INFO @ AKJr : KAWALAN KETAT POLIS DI PARLIMEN HARI INI!!
Bernama melaporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat kawalan ketat bagi memastikan proses mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat di Parlimen berjalan lancar hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, walaupun Parlimen merupakan tempat bebas untuk orang awam, namun pihaknya tidak mahu sebarang keadaan yang boleh menyukarkan anggota Parlimen memasuki kawasan itu.
"Jadi sudah semestinya kita akan memastikan anggota Parlimen yang hendak mengangkat sumpah esok akan diperhatikan pergerakan mereka agar tidak diganggu oleh sesiapa," katanya kepada pemberita selepas kempen kesedaran jenayah di sini hari ini.
Kesemua 222 anggota Parlimen akan mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen esok.
Dewan rakyat akan bersidang selama 16 hari mulai esok hingga 18 Julai, dan Dewan Negara selama sembilan hari mulai 25 Jun dan disambung pada 22 Julai hingga 1 Ogos - Bernama 23/6/13 Dan dengan pengakuan Anwar Ibrahim bahawa semua Ahli Parlimen hadir di majlis hari ini, maka suara NGO-NGO pro-pembangkang Black 505 yang menggesa supaya majlis tersebut diboikot, telah diperlekehkan dan dibakul sampahkan oleh Pembangkang.
Kesihan kerana Suara NGO pro-pembangkang tidak didengar oleh pemimpin-pemimpin pembangkang sendiri! Kesihan dan amat memalukan.
Jika anda ahli NGO-NGO yang tertipu dengan sandiwara kepimpinan pembangkang : KLIK SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan