SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 7 Mei 2013

PANAS TERIK!! #PRU13 Terkini ! Nik Aziz Bukan Menteri Besar Kelantan Lagi, Husam Tidak Di Lantik Exco!!

PANAS TERIK!! #PRU13 Terkini ! Nik Aziz Bukan Menteri Besar Kelantan Lagi, Husam Tidak Di Lantik Exco!!



Rakyat Kelantan mendapat kepimpinan baru apabila Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Menteri Besar yang baru yang sekaligus menamatkan pimpinan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat selama 22 tahun.

Ahmad Yakob mengangkat sumpah taat setia bagi memegang jawatan itu di hadapan Sultan Muhammad V Tengku Muhamad Faris Petra Sultan Ismail dalam Istiadat Pelantikan di Istana Negeri, Kubang Kerian.
Jawatan Timbalan Menteri Besar yang baru pula disandang oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Sementara itu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik juga mengambil giliran mengangkat sumpah setia perlantikan.

Ahli Mesyuarat Kerajaan terdiri daripada Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Fatah Mahmud, Nasaruddin Daud, Mejar (B) Datuk Ainizam Abdul Rahman, Datuk Che Abdullah Md Nawi, Datuk Dr. Mohd Fadli Hassan, Hanifah Ahmad, Dr Ramli Mamat dan Mumtaz Md. Nawi.

Nik Aziz, 82, mengambil pilihan bersara daripada memegang jawatan itu selepas kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990. - kosmo

Husam Musa tidak dilantik semula sebagai EXCO dalam pembentukan kerajaan baru Kelantan.

1 ulasan:

  1. KELANTAN LEBIH BAIK & SELAMAT TANPA HUSAM....

    BalasPadam