SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Sabtu, 1 Jun 2013

PANAS TERIK!! KESIAN NURUL IZZAH... DIBERI MAKAN AYAM KFC SAJA TANPA PINGGAN EMAS???

PANAS TERIK!! KESIAN NURUL IZZAH... DIBERI MAKAN AYAM KFC SAJA TANPA PINGGAN EMAS???


Nurul Izzah anak perempuan Anwar Ibrahim memekak di TWITTER yang dia telah dihalang oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah daripada memasuki Sabah. Dengan kata lain, dia cuba memberitahu rakyat Malaysia bahawa haknya untuk masuk ke mana-mana bahagian di Malaysia telah dinafikan oleh sebuah kerajaan negeri yang selama ini diuwar-uwarkan oleh Pakatan Rakyat sebagai tidak mempunyai hak autonomi.

Bagi penyokong Pakatan Rakyat yang kurang ambil tahu dan kurang pula berakal, akan segera menanggapi Wisma Putra sebagai dalang sebenar yang menghalang kemasukan Nurul Izzah ke Sabah.

Tiada apa-apa yang dapat dilakukan oleh Wisma Putra dan Putrajaya sekiranya Jabatan Imigresen dan Kerajaan Negeri Sabah tidak membenarkan sesiapa pun memasuki negeri itu. Tak payahlah memekak dan tak perlulah mengadu di sana sini. Bila dah tak dibenarkan masuk, maknanya tak bolehlah masuk.

Susah sangat ke nak terima hakikat itu?


Memang benar Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia tetapi Sabah dan Sarawak mempunyai jurisdiksi mereka yang tersendiri dan kedua-dua negeri itu juga mempunyai peraturan imigresen mereka yang tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak pun termasuklah Nurul Izzah.

Sebabnya, kedua-dua negeri tersebut mempunyai kuasa autonomi yang tidak dimiliki oleh negeri-negeri lain di Semenanjung.

Sabah dan Sarawak membentuk sebuah negara bernama Malaysia bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura pada tahun 1963. 1965, Singapura dikeluarkan daripada gabungan Malaysia sekaligus menjadikan Malaysia hanya dianggotai oleh Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Persekutuan Tanah Melayu pula merupakan gabungan 9 buah negeri.

Dalam bahasa yang lebih mudah, Sabah dan Sarawak dalam Malaysia merupakan NEGARA DALAM NEGARA.

Kalau perkara semudah itu pun, Nurul Izzah dan para penyokong Pakatan Rakyat tak faham, rasa-rasanya eloklah mereka belajar semula sejarah negara ini.



Tak payahlah nak jerit-jerit kononnya demokrasi dah mati di negara ini dan Sabah disebabkan dia tidak dibenarkan masuk ke negeri tersebut. Kalau demokrasi dah mati, mana mungkin DAP dan PKR yang merupakan parti semenanjung dapat menguasai beberapa kerusi di Sabah. Kalau demokrasi dah mati di negara ini, bolehkah Nurul Izzah terbang ke sana ke mari, berceramah dan berkempen tanpa sedar bahawa dia mempunyai tanggungjawab yang lebih besar di Lembah Pantai.

Barangkali kerana marahnya dan sifatnya yang gemar bercakap bohong itulah, dia cuba meraih simpati dengan menyatakan kononnya dia telah dinafikan hak untuk makan dan minum. Sedangkan tanpa disedarinya, gambarnya sedang berselera MENTEKEDAGHAH AYAM KFC telah dirakamkan.

Atau barangkali Nurul ingin menyatakan bahawa gambar berkenaan telah diedit dan dipalsukan? Atau barangkali juga dia akan mengatakan bahawa gambar kotak berisi ayam KFC dalam beg plastik itu sebenarnya satu lakonan dan sandiwara semata-mata, sepertimana teori yang dipopularkan oleh Pakatan Rakyat sewaktu lanun-lanun Sulu upahan Anwar Ibrahim menyerang Sabah pada bulan Mac lalu?

1 ulasan:

  1. Berfikir sebelum bertindak, bertindak sebelum parah.

    BalasPadam