PANAS TERIK!! MENGAPA CINA TAKUT MELAYU MENONTON FILEM TANDA PUTERA??
Kerajaan perlu mengambil inisiatif dengan menjadikan filem Tanda Putera yang akan ditayangkan di pawagam bermula 29 Ogos ini sebagai filem wajib tonton dalam kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.
Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, filem yang mengisahkan pengorbanan dua tokoh negara itu mampu memberi kesan positif kepada seluruh anak muda di negara ini yang dilihat buta sejarah berkenaan isu tersebut.
"Kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu memastikan filem ini ditayangkan di sekolah, universiti serta kem-kem latihan khidmat negara selepas tempoh tayangannya di pawagam tamat.
"Selalunya filem berlatarbelakangkan sejarah pasti bosan tetapi berlainan dengan filem ini yang disampaikan dengan berkesan oleh Pengarahnya, Datuk Paduka Shuhaimi Baba kerana beliau berjaya menghidupkan sejarah dengan begitu baik dan saya berkeyakinan ia pasti menimbulkan kesedaran kepada orang ramai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam berkata, sudah tiba masanya filem mengisahkan perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969 ditayangkan kepada umum.
Tambahnya, pihak pembangkang terutamanya DAP takut jika filem itu ditayangkan di seluruh negara kerana sedikit sebanyak akan membongkar kebenaran serta topeng perjuangan sebenar parti cauvinis tersebut.
Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Mohd. Rosli berpendapat, pengaruh kontroversi yang dikaitkan dengan filem berkonsepkan kenegaraan tersebut bakal memberi daya tarikan positif kepada masyarakat untuk menontonnya.
"Keyakinan saya ini berasaskan kepada publisiti meluas diberikan oleh media massa selama ini.
"Di samping itu, pihak terbabit yang terlibat secara langsung dengan filem ini perlu mempromosi secara berterusan bagi memastikan mesej filem yang menceritakan keadaan sebenar ketika peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 ini sampai kepada semua lapisan masyarakat terutamanya golongan muda hari ini," katanya.
FILEM TANDA PUTERA SEBAGAI ALAT PENYATUAN NASIONAL
BalasPadamPenulis banyak membuat gesaan kepada UMNO/BN untuk melakukan sesuatu yang drastik demi memperkukuhkan sokongan rakyat terhadap UMNO/BN. Samada ia sesuai atau tidak sesuai, penulis harap saranan penulis dapat perhatian dan pertimbangan. Tidak dapat dilaksanakan, tidak mengapa.
Terlalu ramai yang berkata kata di TV dan dada Akhbar mengenai penyatuan nasional. Penulis TIDAK YAKIN ia akan berjaya (seperti hujahan di lambaran terdahulu) kerana orang Cina tidak mahu bersatu (mereka mahu kuasa politik sahaja) dan sistem pendidikan vernakular.
Yang peliknya, apabila dicadangkan pemansuhan sekolah vernakular di Malaysia,pengwujudan sekolah wawasan atau `reverse psychology’ penambahan pelajar Melayu di sekolah jenis kebangsaan, pageviews dari pembaca amat lemah. Penulis membuat konkulsi yang Kerajaan atau rakan fb tidak sokong cadangan mengenai perkara sekolah vernakular.
Sebagai satu lagi usaha penyatuan nasional dan pendidikan sejarah negara, Penulis berharap UMNO/BN mengerakkan usaha membaiyai tiket menonton filem TANDA PUTERA kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Selepas itu panjangkan gerakan ini ke pelajar kolej komuniti dan politeknik serta Universiti. Buat susunan dan jadual menonton. Diharapkan filem ini membantu membuka minda pejajar terhadap perjuangan negarawan.
Carilah peruntukan untuk tujuan murni ini. Berhibur sambil mempelajari sejarah negara. Kenali lah petualang negara dan juga negarawan. Penulis tidak mahu mencadangkan peruntukan yang dijanjikan kepada kaum Cina sebelum PRU13 ditarik dan disalurkan kepada gerakan ini.
Cabaran mengerakkan program seperti ini memang tinggi. Penulis pasti Sekretariat IM4U TIDAK BERMINAT kerana mereka minat main program yang glamour aje dan yang mahal mahal aje. Jikalau DS Najib fikir ia TIDAK BERBALOI, Penulis mohon di gerakkan di peringkat Melaka dahulu. Kalau YAB Ketua Menteri Melaka rasa tidak yakin, UMNO Tangga Batu keberatan, biarlah UMNO Paya Rumput lakukannya. Dan jika UMNO Paya Rumput pun sibok dengan aktiviti lain, Penulis akan gerakkan Persatuan Penduduk Cheng Baru merintis jalan.
Penulis mungkin akan mohon derma daripada Usahawan Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukairy dan lain ataupun korporat seperti GLC di Melaka. Targetnya pelajar sekolah rendah dan menengah di DUN Paya Rumput sekurang kurangnya.
Kalau tidak berjaya juga terpaksalah mohon kerjasama dengan Jabatan Penerangan untuk membuat tayangan filem bergerak dari sekolah ke sekolah. Samada ditayangkan di Dewan (siang) atau padang (malam).
Penulis yakin dan percaya Pengarah Filem Datuk Paduka Suhaime Baba akan mempunyai dana ( hasil daripada tiket TANDA PUTERA) untuk membuat filem seumpama untuk rakyat Malaysia.
ikhlas dari
www.nasirwise.blogspot.com
BRAVO DATUK SHABERY CHEEK..TANDA PUTERA DITAYANGKAN PADA 29 OGOS 2013.
BalasPadamDiberitakan Filem Tanda Putera diluluskan tayangannya pada 29hb Ogos 2013. Penulis memuji tindakan Datuk Seri yang mengambil berat dengan bencana filem Tanda Putera. Filem yang di anggap filem pendidkan sejarah bagi rakyat Malaysia, menjadi kontroversi kerana Atok DAP, Lim Kit Sial membantah penayangannya.
Penulis harap pengurusan atasan FINAS yang menghalang penayangannya secara sengaja atau tidak sengaja atau tidak berani, sila mohon kerja lain. Kamu semua boleh kerja di bidang lain yang tidak membebankan diri sendiri.
Penulis juga berharap UMNO/BN menjadikan filem ini sebagai sebahagian daripada perjuangan. Tanpa memperdulikkan bantahan ahli, penyokong dan pengundi DAP PAS PKR, jadikan ia sebagai satu gerakan `refresher course’ bagi orang Melayu UMNO/BN supaya mengenal sejarah negara. Arahkan setiap ahli dan penyokong UMNO/BN pergi ke panggung wayang menonton Tanda Putera.
Atur dengan Kementerian Pendidikan supaya setiap pelajar mendapat tiket percuma untuk menonton filem tersebut. Runding dengan pawagam. Jikalau Anwar Ibrahim ajak anak muda Cina khasnya ke jalanan, UMNO/BN anjur pelajar dan rakyat ke pawagam di tempoh sebulan ini. Jadikan filem Tanda Putera ini sebuah filem `box office’. DS Najib kena buat kerja `gila’ sikit.