun. Manakala Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni akan kembali ke Dun dan bakal dilantik sebagai MB Perak yang baru.

Perlis juga dikhabarkan bakal mendapat MB baru . Ada maklumat mengatakan MB Perlis sekarang tidak dicalonkan lagi. Ketiga-tiga parlimen yang ada di Perlis pun akan bertukar penyandang. Azmi Khalid di Padang Besar dan Radzi Sheikh Ahmad di Kangar akan berundur untuk memberi laluan kepada muka baru. Manakala Shahidan Kasim akan bertanding di Parlimen Arau menentang Haron Din.

Khamis, 11 April 2013

PANAS TERIK!! DAP Johor Berpecah belah Kemungkinan Akan Menyokong BN..

PANAS TERIK!!  DAP Johor Berpecah belah Kemungkinan Akan Menyokong BN..




KULAIJAYA - Perpecahan dalam kalangan ahli DAP Negeri Johor di bawah pimpinan Pengerusinya, Dr. Boo Cheng Hau sememangnya berlaku pada masa ini.

Perkara itu disahkan sendiri Naib Pengerusinya, Ong Kow Meng.

Sehubungan itu, beliau meminta Cheng Hau mengotakan janjinya mahu melepaskan jawatan Pengerusi selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dibuatnya pada Mesyuarat Jawatankuasa Negeri pada 7 April lalu.

Jika Cheng Hau gagal berbuat demikian, Kow Meng tidak teragak-agak menyeru ahli parti supaya tidak mencalonkan Pengerusi DAP negeri itu daripada bertanding pada pemilihan pemimpin DAP Johor, Oktober depan.

"Dalam negeri ini, memang berlaku pecah-belah dan ia harus diperbaiki. Justeru, kita berharap boleh dapat Pengerusi baru yang fleksibel dan bertolak ansur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.