PANAS TERKINI!! Seorang Pemimpin PAS Ikut Jejak Anwar Derhaka Titah YDP Agong??
KUALA LUMPUR – Seorang lagi pemimpin pembangkang bersikap derhaka terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah apabila menggesa supaya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan semula.
Ia apabila Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz meminta PRU13 diadakan semula kerana mendakwa pilihan raya tersebut pada 5 Mei lalu berlangsung secara tidak adil dan penuh dengan penipuan.
“Kerajaan sepatutnya tidak akan teragak-agak untuk membubarkan kerajaan bagi memberi laluan kepada PRU yang lebih adil, bebas dan demokratik. Adalah lebih baik mengadakan pilihan raya semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan dari sekarang bagi memuaskan hati rakyat,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mynewshub.my pada 3 Jun lalu melaporkan pakatan pembangkang yang cuma memenangi tiga negeri pada PRU13 semakin biadap dan bertindak seperti `kaduk naik junjung’ apabila dengan berani `mencabar’ titah Yang di-Pertuan Agong.
Meskipun telah dititahkan baginda supaya semua pihak termasuk parti-parti politik akur dengan keputusan PRU13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal menerajui kerajaan Persekutuan, tetapi titah itu nampaknya langsung tidak dihiraukan mereka.
Ibarat rakyat yang menderhaka kepada Agongnya, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan berani menyatakan Himpunan Blackout 505 bagi membantah keputusan PRU13 pada 5 Mei 2013 akan tetap diteruskan.
– credit : mynewshub.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan