SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Selasa, 4 Jun 2013

INFO @ AKJr : Al Fatihah, Pelakon Veteran S. Shamsuddin Meninggal Dunia..

INFO @ AKJr : Al Fatihah, Pelakon Veteran S. Shamsuddin Meninggal Dunia..



Pelakon dan pelawak terkenal Seniman S. Shamsuddin telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi selepas mengadu sesak nafas.

"Kira-kira jam 11 pagi arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya. Kini jenazah arwah masih berada di Hospital Universiti Singapura.

"Arwah akan dikebumikan esok pada jam 11 pagi di Pusara Abadi, Singapura," jelas Husin Saaban seorang rakan artis arwah di Singapura.

Shamsuddin atau Sahamsudin bin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 1 Januari 1929. Bapa beliau, Dali bin Kechik berasal dari Melaka, manakala ibu beliau, Khatijah binti Haji Ahmad berasal dari Geylang Singapura.

S. Shamsuddin kemudiaannya berkahwin dengan Puteh binti Esmoon pada tahun 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak hasil dari perkahwinan mereka.

S. Shamsuddin atau Sudin melakukan pelbagai pekerjaan kasar untuk membantu keluarga beliau sebelum menceburi dunia perfileman.

Antara lakonannya yang berjaya mencuit hati ialah Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok serta lakonan lain beliau adalah Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.

Sementara itu, pengguna Twitter turut menyampaikan ucapan takziah atas pemergian seniman itu yang telah banyak berjasa dalam industri hiburan tanah air.

telah pergi meninggalkan kita seorang lagenda,Allahyarham Sudin,Bujang lapok tetap bersemi kt hati para peminat filem tersebut, alfatihah

— Husna Za'ba (@husnazaba) June 4, 2013
Bujang Lapok Hanya Tinggal Aziz Satar..Al fatihah S.shamsudin..Segala Lawak Beliau Akan Sentiasa Tersemat Di Memori Rakyat Malaysia.. 
— MaKu :) (@MegaTHaKeeM) June 4, 2013
Al-Fatihah S.Samsuddin. "dalamnya membawa ke 7 kaki.panjangnya pun sama macam dalam dia 7 kaki,lebarnya pulak 3 kaki" damailah kau di sana. 
— ♥Š⑂ᾰḟїǭᾰℎ ẶՊℵї ツ (@CapiqahEmeni) June 4, 2013
Ramlee dah pergi, kini giliran Sudin. Bujang Lapok tetap kental dalam hati sampai mati. Al-Fatihah untuk Allahyarham Sudin. 
— ▼ ツ NEYMΔR JR™ ツ ▲ (@HaziqOthman10) June 4, 2013
sebutir bintang telah gugur... Alfatihah kepada allahyarham S Shamsuddin ... seorang lagi lagenda pergi meninggalkan kita 
— Akob Cobra ! (@WanJawa94) June 4, 2013
Pengguna Facebook turut menyampaikan ucapan takziah atas pemergian seniman tanah air itu.


"Al-Fatihah buat pelawak legenda ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh," ujar Saharom Abdul Aziz.

Hazlynn A Ghani menulis "Innalillahi Wa innalillahi Rajiuun.. Al-Fateha buat seniman S Samsudin. Salam takziah buat keluarga Arwah Pak Sudin."

Manakala Oyie Imin Halim menulis "Innalillah. Semoga roh ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman." ~Awani

Psssttt AKJr : SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM , SEMOGA ALLAH MEMBERI RAHMAT KE ATAS ROHNYA AL-FATIHAH.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan