EKSKLUSIF Mesti Baca!! DiMalaysia Penjenayah Lebih DiHormati Daripada Anggota Polis?? Cc: @PDRMsia @Zahid_Hamidi @LatheefaKoya
Satu Malaysia kecoh apabila penjenayah yang disyaki membunuh tiba-tiba mati dalam lokap. Kononnya seluruh Malaysia simpati kepada penjenayah kes bunuh yang mati dan ada pula menyatakan satu kerugian yang amat sangat apabila seorang penjenayah ini mati.
Malah lebih malang lagi Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail turut sibuk mengarahkan Ketua Polis Negara (KPN) menubuhkan pasukan penyiasat bagi menjalankan siasatannya berhubung kes tersebut dan menyerahkan hasil siasatan kepada jabatannya.
Berdasarkan keterangan yang diperoleh menerusi siasatan itu, saya telah memutuskan untuk menuduh anggota polis yang terlibat atas tuduhan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Anggota polis yang berkenaan akan dituduh di mahkamah dalam sehari dua ini...
Dhamendran yang berusia 31 telah meninggal dunia pada 21 Mei lalu dalam selnya semasa dalam jagaan polis di Lokap Cawangan D9 di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPK Kuala Lumpur).
Mendiang diberkas pada 11 Mei 2013 kerana terlibat dalam kes cubaan membunuh yang melibatkan senjata api dan telah ditahan di bawah perintah reman dari 12 Mei 2013 sehingga tarikh kematiannya.
Berdasarkan bedah siasat yang telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mei 2013, punca kematian didapati sebagai “diffused soft tissue injuries due to multiple blunt force trauma”.
Tetapi samada sedar atau tidak kita tentang kematian seorang pegawai polis yang bernama V Divendran yang berumur 25 tahun masih muda lagi.
Dia adalah seorang Pegawai Polis muda yang berasal dari Selayang Heights, Batu Caves dilaporkan hilang pada 1 Februari 2012 sebelum ditemui mati tiga hari kemudian di bawah jejambat berhampiran Bulatan Batu Caves dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul oleh samseng seperti Dhamendran.
Ada Sesiapa yang membela Pegawai Polis ini?
Ada Pakatan Pembangkang ambil berat hal ini?
Ada Menteri ambil berat hal ini?
Ada Peguam Negara ambil berat hal ini?
Tetapi.. apabila penjenayah mati dalam lokap.."Semua orang kecoh satu Malaysia".
Kini di Malaysia yang paling mulia adalah penjenayah sebab itu penjenayah kini semakin ramai, semakin berani bertindak sesuka hati mereka membunuh sesiapa sahaja yang mereka suka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan