INFO @ AKJr : Datuk S Devamany Dilantik Speaker DUN Perak..
Datuk S Devamany sebentar tadi diumumkan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Ke-13 pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Dewan Negeri Ke-13 yang berlangsung di Ipoh.
Bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands itu mendapat 31 undi berbanding calon pembangkang, V Sivakumar yang mendapat 28 undi selepas proses pengundian dijalankan oleh Setiausaha dewan, Rumaizi Baharin.
Pelantikan itu sekaligus menamatkan kontroversi yang tercetus sebelum ini berhubung pelantikan jawatan itu yang dibangkitkan oleh Presiden MIC, Datuk G Palanivel yang mendapat liputan meluas media massa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan