WAJIB BACA!! FAKTA!! Hakikat Majoriti Kaum Cina Sokong Pembangkang. Bukan Kali Pertama Mereka Berhaluan Kiri..
Dalam kebanyakan negara, kewujudan golongan berhaluan kanan dan kiri adalah perkara biasa. Dalam sejarah Malaysia juga telah beberapa kali pengaruh haluan kanan dan kiri hampir seimbang dan mampu menyebabkan keadaan keselamatan negara di ambang bahaya. Antara yang paling jelas adalah ketika Malaysia menuju kemerdekaan dan ketika berlakunya peristiwa 13 Mei.
Ketika negara menuju kemerdekaan, rakyat Tanah Melayu terbahagi kepada 2 iaitu golongan kanan yang menuntut kemerdekaan dengan cara perundingan dan juga golongan kiri yang cuba menggunakan kaedah kekerasan. Bagi orang Melayu yang menyokong golongan kiri mereka cenderung menyokong perjuangan Melaya / Indonesia Raya yang mahu memerdekakan negara melalui gabungan dengan Indonesia. Perjuangan kiri orang Cina pula melalui AMCJA yang berasal dari Parti Komunis Malaya (PKM). Kedua-dua golongan kiri ini bergabung membentuk PUTERA-AMCJA. Perikatan radikal kiri ini telah membentangkan Perlembagaan Rakyat bagi menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Setelah diharamkan, AMCJA kembali menumpukan kepada perjuangan gerilanya menentang pemerintah melalui PKM. Ramai masyarakat Cina bersimpati dan memberikan bantuan kepada Komunis terutamanya mereka yang membuka kebun di tepi hutan. Untuk mengatasi masalah ini, Kerajaan membuka kampung-kampung baru di bandar untuk menempatkan masyarakat Cina bagi menghalang mereka memberikan bantuan kepada Komunis.
Kali kedua majoriti masyarakat Cina menyokong gerakan haluan kiri adalah ketika peristiwa 13 Mei 1969. Banyak bandar-bandar besar di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Pinang jatuh kepada pembangkang. Tidak mustahil jika penduduk kampung baru di bandar yang dahulunya bersimpati kepada Komunis kini memberikan sokongan kepada DAP dan Gerakan ketika PRU 1969. Dalam masa yang sama, orang Melayu juga berpecah. PAS pula menggantikan PUTERA untuk menjadi suara kepada haluan kiri.
Kini, trend yang sama berulang apabila masyarakat Cina sekali lagi memilih untuk berjuang bersama-sama golongan haluan kiri. Dalam kali pertama (menuju kemerdekaan) dan kali kedua (13 Mei), MyMassa perhatikan kaedah 'menghasut' yang digunakan adalah sama. Golongan haluan kiri akan membuli golongan yang tidak menyokong mereka. Masyarakat Cina yang menyokong haluan kanan akan dituduh sebagai pengkhianat kaum Cina. Kerajaan ketika itu akan dituduh sebagai zalim dan tidak adil. Mereka menggunakan prinsip komunisme dan sosialisme yang mana mendakwa Kerajaan hanya menjaga golongan kaya sahaja sedangkan yang miskin akan bertambah miskin. Mereka mendakwa bahawa kekayaan negara seharusnya dibahagikan secara sama rata.
Hakikatnya Kerajaan dari zaman kemerdekaan sehingga sekarang tidak pernah berlaku zalim kepada mana-mana bangsa. Jika dilihat, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai MOBILITI SOSIAL yang tinggi. Anda boleh lihat pada diri anda atau rakan-rakan anda. Adakah pekerjaan, tahap pendidikan, taraf sosial mereka lebih baik daripada ibu bapa mereka? Selalunya kita lihat anak seorang guru menjadi jurutera, anak tukang kebun menjadi peguam. Jarang sekali kita anak Malaysia lebih teruk daripada ibubapanya. Paling tidak, si anak mewarisi pekerjaan ibu bapa.
Artikel ini bukan satu epilog tapi prolog kepada bukti-bukti lain yang menunjukkan bahawa perjuangan masyarakat Cina menjatuhkan Kerajaan bukan satu dongengan tetapi usaha yang berterusan sejak zaman berzaman....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan