PANAS TERKINI!! Red Bean Army Mula-mula Tidak Wujud, Kini Lari Bertempiaran?
Akhbar The Star telah melaporkan penafian Li Shuang, seorang pengasas dan pentadbir laman Facebook Zheng Yi Zhi Sheng, bahawa Red Bean Army adalah sebuah organisasi rasmi yang mempunyai agenda tertentu.
Beliau dan rakannya Ye Jin Qiang mengakui mengenali 40-50 daripada 200 ahli laman itu yang disyaki sebagai anggota Red Bean Army.
Malah, Li dan Ye juga enggan bertanggungjawab atas kenyataan ahli-ahli laman itu yang bersifat provokasi serta mendesak pihak polis mengambil tindakan terhadap mereka. Menurut Li, segala kenyataan ahli-ahli laman adalah atas kapasiti peribadi sebagai rakyat negara ini serta tidak mewakili mana-mana pihak atau parti politik.
Bagaimanapun Li dan Ye tidak boleh lari dari hakikat bahawa mereka tidak mengambil tindakan awal melaporkan kenyataan tidak bertanggungjawab ahlinya atau memadamkan sebarang kenyataan yang tidak wajar. Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa mereka sebenarnya mempunyai agenda untuk mencipta ketegangan di kalangan rakyat tetapi terlalu pengecut untuk mengakuinya.
Di masa yang sama, Lim Guan Eng juga mendesak pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya. Sebelum ini, Lim Kit Siang juga telah menafikan DAP mempunyai kaitan dengan Red Bean Army dan mana-mana individu yang menyebar fitnah serta provokasi untuk memburukkan kerajaan a.k.a demi kepentingan DAP.
Nampaknya, pengasas, pentadbir dan dalang semuanya menafikan apa-apa kaitan dengan mana-mana individu Cina yang giat menfitnah, menghasut dan menghina kerajaan, Raja-raja dan UMNO di alam siber. Maka terpulanglah kepada setiap seorang yang disyaki Red Bean Army yang ditangkap itu untuk mendedahkan kebenaran atau menanggung akibat sendirian atas nama ‘pengorbanan demi politik Cina’.
Kita tidak hairan jika mereka sanggup mengorbankan diri untuk menyelamatkan DAP kerana kita tahu mereka ini bukannya cerdik sangat. Jika mereka cerdik, tentu mereka tidak sanggup berjuang demi kepimpinan parti penipu dan kuku-besi bagi menggantikan parti yang telah membawa mereka ke tahap hari ini.
Lagipun, hanya golongan yang tidak cerdik saja yang sanggup bekerja dengan organisasi yang bergerak seperti samseng atau kongsi gelap walaupun mereka sedia maklum bahawa ahli kumpulan mereka tidak akan teragak-agak membunuh rakan sendiri untuk menyelamatkan diri. Hanya yang tidak cerdik sahaja yang tidak tahu membezakan antara perjuangan murni dengan perjuangan bodoh.
Jika Red Bean Army tidak wujud secara rasmi, maka kita bakal melihat berpuluh-puluh anak Cina biadap dan samseng menanggung akibat dari kebodohan sendiri. Mungkin ibubapa mereka akan berbangga dengan pengorbanan anak mereka demi menyelamatkan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Li Shuang dan Ye Jin Qiang.
Tidak mustahil, ada di antara mereka yang perlu dijadikan ‘umpan’ untuk mengalihkan isu dari kesalahan mereka kepada kecuaian pihak berkuasa, sepertimana kematian Teoh Beng Hock. Namun, bagaimana dan yang mana satu di antara mereka yang bakal terpilih sebagai ‘korban’ masih lagi belum pasti.
Apa yang pasti, DAP akan melakukan apa sahaja untuk menutup mulut sesiapa sahaja dari membongkarkan kebenaran. Kita percaya, ‘Red Bean Army’ sendiri sedia maklum akan apa yang DAP mampu lakukan terhadap mereka jika mereka bersuara.
Apa yang berlaku ini membuatkan kita benar-benar hairan; Inikah jenis pemerintah yang kaum Cina inginkan untuk menggantikan Barisan Nasional? Jelas begitu hebat sekali sifat perkauman kaum Cina sehingga sanggup hidup di bawah pemerintahan yang kejam asalkan pemerintahnya adalah dari kaum mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan