SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Sabtu, 15 Jun 2013

EKSKLUSIF @ AKJr : DIANTARA 5 ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA 2013..

EKSKLUSIF @ AKJr : DIANTARA 5 ORANG MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA 2013..



1.Menurut Majalah Niaga dot com, 5 orang Melayu terkaya di Malaysia masih didahului oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang menguasai pelbagai industri di Malaysia. Orang Kedah dan merupakan pengasas Yayasan Albukhary. Dalam senerai keseluruhan merupakan orang ke-8 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 2.75 bilion

2.Tempat kedua pula ialah Shahril & Shahriman Shamsuddin. Kedua adik-beradik ini menjalankan perniagaan dalam industri gas dan petroleum. Merupakan CEO dan Presiden Sapura Kencana manakala adik beliau merupakan lembaga pengarah syarikat tersebut. Merupakan orang ke-12 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 1.05 bilion

3.Datuk Mokhzani Mahathir, anak kedua Tun Mahathir Mohamad adalah yang ketiga Melayu terkaya yang menjalankan perniagaan dalam industri Gas dan Petroleum. Merupakan Naib Pengerusi Eksekutif di Sapura Kencana dan orang ke-15 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 980 juta.

4.Tan Sri Azman Hashim adalah Melayu keempat terkaya di Malaysia merupakan antara tokoh industri perbankan Melayu yang paling berjaya di Malaysia. Merupakan Pengerusi Ambank Group yang merupakan bank ke-5 terbesar di Malaysia dan orang ke-17 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 810 juta.

5.Datuk Kamarudin Meranun adalah orang Melayu kelima terkaya di Malaysia merupakan tokoh terkemuka dan antara pemegang saham serta pengasas bersama dalam syarikat penerbangan Air Asia. Adalah rakan kongsi kepada Tony Fernandes, beliau juga adalah Timbalan Pengarah Eksekutif Air Asia Berhad sejak Disember 2001. Merupakan orang ke-20 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 635 juta.

Pssssttt... AKJr : Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kelima2 anak melayu yang bertuah ini, diatas kejayaan mereka dalam bidang masing2 sehinggakan menjadi diantara Bangsa Melayu Islam yang terkaya sekali di Tanah Melayu ini.. Cuma AKJr suka mengingatkan supaya JGN LAH LUPA DIRI, TGK2KAN JUGA KAMI YG BERADA DIBAWAH NI dan BANTU2LAH KAMI YG MEMERLUKAN.. Semoga ALLAH sentiasa memberikan hidayah dan keberkatan kepada kalian semua.. 

1 ulasan:

  1. salam..... sy susah dan yatim piatu..terbaru telah di tipu kawan sehingga tinggal sehelai sepingang..akhir bulan ni kne keluar dari bilik sewa kerna xmampu byar sewa..saya berharap belas insan dari bembaca yang iklas dapat membantu saya memberi peluang kerja serta tempat tinggal...saya ingin mula kn hidup baru.....jika ada yang sudi membantu email la kepada saya ...saya akan ke cyber cafe pada petang ini untuk online......razman_hizad@yahoo.com

    BalasPadam