SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Ahad, 2 Jun 2013

PANAS TERIK!! FITNAH MAJLIS AGAMA ISLAM.. ADUN PAS BERSALAH DAN DIARAH BAYAR GANTI RUGI RM300 RIBU!!

PANAS TERIK!! FITNAH MAJLIS AGAMA ISLAM.. ADUN PAS BERSALAH DAN DIARAH BAYAR GANTI RUGI RM300 RIBU!!



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Hulu Klang, Saari Sungib (gambar) diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS) setelah kalah dalam satu kes saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini.

MAIS dan Pemegang Amanah LZS selaku pihak plaintif mengemukakan saman itu terhadap Saari berhubung kenyataannya dalam artikel bertajuk 'Siasat Pindah Wang LZS' yang disiarkan akhbar Sinar Harian pada 17 Mac 2009.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa, perintah itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi tersebut pada 14 Mei lalu.

Beliau berkata, mahkamah memutuskan pihak plaintif yang diwakili peguam daripada firma guaman, Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua berjaya membuktikan kewujudan elemen fitnah melalui kenyataan Saari dalam akhbar berkenaan.

''Sehubungan itu, Hakim Datuk Suraya Othman telah mengarahkan Saari membayar ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi keterlaluan RM100,000 kepada plaintif.

''Beliau juga perlu membayar kos sebanyak RM30,000 dan faedah pada kadar lapan peratus ke atas jumlah RM300,000 dari tarikh keputusan sehingga penyelesaian penuh,'' katanya dalam kenyataan tersebut.

Memetik kenyataan dalam akhbar Sinar Harian pada 17 Mac 2009 itu kata Mohamad Adzib, Saari mendakwa berlaku pemindahan wang zakat yang tidak diagihkan oleh LZS bernilai jutaan ringgit ke satu akaun lain pada 11 Disember 2008.


Psssttt... AKJr : FITNAH, FITNAH, FITNAH.... ITU SAJA LA KEJE PUAK2 NI, LAIN KEJE TAKDER.. HAAAA RASA KAN, HUKUMAN DUNIA HANYA KENA BAYAR WANG RINGGIT.. DIAKHIRAT NANTI SENDIRI MAU INGAT LAAA...!!! 

1 ulasan:

  1. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Hulu Klang, Saari Sungib akan dinaikan ke pangkat Timbalan Pesuruhjaya Tinggi pas sempena kejayaannya itu ... alah lagikan penzina diangkat menjadi setiausaha agung dan naib presiden ,,, tak kan kes semacam ni tak buleh menyebabkan dia naik pangkat ....

    BalasPadam