SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Ahad, 2 Jun 2013

INFO @ AKJr : INI DIA JAWAPAN KETUA MENTERI SABAH KEPADA NURUL IZZAH.. @n_izzah

INFO @ AKJr : INI DIA JAWAPAN KETUA MENTERI SABAH KEPADA NURUL IZZAH.. @n_izzah



KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melarang Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar daripada memasuki negeri itu pada Khamis itu kerana kehadiran beliau boleh menjejaskan keselamatan dan keamanan di negeri itu.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai masalah dengan tokoh pembangkang untuk memasuki negeri ini seperti yang terbukti menjelang pilihan raya umum baru-baru ini.

Beliau berkata, Sabah turut mengalu-alukan mereka yang “menghormati masyarakat awam, di mana ada undang-undang dan perintah untuk menegakkan keamanan dan keharmonian.”

“Bagaimanapun, jika kita mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kehadiran anda di sini akan menimbulkan ancaman kepada apa yang dinikmati oleh Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan di sini,” katanya dalam kenyataan itu.

“Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa niat Nurul Izzah untuk datang ke Sabah kali ini mungkin tidak seperti tidak bermaksud apa-apa kerana beliau atau rakan-rakan pembangkangnnya akan menjadikan sebegitu,” kata Musa.

Nurul Izzah dihalang memasuki Sabah sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis.

Musa berkata, pintu Sabah sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu melihat dan menerima kepelbagaian etnik dan budaya serta mengambil bahagian dalam perayaan di negeri ini.


Beliau berkata, bertentangan dengan apa yang disebarkan di media sosial, larangan ke atas Nurul Izzah tidak bermotifkan politik.

"Pemimpin-pemimpin pembangkang lain telah datang dan bergerak bebas di seluruh Sabah terutama menjelang pilihan raya. Mereka menyebarkan resipi lama yang sama dengan pembohongan, penipuan dan fitnah untuk menipu rakyat. Kami tidak menghalang mereka," katanya.

"Sekarang pilihan raya sudah berakhir, pemimpin mereka yang enggan menerima keputusan itu. Ia adalah kes tidak gentleman. Dia mahu menggusarkan orang ramai untuk perhimpunan di seluruh negara bagi menunjukkan rasa tidak puas hati," katanya.

Musa berkata, Sabah dan rakyatnya tidak memerlukan propaganda yang tidak berkesudahan oleh pembangkang bagi menghasut kebencian dan ketidakpercayaan di kalangan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.

"Cukup cukuplah. Kita perlu ke hadapan. Pembangkang telah berpolitik untuk 5 tahun yang lepas. Kita tak akan ke mana-mana dengan lebih banyak politiking dalam lima tahun akan datang.

"Ada tugas yang perlu dilakukan. Negara ini perlu ditadbir, ekonomi perlu berkembang dan kebajikan rakyat harus dijaga," katanya. -mStar


Psssttt AKJr : Jadi Puas hati ke dengan Jawapan tu wahai YB NURUL IZZAH?? Harap kamu paham la apa maksud tersurat dan tersirat dari KM Sabah tu.. CUKUP-CUKUP LA BERPOLITIKING NYE.. JGN SAMPAI RAKYAT MALAYSIA DH MULA BENCI PADA KAMU.. "CUKUP-CUKUP LA..!!" 

1 ulasan:

  1. Ada baik nya PUAK PUAK ni selidik dulu Status Mereka di negara-negara lain jugak....kot kot tersenarai jugak dalam BLACKLIST ( dilarang menjejakkan kaki )......

    Aku rasa lah...lebih baik Buat masa ni....bagi tenangkan sikit jiwa mereka....
    Pergilah Menjejakkan Kaki di Tanah Suci Mekah...
    Tunjuk sikit lah Contoh yang BAIK....SUPAYA PENGIKUTPUN....boleh kawal Perasaan....

    BalasPadam