SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Ahad, 25 Mei 2014

FAKTA!! WAJIB BACA.. ISU PANDA COMEL YANG RAKYAT MALAYSIA PERLU TAHU.. @NajibRazak



Puak PR berkokok lagi sejak dua tiga hari lepas gara-gara isu dua ekor panda, Fu Wa dan Feng Yi, yang dipinjamkan dari negara China kepada Kerajaan Malaysia sebagai tanda persahabatan dua negara. Paling kuat menyalak adalah puak PAS. Kita maafkan mereka. Sebab mereka ini memang bodoh kalau tidak baghal.

Juak ortodok mana tahu makna perhubungan diplomatik antarabangsa antara dua negara. Mereka hanya pernah dan sedang mentadbir negeri saja. Panda ini adalah hadiah daripada kerajaan China kepada negara kita sebagai tanda hubungan diplomatik yang erat.

Hanya beberapa negara sahaja di dunia yang mendapat penghormatan tersebut sejak ianya dimulakan pada tahun 1950an. Adakah kita hendak tolak pemberian kerajaan China kepada kita bagi mengeratkan lagi hubungan Malaysia-China? 

Banyak zoo-zoo di Amerika Syarikat telah menghabiskan jutaan dollar untuk melobi mendapatkan panda-panda berkenaan untuk mendapat keuntungan lumayan, Zoo Negara yang dapat panda-panda berkenaaan dengan mudah, hendak ditolak?

Kita tengok kos apa yang terlibat:

a) Conservaation Fee USD1 juta selama 10 tahun.
b) Bangunan RM25 juta dibiayai kerajaan RM10 juta dan RM15 juta dibiayai oleh badan lain.
c) Tanaman pokok buluh RM530,000.
d) Food and Veterinary Service RM144,000 setahun di biayai oleh Zoo Negara.
e) Geran Kerajaan kepada Zoo Negara sebanyak RM5 juta (one off).

Itu kos yang ditanggung untuk panda-panda berkenaan. Mari kita lihat pua apa pentingnya negara China kepada Malaysia dan Rakyat Malaysia?

Perdagangan Malaysia-China pada tahun 2013 bernilai RM203 billion dan pelaburan dua hala RM5.02 billion. Beberapa tahun lalu Amerika Syarikat dan Eropah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia. Sekarang China menjadi rakan dagang terbesar kita. Jika kita masih bergantung pada Amerika Syarikat dan Eropah, dengan kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah yang di alami sejak tahun 2008, negara kita akan turut mengalami kejatuhan ekonomi.

Apa kesannya macai-macai PR? Penguncupan ekonomi, penutupan kilang, pembuangan pekerja, kehilangan gaji, pendapatan isirumah merosot sehingga tak mampu menghadapi kos kehidupan yang semakin tinggi, kerajaan terpaksa mengadakan bajet tambahan untuk bantuan kebajikan yang akan mengeringkan tabung kerajaan, kutipan cukai oleh kerajaan berkurangan.

Nasib baik rakan dagang terbesar Malaysia adalah negara China. Justeru ekonomi kita terus berkembang sehingga memperolehi pertumbuhan 6.2% antara tertinggi sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Cuba bayangkan apa akan terjadi kalau kita tolak simbol persahabatan dengan Negara China dan Negara China menarik balik untuk membuat hubungan dagangan dengan Malaysia. Bokeh macai-macai jawab.

Kesimpulannya, kalau Kerajaan PR Selangor boleh bercita-cita mewujudkan ladang babi terbesar di Asia Tenggara bernilai RM100 juta untuk meraikan kemenangan mereka merampas Selangor, apa salahnya kita berbelanja sedikit untuk mengekalkan hubungan dagang dengan China? Tak gitu? Ekonomi negara kukuh bukankah Rakyat akan mendapat manfaatnya juga bukan?






1 ulasan:

  1. Salam 1Malaysia,

    Boleh tak nak dapatkan email untuk jemputan bagi Program Belia 4B.

    email kepada impactmediacommunication2u@gmail.com

    Terima kasih.

    BalasPadam