WAJIB BACA!! FAKTA.. Sekolah Vernakular Adalah Punca Sebenar Perpecahan Masyarakat Malaysia..
Ketika para pemimpin awal Malaysia bersetuju dengan kewujudan sekolah-sekolah vernakular, terutama sekali pada pemimpin UMNO, mereka sebenarnya berharap, sikap tolak ansur tersebut akhirnya akan membuatkan masyarakat Cina dan India sedar bahawa mereka adalah sebahagian daripada negara Malaysia yang terasnya adalah Melayu dan Islam. Para pemimpin Melayu dan Bumiputera Malaysia mengharapkan masyarakat Cina dan India yang merupakan kaum imigran terbuang yang tidak diperlukan oleh Britain dan mereka pula enggan kembali ke negara asal kerana pelbagai masalah termasuklah kesusahan dan penderitaan, akhirnya akan memilih untuk menjadi rakyat sejati Malaysia tanpa perlu berbangga-bangga yang mereka adalah pendatang di negara ini, menerusi perwarisan bangsa dan suku kaum mereka.
Namun, tolak ansur tersebut adalah satu kesilapan besar oleh para pemimpin UMNO dan Bumiputera. Laporan Abdul Razak Hussein dan Laporan Rahman Talib menegaskan bahawa sekolah-sekolah vernakular hanyalah wujud untuk sementara sebelum satu aliran pelajaran kebangsaan berjaya diadakan dengan penerimaan secara menyeluruh ke atas Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan lingua-franca di Malaysia.
Perlembagaan Malaysia juga menegaskan bahawa sekolah-sekolah vernakular tersebut boleh wujud TETAPI TANPA BANTUAN DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN. Sebaliknya sekolah-sekolah tersebut perlu dikendalikan dan segala pembiayaannya diambil daripada persatuan atau lembaga pengelola sekolah itu sendiri.
Bagaimanapun, atas semangat tolak-ansur dan mahu merapatkan jurang polarisasi kaum, Kerajaan Pusat telah melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya. Sekolah-sekolah vernakular itu telah diberikan bantuan dalam jumlah yang sangat besar, sehinggakan menjadikan sekolah-sekolah vernakular berkenaan, jauh lebih baik dan lebih hebat berbanding Sekolah Kebangsaan yang berada di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bukan tidak ada pihak yang menyuarakan perasaan tidak puas hati. Namun akta yang melarang perbincangan tentang sekolah-sekolah vernakular telah menyebabkan Ahli-Ahli Parlimen menutup mulut.
Sekolah-sekolah vernakular langsung tidak boleh dibincangkan kerana apabila dibincangkan secara terbuka, maka ia akan dianggap sebagai HASUTAN. Hukuman yang menanti adalah PENJARA DUA TAHUN.
Para pemimpin Cina dan India sentiasa menafikan bahawa sekolah-sekolah vernakular adalah punca kepada polarisasi kaum di negara ini. Namun mereka juga tidak dapat menafikan bahawa sekolah-sekolah berkenaan hanya mewujudkan kelompok yang lebih tegar dengan kecinaan dan ketamilan para pelajarnya!
Bandingkan sikap pelajar-pelajar yang bersekolah di sekolah aliran kebangsaan dengan pelajar-pelajar di sekolah vernakular. Kita akan dapat melihat perbezaan yang amat ketara. Di sekolah-sekolah aliran kebangsaan, setiap pelajar adalah merupakan sebahagian daripada masyarakat negara ini yang kononnya berbilang kaum, berbilang bahasa dan berbilang agama. Namun di sekolah-sekolah vernakular, lain pula ceritanya. Para pelajarnya lebih tahu tentang CINA dan INDIAnya berbanding Malaysianya mereka.
Kalau bahasa yang menjadi tajuk persoalan, mengapa Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil tidak diwajibkan di sekolah-sekolah aliran kebangsaan? Mengapa para pemimpin India dan Cina yang begitu melenting apabila sekolah-sekolah vernakular disentuh, lebih berminat untuk melihat jurang perbezaan antara kaum di negara ini berbanding memperjuangkan sekolah satu aliran dengan pembelajaran Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil bersama-sama Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Ego untuk memperkenalkan diri sebagai INDIA dan CINA adalah punca sebenar. Dan ego itu cukup besar sehinggakan apabila sudah beberapa keturunan berada di negara ini, INDIA dan CINA tetap mahu ditegakkan kerana kononnya ia adalah warisan bangsa.
Anehnya, warisan bangsa tersebut tidak dapat diasimilasikan dengan budaya tempatan yang sudah bertapak di negara ini semenjak ribuan tahun lampau.
Sudah seharusnya Kerajaan melakukan atau paling tidak pun merangka sesuatu agar polarisasi kaum yang bermula dari sekolah-sekolah vernakular dapat dikurangkan. Dan tidak keterlaluan juga sekiranya kerajaan yang baru diberikan mandat oleh Melayu-Bumiputera pada tahun ini, bertindak lebih tegas dengan tidak lagi memberikan semua kemudahan dan bantuan yang telah diberikan selama ini.
Sebabnya, ada kalanya sesuatu yang hendak diimplementasikan, Sekolah Vernakular Adalah Punca Sebenar Perpecahan Masyarakat Malaysia tidak boleh sama sekali menggunakan kaedah tolak ansur, sebaliknya pemaksaan.
Itu pun kalau kerajaan benar-benar ingin mewujudkan sebuah bangsa Malaysia sepertimana retorik yang dikumandangkan semenjak tahun 1963 dahulu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan