Anwar Bersara: Antara Propaganda Halus Dan Latahan Mahfuz – Nik Aziz
July 6, 2012 · 1 Comments
Nampaknya Anwar mula
bermain “jiwa” dengan rakyat Malaysia dan para penyokong yang bersimpati
padanya. Kononnya, dia mahu bersara dari politik sekiranya Pakatan
Haram kalah pada PRU ke-13 ini.
Benarkah? Anda percaya pada penipu ini?
Sekonyong-konyong kenyataannya itu diulas
oleh Mahfuz Omar yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Kata
Mahfuz, tindakan Anwar itu adalah tindakan “berani” dan memuji Anwar
sebagai pemimpin yang kononnya “gentleman”.
Benarkah Anwar “berani”? Ikhlaskah Mahfuz berkata sedemikian? Atau hatinya melonjak kegirangan mendengar hasrat Anwar?
Paling menarik ialah ulasan Mursyidul Am
PAS, Nik Aziz Nik Mat. Dia bantah propaganda Anwar itu. Katanya, Anwar
perlu terus berada di dalam dunia politik dan teruskan perjuangan
“mengajar” rakyat!
Lain macam betul ulasan Nik Aziz. Macam ada yang tak kena. Nik Aziz terasa apa-apakah dari “persaraan” Anwar?
Nampaknya Anwar berjaya sedikit menipu
para pemimpin PAS yang dungu dengan permainan politik Anwar. Pada saya,
Anwar hanya sekadar “test power”. Dia hanya mahu lihat siapa yang akan
“melompat” bila dia menyatakan mengenai hasrat persaraannya.
Paling utama, dia mungkin menujukan
propagandanya kepada rakyat. Kononnya, PRU ke-13 ini adalah satu-satunya
peluang rakyat untuk menjadikannya sebagai Perdana Menteri dan rakyat
tidak akan berpeluang lagi melihatnya menjadi PM sekiranya Pakatan Haram
dibiarkan kalah.
Satu “ugutan halus” kepada rakyat?
Sebetulnya, rakyat tak kisah pun sama ada
ini penggal terakhir untuk Anwar berpolitik atau tidak. Pakatan Haram,
khususnya DAP sebetulnya “bertepuk tangan” mendengar propaganda Anwar
itu. Malah kalau boleh, mungkin DAP sendiri mahu Anwar bersara hari ini
serta merta.
Saya sependapat dengan idea itu. Ya,
benar. Anwar sepatutnya bersara sekarang, serta merta. Rakyat memang tak
mahu dia jadi PM pun. Malah para penyokong PAS sendiri memang tak mahu
Anwar jadi PM. Mereka mahukan Hadi jadi PM. Tapi mereka tahu Anwar
penghalangnya…
Anwar patutnya sedar bahawa reputasinya
memang sudah hancur. Bagaimana dia nak jadi PM sedangkan mahu tunjukkan
jam tangan OMEGAnya pun dia tidak mampu? Perkara semudah itu pun dia tak
mampu, apatah lagi jika mahu membuktikan pertikaian yang lebih besar?
Mengenai ulasan Mahfuz, rasanya tak
perlulah saya ulas panjang. Dia memang dungu untuk menilai propaganda
Anwar. IQ Mahfuz memang tak terjangkau sejauh itu untuk memahami perkara
yang tersirat di sebalik propaganda Anwar itu.
Yang dia fikir Anwar mahu bersara dan dia
berjaya menghilangkan pesaingnya yang utama. Anwar bersara, maka Mahfuz
fikir dia berpeluang cerah untuk jadi PM, kot? Maaflah, Mahfuz memang
begitu. Akalnya memang pendek…
Nik Aziz tersinggungkah dengan kenyataan
Anwar itu? Dia rasa disindir? Apakah dengan menyebut persaraan Anwar itu
maka dia menyimpulkan bahawa Anwar menyindirnya untuk bersara pada PRU
ke-13 ini?
Tolonglah faham kehendak Nik Aziz. Dia
mahu berpolitik sampai mati. Kalau boleh, dia mahu sebarkan fatwa agama
PAS sehingga mati. Mungkin kalau diizinkan, Nik Aziz mahu mati di dalam
pejabat MB Kelantan. MB pertama meninggal di dalam pejabatnya.
Kasihanilah Nik Aziz, dia pun ada
cita-cita juga. Walaupun dia sudah tak mampu berfikir, bekerja, membuat
keputusan atau tandatangan dokumen, selagi dia bernafas dan memiliki ibu
jari untuk dicop pada dokumen, dia mahu jadi MB dan Mursyidul Am.
Begitulah perihal propaganda Anwar. Baru
sebut sedikit perkataan “bersara”, maka mulalah para pemimpin PAS yang
dungu “melatah tak tentu hala”. Mungkin sedang para pemimpin PAS
“melatah”, Anwar terguling-guling di atas katilnya menahan ketawa..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan