EKSKLUSIF @ AKJr : Mohon Ditukarkan Peguam Negara Dengan Yang Baru.. sudah terlalu lama Dahh!!..
Bersaralah Ghani!Cukup-cukuplah tu!
APA sahaja sentuhan daripada pemimpin dan orang Melayu hariini sudah menjadi salah dan tidak betul kepada kelompok ultra kiasu dalam negara kita dan tanpa melihat kedudukan mereka dalam ruang perlembagaan,kumpulan ini sering mencari sebab untuk bertindak di luar batas undang-undang.
Setelah gagal dalam percubaan yang diangap nekad untuk menumbangkan kerajaan BN pimpinan UMNO dan orang Melayu dengan mahu mengantikan Lim Kit Siang sebagai Perdana Menteri Malaysia dibantu bersama PKR dan PAS, kini kumpulan ini cuba bermain api dengan sekali lagi cuba menjentik institusi Raja-raja Melayu,menghina Nabi Muhammad SAW dan berbagai-bagai lagi.
Institusi Agong sebagai lambang kedudukan orang Melayu dan Agama Islam mula dipermainkan walaupun ada hadis yang menyatakan Raja ini adalah bayangan Allah di muka bumi dan apakah ini permainkan individu malah kita pasti ada tangan-tangan ghaib yang menjadi konduktor kepada orkestra besar yang sedang dimainkan secara tersusun begini.
Sesuatu yang masyarakat dalam negara kita tidak pernah bayangkan akan berlaku iaitu Titah Ucapan Tuanku YDP Agong sempena Hari Keputeraan Baginda di perlekehkan dalam blog dan facebook milik ultra kiasu bahkan kita juga sedang menunggu Titah ucapan Tuanku tatkala membuka sidang Dewan Rakyat nanti, apakah sekali lagi mereka akan meng"anjing babikan" tTtah Tuanku itu?Sama-sama kita tunggu.
Yangg pelik, tidak ada pun wakil daripada DAP, PAS dan PKR melahirkan rasa kecewa dengan tindakan puak-puak yang sedang menganuti ajaran 'BLACK OUT 505' dan fahaman 'INI KALI LAH',pimpinan mereka menjadi bisu, pekak dan buta namun kita tidak hairan dgn permainan politik puak-puak yang suka lempar batu sembunyi tangan ini.
Apa yang berlaku ini sememangnya manitestasi politik kumpulan yang gagal menawan Putrajaya dan mereka bukan sahaja ultra kiasu bahkan banyak tanga-tangan Melayu yang menyokong gerakan ultra kiasu ini yang rasanya tidak perlu ditulis nama-nama Melayu itu.
Kini perhatian rakyat terbanyak yang tidak ingin suasana ini berterusan kembali melihat keberkesanan PDRM dan sudah mula ada NGO dan orang perseorangan yang membuat laporan polis agar disiasat dan diambil tindakan terhadap cetusan-cetusan yang secara sengaja dibuat oleh kumpulan ultra kiasu ini.
Walaupun rekod laporan polis yang dibuat masih belum dapat memecahkan rekod laporan polis pada Ambiga ketika BERSIH (Ambiga sehingga kini masih tidak diambil tindakan) namun orang yang sedar sudah bertindak.
Namun apakah laporan polis akan terus jadi sejarah dan akan ada anugerah 'Guiness Book Of Record' kerana laporan polis paling banyak dibuat untuk kes yang sama kerana erana buatlah paling banyak pun laporan polis dan pihak polis arahkan Pegawai Penyiasat yang berkaliber untuk menyiasat tetapi akhirnya kertas pendakwaan tidak dibuat oleh Peguam Negara dan ini semua menjadi tida bermakna dan stigma Hishamudin yang dilabelkan sebagai 'Menteri Amaran' akan berjangkitlah pula pada pada Zahid Hamidi yang mungkin akan dikenali sebagai `Menteri hangat-hangat tahi ayam.’
Kita juga ingin bertanya,adakah fahaman BLACK OUT 505 dan pengikut ajaran INI KALILAH turut berada di dalam pejabat Peguam Negara atau Peguma Negara sendiri sememangnya juga pengamal Black out 505 dan Ini Kalilah?Pelik tengok perangai Peguam Negara ini atau kerana sudah terlalu lama berada di kerusi empuk membuatkan beliau menjadi nanar serta buta segala mata pandangnya?
Atau apakah pejabat Peguam Negara dan Peguma Negara sendiri bersetuju dgn pandangan Presiden Majlis Peguam bahawa kumpulan Ultra Kiasu ini tidak bersalah dan jelas ianya merupakan satu hukuman yang telah dijatuhkan sebelum siasatan polis selesai dan mereka ini tidak bersalah biarpun kumpulan ultra kiasu ini sudah rindukan darah polis.
Baca Selanjutnya DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan