SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label HORMAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HORMAT. Papar semua catatan

Khamis, 6 Jun 2013

EKSKLUSIF Mesti Baca!! DiMalaysia Penjenayah Lebih DiHormati Daripada Anggota Polis?? Cc: @PDRMsia @Zahid_Hamidi @LatheefaKoya

EKSKLUSIF Mesti Baca!! DiMalaysia Penjenayah Lebih DiHormati Daripada Anggota Polis?? Cc: @PDRMsia @Zahid_Hamidi @LatheefaKoya



Satu Malaysia kecoh apabila penjenayah yang disyaki membunuh tiba-tiba mati dalam lokap. Kononnya seluruh Malaysia simpati kepada penjenayah kes bunuh yang mati dan ada pula menyatakan satu kerugian yang amat sangat apabila seorang penjenayah ini mati.

Malah lebih malang lagi Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail turut sibuk mengarahkan Ketua Polis Negara (KPN) menubuhkan pasukan penyiasat bagi menjalankan siasatannya berhubung kes tersebut dan menyerahkan hasil siasatan kepada jabatannya.

Berdasarkan keterangan yang diperoleh menerusi siasatan itu, saya telah memutuskan untuk menuduh anggota polis yang terlibat atas tuduhan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Anggota polis yang berkenaan akan dituduh di mahkamah dalam sehari dua ini...

Dhamendran yang berusia 31 telah meninggal dunia pada 21 Mei lalu dalam selnya semasa dalam jagaan polis di Lokap Cawangan D9 di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPK Kuala Lumpur).

Mendiang diberkas pada 11 Mei 2013 kerana terlibat dalam kes cubaan membunuh yang melibatkan senjata api dan telah ditahan di bawah perintah reman dari 12 Mei 2013 sehingga tarikh kematiannya.

Berdasarkan bedah siasat yang telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mei 2013, punca kematian didapati sebagai “diffused soft tissue injuries due to multiple blunt force trauma”.

Tetapi samada sedar atau tidak kita tentang kematian seorang pegawai polis yang bernama V Divendran yang berumur 25 tahun masih muda lagi.

Dia adalah seorang Pegawai Polis muda yang berasal dari Selayang Heights, Batu Caves dilaporkan hilang pada 1 Februari 2012 sebelum ditemui mati tiga hari kemudian di bawah jejambat berhampiran Bulatan Batu Caves dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul oleh samseng seperti Dhamendran.

Ada Sesiapa yang membela Pegawai Polis ini?
Ada Pakatan Pembangkang ambil berat hal ini?
Ada Menteri ambil berat hal ini?
Ada Peguam Negara ambil berat hal ini?

Tetapi.. apabila penjenayah mati dalam lokap.."Semua orang kecoh satu Malaysia".

Kini di Malaysia yang paling mulia adalah penjenayah sebab itu penjenayah kini semakin ramai, semakin berani bertindak sesuka hati mereka membunuh sesiapa sahaja yang mereka suka.

Selasa, 28 Mei 2013

PANAS BERAPI!! LAGI ALONG BERLESEN MANIPULASI & MENIPU RAKYAT!! Cc: @MOFmalaysia @salimputera

PANAS BERAPI!! LAGI ALONG BERLESEN MANIPULASI & MENIPU RAKYAT!! Cc: @MOFmalaysia @salimputera


Diatas ini adalah satu Print Screen yang menerangkan bahawa salah seorang pelanggan yang bernama Salim Putera yang akan membuat laporan polis tentang salah satu Bank iaitu Bank Muamalat yang telah menipu saudara Salim Putera .

Dimanakah keadilan buat beliau ye. Sampai Biler harus ditipu oleh along berlesen. Sedikit kata-kata yang dapat diambil dari Facebook miliknya Hari ini sy baru sedar yg sy di Tipu oleh sebuah Bank yg namanya tidak kurang gahnya di Malaysia.. Selain dari membuat laporan polis dan sidang media adakah lagi Saluran2 lain yg bole sy ajukan permasalahan ini?? 

Harap rakan2 fb dpt membantu.. Bank ni mmg diwujudkan utk meraih keuntungan tetapi bila smpi menyusahkan rakyat sy harap pihak berkuasa dpt membuat siasatan atau mengkaji semula peraturan2 yg ada kerana pada sy peraturan2 ini hanya menyebelahi pihak Bank! Dan hanya melindungi pihak Bank!! Siapa atau pihak mana yg melindungi KITA??

Besarlah harapan aku agar masalah yang menimpa saudara kita ini dapat diatasi dengan kadar segera.disini Anak Jati ingin mempersoalkan pihak yang mana satukah yang akan membantu rakyat menghadapi masalah sedemikian..Jangan hanya PRU sahaja baru tunjuk muka... Apa guna jadi wakil rakyat kalau benda macam ni pon tak boleh bantu.dikhabarkan esok beliau akan membuat laporan polis dan sidang akhbar.Justice for Salim Putera.

Pssstt.. AKJr : MOHON PIHAK BERKUASA TERUTAMA BANK NEGARA SERTA KEMENTERIAN KEWANGAN MEMANDANG SERIUS HAL INI.. SAMPAI BILA KITA RAKYAT BIASA NI HARUS MENGALAH KEPADA PIHAK BANK YANG TERANG2 MEMANIPULASI HAK RAKYAT SEPERTI SDRA SALIM DIATAS.. TINDAKAN SEWAJARNYA MESTI DIAMBIL SECEPAT YANG MUNGKIN!! 

Kredit kepada Blog ANAK JATI MALAYA