SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label FILEM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FILEM. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Oktober 2013

INFO @ AKjr: ALHAMDULILLAH ! PENERBIT FILEM HINA NABI MUHAMMAD S.A.W PELUK ISLAM KINI SEDANG TUNAI HAJI !!

INFO @ AKjr: ALHAMDULILLAH ! PENERBIT FILEM HINA NABI MUHAMMAD S.A.W PELUK ISLAM KINI SEDANG TUNAI HAJI !!



Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini.

Arnold Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira
setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya.

Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji.

”Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat.

"Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji,” beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam.

Sambil tersenyum, Fandor menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu.

"Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam.

"Walau bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini.

“Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia.

"Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan merasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa.

"Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja.

"Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah SAW dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia,” katanya.

Fandor berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas.

Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi. - Bernama

Khamis, 6 Jun 2013

PANAS TERIK!! MENGAPA CINA TAKUT MELAYU MENONTON FILEM TANDA PUTERA??

PANAS TERIK!! MENGAPA CINA TAKUT MELAYU MENONTON FILEM TANDA PUTERA??


Kerajaan perlu mengambil inisiatif dengan menjadikan filem Tanda Putera yang akan ditayangkan di pawagam bermula 29 Ogos ini sebagai filem wajib tonton dalam kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara. 


Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, filem yang mengisahkan pengorbanan dua tokoh negara itu mampu memberi kesan positif kepada seluruh anak muda di negara ini yang dilihat buta sejarah berkenaan isu tersebut.

"Kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu memastikan filem ini ditayangkan di sekolah, universiti serta kem-kem latihan khidmat negara selepas tempoh tayangannya di pawagam tamat.

"Selalunya filem berlatarbelakangkan sejarah pasti bosan tetapi berlainan dengan filem ini yang disampaikan dengan berkesan oleh Pengarahnya, Datuk Paduka Shuhaimi Baba kerana beliau berjaya menghidupkan sejarah dengan begitu baik dan saya berkeyakinan ia pasti menimbulkan kesedaran kepada orang ramai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam berkata, sudah tiba masanya filem mengisahkan perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969 ditayangkan kepada umum.

Tambahnya, pihak pembangkang terutamanya DAP takut jika filem itu ditayangkan di seluruh negara kerana sedikit sebanyak akan membongkar kebenaran serta topeng perjuangan sebenar parti cauvinis tersebut.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Mohd. Rosli berpendapat, pengaruh kontroversi yang dikaitkan dengan filem berkonsepkan kenegaraan tersebut bakal memberi daya tarikan positif kepada masyarakat untuk menontonnya.

"Keyakinan saya ini berasaskan kepada publisiti meluas diberikan oleh media massa selama ini.

"Di samping itu, pihak terbabit yang terlibat secara langsung dengan filem ini perlu mempromosi secara berterusan bagi memastikan mesej filem yang menceritakan keadaan sebenar ketika peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 ini sampai kepada semua lapisan masyarakat terutamanya golongan muda hari ini," katanya.